BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah tunggang ala superman

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Polis menerangkan kesalahan dilakukan oleh dua remaja berkenaan.
< 1 / 1 >
KULIM - Gara-gara menunggang motosikal ala superman, dua pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun ditahan polis dari Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Ibu Pejabat Daerah Kulim (IPD) di Jalan Tunku Abdul Rahman, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian JPPJ sedang membuat rondaan cegah jenayah dari Jalan Kilang Lama menghala ke Jalan Tunku Abdul Rahman.

Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, suspek memecut dan memotong kenderaan dinaiki polis.

“Anggota JPPJ yang menunggang motosikal kemudiannya memburu suspek dan berjaya menahan mereka di lampu isyarat Simpang Tiga Keladi. Ketika pemeriksaan dibuat, kedua-dua suspek tidak mempunyai lesen memandu dan salah sebuah motosikal ditunggang suspek tidak mempunyai cukai jalan dan perlindungan insurans.

"Suspek dibawa ke Trafik Kulim untuk tindakan saman manakala motosikalnya turut disita. Polis hanya akan mengembalikan motosikal itu kepada pemilik asal setelah cukai jalan serta insurans dihidupkan. Selain itu, pemilik akan disaman kerana membenarkan remaja bawah umur menunggang motosikal itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ghuzlan menasihatkan kepada semua pelajar supaya jangan menunggang motosikal secara melulu kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya dan diri mereka sendiri.

Katanya, sehingga kini hampir 50 kematian dilaporkan berlaku berpunca dari kemalangan.

Menurutnya, ibu bapa harus memantau kemana anak mereka pergi setelah mengerjakan solat terawih.

Menurutnya ramai kalangan remaja terutama mereka di bawah umur menjadikan alasan mengerjakan solat terawih untuk berpelesiran.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/padah-tunggang-ala-superman-1.189684
 
kasi masuk dalam..lepas raya baru suh die balik.. hehehe
 
wt superman pstu potong keta polis..mmg bakar line
 
huhu...takpa kasi tido lokap je raya ni..mkn nasi kepal haha
 
besalah, jlan 2 mmg feveret bg kaki motor dk buat aksi cipan...
jalan straight nk dkat 1 km 2...
 
Insaflah sebelum anda diinsafkan ..bulan pose ne paling banyak accident kat area aku
 
Back
Top
Log in Register