BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah curi Samsung S2 dalam surau

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Tertuduh menutup mukanya dengan kain ketika dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

SEREMBAN – Seorang wanita terpaksa meringkuk dalam penjara selama 10 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, di sini semalam atas pertuduhan mencuri di surau Seremban Prima di sini, Sabtu lalu.

Tertuduh, Nurhidayaah Rosli, 26, yang bekerja sebagai juruwang turut didenda RM2,500 dan penjara tujuh hari oleh mahkamah majistret berasingan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan harta curi iaitu sebuah telefon bimbit jenama Samsung S2.

Jika gagal menjelaskan denda berkenaan, dia berdepan hukuman penjara tiga bulan yang berjalan dari tarikh tangkap.

Mengikut pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Izuan Mohamed Noh, tertuduh ketika berada di surau yang digunakan tempat beribadat dengan niat mengambil barang milik Maimunah Mohammad Isa iaitu sebuah beg serta dompet mengandungi wang tunai RM35 serta kad rawatan milik mangsa tanpa meminta kebenaran.

Pendakwaan bagi kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Manakala kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Aslamiah Jamil, tertuduh berdepan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menyimpan harta curi iaitu sebuah telefon bimbit jenama Samsung S2 milik Fauzillah Zaidi, 43.

Kedua-dua kesalahan dilakukan kira-kira 5 petang, 18 Oktober lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Kaiyisah Shukri dan Nabilah Mohammad Zanudin, manakala tertuduh diwakili peguam, A. Partheeban.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/padah-mencuri-di-surau-1.327453
 
Ooo..

Software apa yek yg die guna utk track balik hp die tu..

Ada cdgn mana yg Terbaik x??
 
isnin baru ni wife ak kena curi handset iphone,wallet..dekat surau hospital selayang....beehati hati sapa solat sana..perempuan zaman la ntahapaaapntah..dlm surau pun sempat mncuri..
 
Ade kerje tapi masih mencuri
Makin menjadi jadi dunie mase kini
 
Back
Top
Log in Register