BTC USD 83,126.9 Gold USD 4,179.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pahlawan - Pahlawan Melayu

Raja Jumaat

Raja Juma’at ibni Raja Ja’afar, seorang putera Raja Riau yang menjadi menantu kepada Sultan Muhammad Shah ibni Sultan Ibrahim, Sultan Selangor Ketiga (1826-1857). Baginda juga merupakan cicit kepada Sultan Ibrahim, Sultan Selangor Kedua (1778-1826). Raja Juma’at juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Muhammad Shah, Sultan Selangor Ketiga, 1826-1856. Menurut catatan sejarah, Raja Juma’at membina istana sekali gus kota pertahanan dan gedung menyimpan bijih timah yang dikuasainya di Lukut pada masa itu. Beliau merupakan salah seorang yang sangat kaya di Selangor kerana kejayaannya menjual hasil jualan bijih timah ke Melaka (Lukut) terletak di bawah kekuasaan Selangor pada 1820-an).


Kota Lukut terletak di Bukit Gajah Mati dekat Lukut, Port Dickson. Ia mula dibina oleh seorang pembesar Melayu dalam tahun 1820-an. Bagaimanapun, Raja Juma’at bukanlah pengasas sebenar Kota Lukut sebaliknya orang yang mula-mula sekali mengasaskan Kota Lukut bernama Raja Busu iaitu salah seorang kerabat Diraja yang berasal dari Selangor. Disebabkan Raja Busu mati dibunuh oleh orang-orang cina dan istananya dibakar dalam satu pergaduhan dalam tahun 1845, peranan beliau di Lukut hilang begitu sahaja. Raja Juma’at lebih dikenali di Lukut kerana ia membina semula kota yang musnah itu dan berjaya memajukan Lukut menjadi sebagai pusat perdagangan yang mashyur lagi terkenal pada zaman itu.



Raja Juma’at terkenal sebagai seorang pengusaha bijih timah terkaya di Lukut pada pertengahan abad kesembilan belas. Malangnya setelah beliau meninggal dunia, puteranya Raja Bot gagal meneruskan kegemilangan Kota Lukut menyebabkan ianya mundur dan akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Raja Juma’at meninggal dunia dalam tahun 1864 dan disemadikan disatu kawasan tidak jauh dari istananya di Bukit Gajah Mati (sekarang dinamakan Makam Diraja Lukut). Di sini juga bersemadinya kaum keluarga Raja Juma’at, termasuk permaisuri, bonda dan putera-puterinya.
 
Rentap Pahlawan Sarawak

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke.

Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan British di Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap adalah seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu Sungai Sekrang. Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua tempatan yang dianggaplanun olehnya, sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan.

Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan. Justeru itu pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya menyerang kubu-kubu di Sungai Skrang. Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. akibat pertempuran itu seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee dengan lembingnya. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Sekrang.

Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan Merak dan ini menyebabkan Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya. Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di sungai Lang iaitu di ulu Sungai Skrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama Bukit Sadok. Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah mereka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam.

Kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya habis dibakar oleh kerajaan Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke Ulu Entabai. Kemudian Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya.
 
Salam..kalu tokoh tu menentang kerajaan atau tak sebulu dgn kerajaan sekarang jangan harap ler
 
Salam..maaf nak ckp buku teks di malaysia ni kurang sikit...bukan nak kata
 
Asyik2 UMNO dan BN ..bukan sy sokong pembangkang tp kiter hendaklah hormat semua pejuang
 
Back
Top
Log in Register