BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah langgar lampu isyarat

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
ne_06.1.jpg

ORANG ramai mengerumuni kawasan kemalangan sebaik kereta yang dipandu Mei Siang merempuh belakang sebuah MPV di Melaka semalam.

-----------------------------------------------------------------
MELAKA - Tindakan seorang lelaki melanggar lampu isyarat mengundang padah apabila dia mati selepas kereta yang dipandunya melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam satu kemalangan di persimpangan Jalan Tamby Abdullah dan Jalan Laksamana Cheng Ho di sini kelmarin.

Kejadian pukul 11 malam itu berlaku ketika Wing Mei Siang, 32, dari Taman Kerjasama, Bukit Beruang di sini dalam perjalanan dari Jalan Parameswara menuju ke persimpangan berkenaan menaiki kereta Perodua Viva.

Pegawai Turus Trafik Melaka Tengah, Asisten Supritendan Poonam E. Kling berkata, mangsa telah melanggar belakang MPV jenis Toyota Estima yang ketika itu berhenti di lampu isyarat tersebut.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
 
Pegawai Turus Trafik Melaka Tengah, Asisten Supritendan Poonam E. Kling berkata, mangsa telah melanggar belakang MPV jenis Toyota Estima yang ketika itu berhenti di lampu isyarat tersebut.

mcm mana pulak dia langgar lampu isyarat kalau kereta depan dah berhenti? ni bukan langgar lampu isyarat, tapi langgar belakang kereta berhenti di lampu isyarat,,,
 
mcm mana pulak dia langgar lampu isyarat kalau kereta depan dah berhenti? ni bukan langgar lampu isyarat, tapi langgar belakang kereta berhenti di lampu isyarat,,,

yg depan dah berhenti kncil laju lak.. takpun mpv tu berhnti mengejut
 
Aku rasa Estima dengan Viva tu tengah pecut budget lepas lampu hijau. Pastu mungkin Viva x budget yang Estima tu akan stop mengejut. Dalam hati mungkin Viva tu ingat Estima tu lepas and dia leh follow. Sekali tu Estima stop, memang naya la pastu.
 
teori agak bernas berdasarkan melepasi line putih tu. so, jgn la percaya sangat kat kenderaan depan tu. boleh blh percaya.. underEstimated tol.
 
apa pon, kalu lampu kuning tu tgk la keadaan jugak, kalu x de kerete kat belakang, leh la stop..kalu ada teruskan jer la
 
kelajuan membunuh...
 
viva tu mesti xpakai sit belt... melekat kepala kt cermin depan tu...:-?
 
kesian . . xyah la nak speed kalo kat traffic .
usha line clear dulu kalo nak kejar yellow pon .
keta depan bukan salah papa pon kalo jadik camnie ..
 
Back
Top
Log in Register