balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
TEXAS - Seorang pencuri yang kelaparan terpaksa menghabiskan 50 tahun dalam penjara kerana mencuri rusuk daging khinzir dari sebuah kedai runcit.
Willie Smith Ward terpaksa menerima hukuman itu selepas didapati bersalah, Rabu lalu.
Pencuri berusia 43 tahun itu mungkin berasa sedikit terkilan kerana didapati bersalah mencuri daging yang hanya berharga AS$ 35 (RM108).
Ward sebelum ini pernah disabitkan bersalah dalam kesalahan pecah rumah, cubaan merompak, serangan dan juri mengesyorkan dia dihukum sebagai jenayah biasa.
“Keputusan yang diterima Ward ini menunjukkan rakyat di wilayah itu tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan Ward yang tidak menghormati orang lain dan harta benda,” kata Pegawai Daerah, JR Vicha.
Tambahnya, setiap pesalah harus menerima padah yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.
sumber;http://www.sinarharian.com.my/global/padah-curi-rusuk-khinzir-1.166895