BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Paing Takhon dibebas dari penjara

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

AFP

Paing Takhon
Paing Takhon



Yangon: Pelakon, penyanyi, model popular Myanmar yang sebelum ini pernah dinobatkan lelaki terkacak dunia, Paing Takhon, dibebaskan dari penjara, selepas dipenjarakan kerana menentang junta Myanmar, lapor AFP.

Ia disahkan oleh pasukan peguamnya, baru-baru ini.

Sebelum ini Paing Takhon merupakan antara beberapa pelakon di negara itu yang ditahan dan dipenjarakan.

Bagaimanapun, gambar terbaharu menunjukkan Paing Takhon kelihatan lebih kurus berbanding penampilannya sebelum menjalani hukuman penjara.

Paing Takhon, 25, popular di Myanmar dan negara jiran Thailand, aktif dalam protes besar-besaran yang menggegarkan negara itu berikutan rampasan kuasa, tahun lalu.

Dia menyertai perhimpunan dan menyokong gerakan membantah rampasan kuasa serta memuat naik hantaran mengenainya menerusi media sosial.

Artis itu ditangkap dalam serbuan pada waktu subuh di rumah ibunya di Yangon pada April tahun lalu.

Dia kemudian dipenjarakan selama tiga tahun pada Disember lalu dengan hukuman kerja berat kerana menyebarkan penentangan terhadap tentera.

Rabu minggu lalu, dia diampunkan dan dibebaskan dan tiba di rumah, peguamnya memberitahu AFP tanpa memberikan butiran lengkap.

Dalam satu kenyataan, junta mengesahkan pembebasannya bersama pelakon Lu Min, Pyi Ti Oo dan Eaindra Kyaw Zin.

Tiada butiran lanjut diberi mengenai perkara itu.

Paing Takhon juga terkenal di Thailand di mana dia pernah muncul dalam rancangan televisyen dan iklan.

Media sebelum ini melaporkan tidak lama selepas rampasan kuasa, junta mengeluarkan senarai 120 selebriti yang dikehendaki untuk ditangkap.

Lebih 1,500 orang terbunuh dalam tindakan keras tentera terhadap perbezaan pendapat selepas rampasan kuasa yang menyaksikan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi, digulingkan pada Februari tahun lalu, menurut kumpulan pemantau tempatan.

Awal Februari lalu, genap setahun episod rampasan kuasa di negara itu yang mencetuskan protes besar-besaran.

Junta membatalkan keputusan pilihan raya 2020 pada Julai tahun lalu dan berjanji untuk mengadakan satu lagi pilihan raya menjelang Ogos 2023.
 
Back
Top
Log in Register