BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah 'penjarakan' kucing

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


GARA-gara 'memenjarakan' keenam-enam kucingnya, seorang warga emas dilarang memelihara haiwan peliharaan selama 15 tahun dan dikenakan perintah berkurung selama 16 minggu bermula jam lapan malam hingga tujuh pagi oleh Mahkamah Majistret Wigan.

Janet Latheron, 60, dari Atherton dekat Wigan didakwa mengurung kesemua kucing peliharaannya dalam sebuah bilik kotor seperti penjara.

Difahamkan, penganiayaan ke atas haiwan itu terbongkar selepas pegawai Pertubuhan Diraja Membasmi Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) melakukan pemeriksaan mengejut ke kediamannya dan mendapati
keadaan bilik kurungan tersebut sangat menjijikkan selain baunya cukup memualkan perut.

Menurut mereka, permukaan lantai yang dipenuhi najis, berenga, bangkai lalat dan sisa makanan menyebabkan kesemua haiwan tersebut terpaksa bersesaksesak di atas sebuah meja kecil.

"Keadaan terbabit menyebabkan keenam-enam kucing itu terkena jangkitan kronik. Hasil siasatan awal kami mendapati, kesemua haiwan peliharaan Latheron telah berada dalam situasi seperti itu sejak tiga tahun lalu," kata jurucakap RSPCA.

Difahamkan, kesemua kucing tersebut kini dirawat dan ditempatkan di pusat perlindungan haiwan di bawah pertubuhan terbabit. - DailyMail
 
rasanya dia tak larat nak cuci dan bersihkan semua tu.. maklumlah dah tua... silapnya dia dah kurung kucing tu, kalau dia biarkan jejalan kat rumah dia ok jugak..
 
Back
Top
Log in Register