BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakatan selamatkan RM200 bilion wang rakyat

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan satu belanjawan yang baik bagi tahun 2011 untuk semua rakyat di negara ini, di samping menyelamatkan RM200 bilion wang rakyat yang tiris dalam belanjawan yang disediakan dan diibentangkan oleh kerajaan BN bagi tahun lalu.

Bagi mencapai matlamat itu, Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan belanjawan yang menekankan kesemua subsidi akan disalurkan terus kepada rakyat, khususnya golongan sasar, bagi menjadikan belanjawan itu benar-benar berguna kepada pelbagai lapisan rakyat negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menjelaskan, belanjawan yang akan disediakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah belanjawan yang turut menekankan tentang penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin Umno BN, sehingga menyebabkan peruntukan subsidi RM200 billion untuk petroleum tidak sampai kepada orang ramai.

Menurut beliau, peruntukkan tersebut cukup besar. Ia sepatutnya sampai kepada sasaran, tetapi terjadi di sebaliknya ekoran sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin Umno BN yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan subsidi itu bagi kepentingan mereka sendiri.

Katanya, kejadian itu menyebabkan rakyat menjadi amat terhimpiit dengan kenaikan harga petrol dan diesel, walaupun mereka tidak sepatutnya menerima bebanan itu ekoran subsidi yang begitu besar yang telah disediakan oleh kerajaan.

"Begitu juga dengan subsidi bagi padi atau beras untuk petani. Walaupun subsidinya ada dan jumlahnya agak besar, tetapi para petani tetap juga tak dapat, tetap terus miskin dan hidup susah.

"Sebaliknya yang mendapat subsidi itu adalah orang yang dah kaya yang memiliki syarikat-syarikat besar terutama Bernas," katanya pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Jawankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ahlli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzullkefly Ahmad, pemimpin PKR dan DAP telah mengadakan rundingan dengan ahli-ahli ekonomi utama di tanah air di tempat yang sama.

Rundingan tersebut diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan ekonomi, termasuk langkah-langkah untuk mengatasi inflasi di negara ini, di samping mendapatkan pelbagai pandangan untuk digarap oleh Pakatan Rakyat dalam belanjawannya bagi tahun 2011 yang akan dibentangkan Oktober ini.

Pada sidang media bersamanya dengan Datuk Seri Anwar itu, Mohamad menjelaskan, belanjawan yang akan disediakan oleh Pakatan Rakyat itu akan turut menekankan langkah-langkah yang akan dilakukan di negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat untuk kepentingan rakyat.

"Langkah-langkah tersebut seperti yang terdapat dalam Buku Jingga. Antaranya termasuklah mengadakan skim kifalah bagi ibu tunggal seperti yang dilakukan oleh Kerajaan kelantan yang akan turut dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat lain termasuk Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

"Selain itu, kita juga akan turut menyediakan subsidi yang akan disalurkan terus kepada rakyat termasuk subsidi petroleum dan lain-lain subsidi sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah negara pada pilhanraya umum akan datang," tegas beliau.http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4685-pakatan-selamatkan-rm200-bilion-wang-rakyat-
 
klu lah dapat dilaksanakan alangkah bagusnya...
bukan utk org luar tapi utk rakyat malaysia juga.
tak kesahlah org bn atau org pas...
 
KLau korang nakkan 200bil tuh kena sokong pakatan ler next PRU13...
 
cayalah pakatan rakyat
 
blm laksana dah kata selamat. jgn gopoh.
 
blm laksana dah kata selamat. jgn gopoh.

benda baik tak salah disokong...jika tak betul kite tegur..baik PR baik BN..ingt benda BAIK wajar disokong..bukan belum paper dah dibangkang..lain ar kalo terang-terangan dah nmpk ketidaktelusan dan tak betul
 
benda baik tak salah disokong...jika tak betul kite tegur..baik PR baik BN..ingt benda BAIK wajar disokong..bukan belum paper dah dibangkang..lain ar kalo terang-terangan dah nmpk ketidaktelusan dan tak betul

mmg benda yg baik patut disokong. tetapi benda yg belum dilaksanakan.. jgn dijaja ke seluruh dunia .. bila dah laksana dan resultnya tak semegah yang dikata, mana nak letak muka si penjaja tadi tu?
 
maksudnya, seelok2nya bsederhana dalam apa jua perkara. benda yg baik tak perlu dihebahkan.. buat kerja dgn ikhlas. itu barulah islam yang sebenar dan layak dihormati.
 
Back
Top
Log in Register