BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Pakar bom’ ditangkap

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Setelah hampir sebulan menyembunyikan diri, polis menahan seorang kontraktor disyaki suspek utama menyebabkan dua pekerja kafe siber maut apabila satu bom buatan manusia meletup di kediaman mereka di Cheras, 29 Ogos lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhamad Sabtu Osman berkata, suspek berusia 45 tahun ditahan di sebuah rumah di Sungai Buloh, awal pagi semalam.

“Atas maklumat orang ramai, polis menahan suspek terbabit kira-kira jam 6 pagi. Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut bersabit pembabitan suspek dalam kes itu,” katanya. Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi di hadapan rumah majikan mereka di Tingkat 12 Apartmen Desa Tun Razak, seorang wanita, Ng Siew Hong, 51, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), manakala rakan sekerjanya, Goh Yong Seng, 38, mati dua hari kemudian di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah cedera parah akibat letupan bom itu.

Siasatan awal polis mendapati bom buatan sendiri itu dimasukkan dalam sebuah kotak kecil bersama beberapa mercun bola yang dilumur minyak tanah dan meletup sebaik mangsa mengangkat dua biji limau bali yang diletakkan di atas kotak berkenaan. Difahamkan, motif kejadian berpunca dendam suspek yang dihalang berjudi di premis kafe siber milik majikan mangsa kerana berhutang kira-kira RM20,000.

Suspek yang berang bertindak menghantar ‘hadiah’ limau bali di atas sebuah kotak yang mengandungi bom buatan sendiri dan letupan tercetus apabila mangsa mengalihkan buah limau itu.

Bom dipercayai berasaskan minyak tanah dan mercun bola menyebabkan letusan tercetus dianggarkan berlaku pada jarak enam meter dari rumah majikan mangsa.
 
bom buatan manusia guna buah bali.
bom buatan beruang sarkis pakai buah apa?
 
haha ade lagi ke hidupan lain selain manusia mampu buat bom? :D
 
dekat sini pun baru meletup satu bom....sekali terkentut da....
 
Back
Top
Log in Register