BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakar nuklear Iran maut dibom

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
TEHERAN - Pakar nuklear Iran, Profesor Massoud Ali-Mohammadi maut semalam dalam satu serangan bom yang diletupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh, lapor media rasmi negara Islam berkenaan.

Stesen penyiaran IRIB mendakwa pembunuhan Massoud iaitu saintis fizik neutron Universiti Teheran didalangi ejen-ejen Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

"Bom yang dipasang oleh ejen-ejen perisikan Zionis dan AS menyebabkan dua buah kereta dan sebuah motosikal rosak teruk manakala dua tingkap kediaman di sekitarnya turut pecah," menurut laporan IRIB.

Massoud, 50, terbunuh dalam satu serangan bom motosikal pada pagi semalam berhampiran kediamannya di utara Teheran.

Stesen televisyen berbahasa Inggeris Press TV menunjukkan imej rakaman kaca tingkap yang pecah dan serpihan lain manakala jenazah mangsa yang berada di dalam sebuah beg mayat diusung keluar dari tempat kejadian.

Tiada tangkapan dibuat berhubung pembunuhan Massoud setakat ini.

Pengeboman tersebut berlaku selepas kehilangan seorang saintis Pertubuhan Tenaga Atom Iran, Shahram Amiri pada Jun lepas semasa mengerjakan haji di Mekah.

Barat sebelum ini menuduh Iran memajukan program nuklear bagi menghasilkan bom tetapi Teheran menyatakan pembangunan nuklear negara itu bertujuan untuk menghasilkan tenaga elektrik. - Reuters
 
memang jahiliah la geng amerika dan israel ni... mintak2 ALLAH turunkan bala bencana kat dorg.. bg insaf skit... asyik nk bunuh org jer..
 
x lama lagi perang dingin laa kot..
virus2 akan jadi senjata utama..
 
Guna bom terus...:((
Kat M'sia dulu pun ada sorang pompuan Mongolia kena bom gak, mesti dia tuh pakar kan .... :-?
 
terbunuh la pulak pakar nuklear nih..innalillah..

harap2 lepas nih muncul lagi ramai cendiakawan2 Islam..

as n israel nih memang kejam la, diorang jer boleh bijak, org lain x boleh..apa la..

as n israel..:(scam
 
jom sesama doa agar negara yahudi ditimba bala bencana..yang tragis.
 
Amerika serta sekutu Isreal takut Iran berjaya buat Bom Nukler da...
 
Back
Top
Log in Register