ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari lokap untuk dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman.
KOTA BHARU - Tindakan agresif seorang lelaki mengamuk dan mengancam untuk mencederakan abangnya dengan tukul besi mengundang padah apabila dia dijel tujuh bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.
Hukuman diputuskan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin terhadap Samsul Yazid, 35, selepas tertuduh mengaku salah atas tuduhan tersebut.
Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam mendatangkan kecederaan kepada Shareel, 43, di Lorong Bawah Lembah, Kampung Sireh, di sini, jam 10.30 pagi, 8 Januari lalu.
Dalam kejadian itu, tertuduh tiba-tiba mengamuk dan merosakkan harta benda di dalam rumah kerana pengadu tidak memberinya duit. Oleh sebab tidak mahu tertuduh terus mengamuk, pengadu memberikan RM35 kepada tertuduh, namun semasa pengadu mahu keluar dari rumah, tertuduh menyiku bahu pengadu.
Tindakan tertuduh menyebabkan berlaku pergelutan yang kemudiannya dileraikan seorang adik perempuan pengadu. Selepas keadaan reda, pengadu mahu keluar dari rumah dan tiba-tiba tertuduh keluar dengan membawa sebatang tukul besi dan terus mengejar pengadu.
Pengadu melarikan diri kerana ketakutan dan kemudian membuat laporan polis yang membawa kepada penahan tertuduh, dua hari selepas kejadian.
Pada prosiding semalam, tertuduh merayu hukumannya diringankan kerana mengaku sudah insaf.
Mohd Firdaus bagaimanapun menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan tersebut dan mengarahkannya berkuat kuasa daripada tarikh dia ditahan.