eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
MERSING: Gara-gara menunggang motosikal sambil menggunakan telefon bimbit, seorang pemuda nyaris maut apabila tercampak di atas jalan raya selepas kenderaan ditunggangnya bertembung sebuah kereta di Kilometer 5 Jalan Mersing-Jemaluang, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, pemuda terbabit, Salim Kahar, 31, cedera parah termasuk patah kaki kanan apabila motosikalnya bertembung sebuah kereta Proton Wira ketika hendak membelok ke persimpangan Kampung Sri Pantai, dekat sini.
Difahamkan, berikutan asyik menggunakan telefon bimbit, mangsa tidak sedar sebuah kereta datang dari arah bertentangan menyebabkan dia merempuh Proton Wira berkenaan, sebelum melambung dan terjatuh di atas jalan.
Seorang saksi yang enggan dikenali, berkata kemalangan berlaku ketika mangsa leka menggunakan telefon bimbit dan bernasib baik berikutan tiada kenderaan lain merempuh atau menggilisnya selepas terjatuh di atas jalan raya.
“Saya terkejut kerana kemalangan berlaku depan mata dan akibat perbuatannya melanggar undang-undang, mangsa bukan saja cedera parah, malah nyawanya hampir melayang.
“Inilah padah akibat tidak mematuhi peraturan lalu lintas dan diharap kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua penunggang motosikal dan pemandu kenderaan lain,” katanya.
Sementara itu, pemandu Proton Wira terbabit, Hamidi Hamdan, berkata dia bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke Felda Tenggaroh selepas membeli barang keperluan di bandar Mersing.
“Apabila tiba di tempat kejadian, saya cuba membrek dan mengelak apabila mendapati penunggang motosikal itu terus membelok ke kanan tetapi gagal.
“Berikutan itu, motosikalnya merempuh sebelah depan kereta saya dan penunggangnya tercampak ke atas jalan. Nasib baik tiada kenderaan lain ketika itu kerana jika tidak, mungkin nasibnya lebih buruk,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.