eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KOTA BHARU - Kebolehan seorang remaja lelaki di Kampung Geting Tumpat mencipta mercun buatan sendiri akhirnya membawa padah apabila mercun itu meletup menyebabkan beberapa bahagian badannya melecur.
Mangsa, Mohd. Nazirul Hasif Mailang, 12, yang pernah mewakili negara ke Jepun dalam sukan bola sepak Piala Asia Bawah 12 Tahun bulan lalu, juga hampir kehilangan empat kuku jari tangan kirinya, selepas tergesa-gesa berbuka puasa bersama keluarga, malam tadi.
Ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini Mohd. Nazirul Hasif berkata, kejadian berlaku ketika beliau cuba membakar mercun ciptaan menggunakan ”starter” lampu kalimantang apabila ia tiba-tiba meletup tanpa sempat melarikan diri.
Akibat letupan itu, anak sulung daripada empat beradik yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2 itu cedera dan melecur di beberapa bahagian badan antaranya empat kuku jari tangan kirinya hampir tercabut, cedera di pipi, lengan kanan dan mata kanan. - Bernama