BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah guna jalan pintas

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_10.1.jpg

DUA daripada lima remaja yang tersesat semasa menuruni puncak Bukit Larut dibawa ke kaki bukit menggunakan kenderaan pacuan empat roda selepas mereka diselamatkan di Taiping kelmarin.

TAIPING – Keghairahan sekumpulan lima remaja yang cuba menuruni puncak Bukit Larut di sini menggunakan jalan pintas mengundang padah apabila mereka tersesat di kawasan hutan di pusat peranginan itu hampir lapan jam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintenden Ismail Che Isa berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, lima remaja termasuk empat pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Semanggol, Bagan Serai berkenaan dikatakan gagal mencari jalan keluar ke laluan utama.

“Semasa turun dari puncak, mereka mengambil keputusan menggunakan jalan pintas untuk ke kaki bukit. Namun kesemuanya hilang arah menyebabkan tersesat hampir lapan jam di dalam kawasan hutan berhampiran.

“Bagaimanapun salah seorang daripada kumpulan remaja tersebut berjaya menghubungi talian kecemasan pada pukul 5.37 petang bagi memaklumkan kejadian yang menimpa mereka,” katanya di sini.

Mangsa terbabit dikenal pasti sebagai Mohd. Iqbal Razali, Mohd. Khairul Faiz Mat Tajuddin, Syazwan Kamaruddin dan Mohd. Fazlil Hafiq Mohd. Sharif yang masing-masing berusia 17 tahun manakala seorang lagi mangsa, Nadrin Hanafi Mohd. Rozi, berumur 20 tahun.

Katanya, seramai 50 anggota terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pasukan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan kakitangan Hospital Taiping terlibat dalam operasi mengesan dan menyelamat mangsa.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0525&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm
 
Ni akibat nak cepat sampai. Nak cepat jadi lambat
 
alhamdulillah selamat...
 
memang gps takde funtion ke kat dalam hutan?
 
Back
Top
Log in Register