EzY-eLoaD
Legendary Member

- Messages
- 12,747
Paid Membership
- Joined
- Aug 1, 2008
- Messages
- 12,747
- Reaction score
- 18
- Points
- 115
SELAYANG: Perbuatan terlampau seorang pengawal keselamatan mencabul seorang murid tahun satu, di tandas sebuah sekolah mendapat balasan selepas dia dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Majistret Rini Triany Muhammad Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap R Perumal, 64, selepas warga emas itu mengaku salah terhadap pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Tamil.
Mahkamah mengarahkan hukuman itu dijalankan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 24 April lalu. Bagaimanapun, hukuman sebat dikecualikan terhadap tertuduh atas faktor usia lanjut.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Rini Triany menasihati tertuduh mengambil iktibar hukuman dijatuhkan kepadanya. Mengikut pertuduhan, Perumal yang uzur di dalam kandang tertuduh didakwa mengguna kekerasan dengan niat mencabul kehormatan murid tahun satu di tandas perempuan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Batu Arang, dekat sini antara jam 5 petang hingga 5.15 petang pada 21 April 2010.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Rohainiza Hamzah dan Pegawai Pendakwa Asisten Supritendan Koh Teck Chew manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, dalam rayuan untuk mengurangkan hukuman, Perumal bercakap bahasa Tamil memohon mahkamah hanya menjatuhkan hukuman denda terhadapnya.
“Saya mohon hukuman denda saja. Saya tak tahan duduk dalam penjara sebab saya ada kencing manis, darah tinggi dan sakit pada kaki sebelah kiri,” katanya dengan nada suara terketar-ketar. Bagaimanapun, Koh dalam hujahnya berkata sebagai pengawal keselamatan tertuduh sewajarnya menjaga keselamatan murid di sekolah itu tapi sebaliknya berlaku.