balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Sukarelawan Kelab Pejabat Perdana Menteri bersama penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pasir Gudang, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan UPM Holdings membersihkan sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Pelak.
< 1 / 1 >
KEMAMAN - Kementerian Kesihatan mengingatkan semua sukarelawan yang membantu membersihkan lokasi terjejas banjir supaya memakai pakaian lengkap untuk mengelak dijangkiti penyakit kencing tikus atau leptospirosis.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, mereka perlu memakai sarung tangan dan kasut but bagi melindungi diri ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.
Menurutnya, sukarelawan yang mengalami luka walaupun kecil tidak digalakkan melakukan kerja pembersihan pasca banjir kerana virus kencing tikus boleh merebak ke dalam badan melalui luka yang dialami.
“Setakat ini tiada wabak penyakit merebak akibat banjir dilaporkan, cuma yang direkodkan penyakit biasa seperti cirit-birit dan juga kes terpencil melibatkan kes jangkitan penyakit kencing tikus.
“Penyakit kencing tikus ini berlaku di Gua Musang, Kelantan tetapi ia hanya melibatkan mangsa dalam kalangan Orang Asli di kawasan itu,” katanya selepas melakukan lawatan rasmi di Hospital Kemaman, semalam.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan sukarelawan yang membantu mangsa banjir agar menitikberatkan penjagaan diri memandangkan kawasan bencana tercemar dan berdebu. Sementara itu, Dr Hilmi berkata, sepanjang banjir melanda, pasukan perubatan bergerak ditugaskan ke setiap lokasi banjir bagi memberi rawatan kepada mangsa.
“Pasukan perubatan bergerak dari negeri yang kurang terjejas turut menghantar bantuan ke negeri terjejas teruk seperti di Kelantan bagi memastikan setiap mangsa banjir yang mengalami masalah kesihatan dapat diberikan rawatan,” katanya.
Malah, beliau berkata, negara juga turut mendapat khidmat doktor dari Thailand yang turun ke lokasi terjejas banjir, kelmarin.
Dalam kunjungannya, Dr Hilmi turut menyerahkan sijil penghargaan kepada kakitangan Hospital Kemaman dan Pejabat Kesihatan Daerah yang tetap bertugas merawat mangsa banjir walaupun diri sendiri turut menjadi mangsa bencana itu.
Di Terengganu, seramai 651 kakitangan jabatan kesihatan terjejas dalam bencana banjir kali ini dan daripada jumlah itu sebahagian besarnya iaitu 350 mangsa adalah di Kemaman, malah Hospital Kemaman turut menjadi pusat pemindahan banjir untuk kakitangan terjejas.
Dr Hilmi berkata, bagi meringankan beban kakitangannya yang terjejas banjir, pihaknya mengadakan kutipan derma dan sumbangan itu akan diagih segera.