BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah menyamar pegawai Imigresen

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KUANTAN - Seorang lelaki mengambil kesempatan atas identitinya yang dikenali sebagai 'pegawai Imigresen' untuk menerima suapan RM5,000 daripada seorang ahli perniagaan sebagai dorongan untuk menangkap seorang pekerja wanita warga China.

Mohd Saufi Daud, 39, yang sebenarnya hanya seorang pembantu kedai tersilap langkah apabila identitinya terbongkar hasil laporan dibuat pengadu sebelum dia dicekup pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tertuduh yang sudah berkeluarga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan semalam bagi dua tuduhan menerima suapan membabitkan jumlah keseluruhan RM5,000.

Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Syafinas Shabudin, tertuduh didakwa menerima suapan wang tunai RM1,000 daripada seorang ahli perniagaan selepas dia memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan mempunyai kuasa untuk menangkap wanita warga China dikenali sebagai Xia.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah stesen minyak di Jalan Air Putih di sini kira-kira jam 12.15 pagi, 14 Mei lalu.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima suapan RM4,000 daripada lelaki sama sebagai upah kerana menangkap wanita terbabit.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di jalan IM7/1, Bandar Indera Mahkota di sini kira-kira jam 5 petang 15 Mei 2015.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pertama bagaimanapun akur dan mengaku bersalah bagi tuduhan kedua yang dibacakan di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof.

Dalam sebutan kes itu semalam, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM4,000 bagi pertuduhan pertama dan memohon satu tarikh sebutan singkat untuk fakta kes dan hukuman bagi pertuduhan kedua selepas tertuduh mengaku bersalah.

Dalam rayuan terhadap jumlah jaminan yang ditawarkan, tertuduh hanya merayu agar jumlah itu diringankan atas alasan menyara keluarga.

Habibah dalam keputusannya menetapkan jaminan RM5,000 terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan manakala 29 Julai depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan fakta kes dan hukuman.
 
Empat lelaki menyamar anggota Imigresen ditahan

SARAVANA_1547913289.jpg

PENGARAH Bahagian Operasi dan Pendakwaan Imigresen, Saravana Kumar - Foto Fakhrul Abid Saifuddin





KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menahan empat lelaki kerana menyamar sebagai anggota jabatan itu dan disyaki meminta suapan daripada majikan yang menggajikan pekerja asing, semalam.

Keempat-empat suspek yang ditahan Unit Operasi, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Imigresen itu berusia antara 27 tahun hingga 34 tahun.

Pengarah Bahagian Operasi dan Pendakwaan Imigresen, Saravana Kumar, berkata mereka ditahan di Putrajaya selepas berurusan dengan seorang majikan dipercayai bagi melepaskan pekerja asing yang ditahan mereka.

Katanya, hasil siasatan mendapati keempat-empat suspek berkenaan yang turut menggunakan gari serta seragam Imigresen menjalankan operasi haram dengan menangkap pekerja asing.

“Suspek kemudian meminta suapan daripada majikan pekerja asing berkenaan sebagai bayaran untuk melepaskan mereka.

“Kami percaya keempat-empat suspek sudah beberapa kali menjalankan kegiatan berkenaan dengan menyasarkan pekerja asing yang bekerja di kedai runcit.

“Sebaik menahan pekerja asing atas kesalahan tertentu, suspek akan menghubungi majikan mereka yang diarahkan berjumpa di kawasan sekitar bangunan JIM bagi urusan pelepasan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Saravana berkata, tindakan suspek berjumpa di kawasan sekitar luar bangunan Imigresen bertujuan memperdaya mangsa bahawa mereka adalah anggota bertugas di situ.

Katanya, semua suspek yang ditahan sudah diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

“Dalam setiap operasi penguatkuasaan Imigresen, ketua operasi perlu memperkenalkan diri serta mengemukakan kad kuasa kepada pemilik atau penghuni premis sebelum pemeriksaan dijalankan.

“Malah, tiada istilah bayaran kompaun atau denda diminta atau dikenakan oleh pegawai operasi di lapangan.

“Jadi, jika berlaku perkara seperti ini, kami nasihatkan agar orang ramai menyalurkan maklumat kepada Imigresen atau polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Saravana meminta orang ramai, terutama majikan agar tidak melindungi atau menggajikan warga asing tanpa permit sah.

Katanya, tindakan itu membuka ruang serta peluang kepada kes penyamaran dan pemerasan seperti dilakukan keempat-empat suspek berkenaan.






sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/521817/empat-lelaki-menyamar-anggota-imigresen-ditahan






.
 
Cuba kalo imigresen buat mcm depa ni sure byk pendatang asing kena tahan or x berani..ni imigresen main wyg ja kerja mana nk jln..malaysia oh malaysia.
 
Back
Top
Log in Register