BTC USD 77,677.1 Gold USD 4,393.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakaian Paling Menarik Bagi Anda Adalah?

Cik Eena

Fun Poster
Messages
224
Joined
Sep 19, 2012
Messages
224
Reaction score
5
Points
15
Assalamualaikum dan Hai :)

Sebenarnya saya terfikir nak buka thread ni ada pelbagai sebab. Tidak perlulah kot saya nyatakan di sini. Cuma yang paling penting sape2 sudi kongsi kat sini boleh la memeriahkan ye :D
Diharapkan tidak ada yang menyentuh sensitiviti sesiapa secara umum.

Soalannya kalau anda keluar rumah, apa yang anda selesa pakai? Kenapa? Contohnya pakai kemeja & jeans, sebab simple dan selesa. Mudah nak ke sana ke mari. Mudah bergerak la senang cite :D

Soalan lain, Adakah anda mengambil masa yang lama untuk memilih pakaian yang sesuai untuk dipakai? Contohnya baju penuh dalam almari, tak tahu mana satu perlu pilih. Anda fikirkan apa semasa memilih? Adakah warna atau corak itu penting bagi anda?

Seterusnya, adakah anda mengambil kira pendapat orang lain dari segi pemakaian anda atau ikut sahaja apa keinginan anda? Contohnya pada masa tersebut anda ingin memakai blaus yang bermanik-manik dengan sulaman kerawang. Tetapi si kawan cakap, "Ehh kau nampak macam makcik jual sayur lahh.. bla bla".

Adakah harga setiap pakaian tu sangat penting atau penting bagi anda? Atau anda memilih yang berkenan di mata tanpa memikirkan harga samada murah atau mahal? Contohnya ada 2 helai baju berlainan kualiti dan corak serta warna yang mungkin agak menarik perhatian anda. Sudah tentu harga pun berbeza bukan? Katakan ada 1 blaus dan 1 kemeja. Blaus tadi agak murah dibandingkan kemeja, tetapi ia LEBIH MENARIK di mata anda.

Sudi-sudikanlah berkongsi pendapat anda di sini :)cgrock

Saya menjawab 4 soalan di atas:
1. Saya lebih selesa memakai blaus & seluar cotton. Kadang-kadang ada jugak berkemeja atau berbaju kurung :D Ikut mood dan keadaan. Yang paling penting pakaian tu longgar dan tidak menampakkan apa yang tidak perlu dipertontonkan kepada umum.
2. Ikut keadaan jugak. Ada yang mengambil masa lama nak pilih mana satu. Bukan sebab pakaian terlampau banyak tetapi memang jenis tak tahu memilih kot :o Contohnya esok nak keluar, kadang-kadang tu, malam sebelumnya dah cari-cari baju untuk dipakai. heee
3. Bagi saya perlu jugak la bertanyakan pendapat orang lain. Tapi kita amik the average je la. Contoh kita suka pakai baju warna terang, mungkin pada kita nampak cantik. Menyerlah. Tapi orang lain tengok kita dalam warna macam tu bagaimana? Kalau saya, saya jarang tanya pendapat orang lain. Kalau tanya pun bukannya saya ikut sangat. Kesian la kat orang tu kan. Jangan buat macam ni okey :eek:
4. Pada saya, harga tak penting. Yang mana saya berkenan saya sambar ja. Janji boleh dipakai dan cantik digayakan serta menutup aurat. :D

:)cgrock
 
1085085_yuna20.jpg


1.jpg
 
Last edited:
kain kapan... hehehe..

eh tak de la..aku simple je...tshirt n jeans...
 
gambar yuna tu sesuai utk musim ribut pasir agaknye...
 
Back
Top
Log in Register