balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Pelajar sekolah di Pakistan membacakan doa untuk mangsa yang terkorban dalam serangan Taliban di Peshawar. Foto: EPA
< 1 / 1 >
PESHAWAR - PAKISTAN. Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif, mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari bemula semalam selepas 141 orang terbunuh dalam serangan berdarah Taliban di sebuah sekolah tentera.
"Mereka adalah anak-anak saya. Kehilangan mereka dirasai dan diratapi setiap orang di negara ini. Serangan itu adalah keganasan paling dahsyat pernah berlaku," katanya dipetik CNA.
Dalam kejadian kelmarin, seramai 132 kanak-kanak dan sembilan kakitangan Sekolah Awam Tentera maut selepas sekumpulan penyerang masuk ke setiap kelas dan melepaskan tembakan rambang.