BTC USD 83,613.5 Gold USD 4,157.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah maki polis

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
MELAKA: Tindakan biadab seorang pekerja kontrak memaki polis dengan kata-kata kesat membawa padah apabila dipenjara tujuh hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Muhamad Hanafi Bidin, 22, dari Pantai Kundor, Tangga Batu dekat sini, menerima hukuman itu selepas mengaku salah terhadap tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi.

Mengikut tuduhan, Muhamad Hanafi didakwa sengaja menghalang tugas penjawat awam, Lans Koperal S Thyagaraj bagi menjalankan tugasnya di stesen Minyak Mobil, Jalan AMJ, di sini, kira-kira jam 1.15 pagi, 19 November 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan anak yatim dan hanya pendapatan RM1,000 sebulan serta dipukul polis ketika ditahan.

Bagaimanapun, pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Saharizan Sahaman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Katanya, hukuman berat boleh menjadi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak melakukan perbuatan sama, malah tiada laporan polis dibuat tertuduh mengatakan dia dipukul, sebaliknya ketika ditahan tertuduh dalam keadaan mabuk.

Muhammad Hazri yang mendengar permohonan kedua-dua pihak kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari mulai tarikh tangkapan dan denda RM2,000 kepada tertuduh.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/2011112505544620111125055446/Article
 
mabuk mmg ahahahaha..hapuskan arak la camni
 
mabuk rupanya..:(scam
 
sebaliknya ketika ditahan tertuduh dalam keadaan mabuk.

pening2..trend melayu skrang kot..
 
umur dh 22 pstu mtk ringan sbb anak yatim?? adoi..dh besar pun
 
mmg patut pun dikenakan hukuman yg setimpal..bru jd pengajaran pd dia...minum la arak lg..:mad:
 
MABUK tu....... Padan dengan muka dia berat lagi hukuman dia lagi bagus
 
Back
Top
Log in Register