BTC USD 81,549.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah cuba suap RM150

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
SHAH ALAM: Seorang peniaga kedai runcit warga Bangladesh dipenjara 15 hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, semalam, selepas mengaku bersalah menyogok anggota polis di Ampang, petang Sabtu lalu.

Ketika kejadian, tertuduh Abdul Kaiyam Abdul Momin, 35, memandu van dengan enam warga Indonesia di dalamnya untuk menghantar mereka berbuka puasa.

Hakim Mat Ghani Abdullah yang membuat keputusan itu turut mengarahkan tertuduh dipenjara empat bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.


Mengikut pertuduhan, Abdul Kaiyam didakwa memberi suapan RM150 kepada Lans Koperal Muhamad Shaifful Nisam Osman di depan kedai Panasonic Kawanku di Taman Dagang, Ampang, dekat sini.


Sogokan itu bagi mengelak tindakan diambil terhadapnya kerana membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan dan melanggar isyarat berhenti lampu merah.


Wang berkenaan juga diberikan bagi menghalang tindakan diambil terhadap salah seorang warga Indonesia, Sugiyanti Simen yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.


Bapa kepada empat cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan itu, kira-kira jam 6.51 petang pada 4 September lalu.


Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 kanun sama.


Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana-mana jumlah yang lebih tinggi.


Terdahulu, tertuduh ketika rayuan terhadap hukuman memohon hukuman lebih ringan kerana menyara ibu dan bapa mentua dan empat anaknya dengan dua yang sudah bersekolah.


Dia yang mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan juga memohon mahkamah mempertimbangkan fakta bahawa ia adalah kesalahan pertamanya meskipun sudah tinggal di negara ini selama 15 tahun.


“Saya janji tidak buat lagi,” katanya.


Pegawai Pendakwa SPRM, Hung Heng Hong, bagaimanapun memohon hukuman setimpal kerana perbuatan merasuah penjawat awam adalah kesalahan serius.
 
huh mmg berintegriti abam polis tu....tahniah
 
Back
Top
Log in Register