BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah cinta Facebook

astrowan

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,318
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,318
Reaction score
251
Points
146
TAIPEI: Seorang lelaki yang dihantui rasa cemburu menyerang seorang pengguna Facebook yang menggoda isterinya dalam talian, membelasahnya hingga mati dengan kayu besbol, kata polis.

Chou You-huang, 34, penduduk di Pingtung, di selatan Taiwan memberitahu polis dia ingin bertemu dengan mangsa, Chuang Shih-chang, 40, selepas mendapat tahu mengenai hubungan mangsa dengan isterinya di Internet. Apabila Chuang muncul di tempat dijanjikan di luar restoran awal pagi Sabtu lalu, Chou dan dua rakannya menyerang mangsa dengan kayu besbol.


Ketiga-tiga lelaki itu membelasah mangsa habis-habisan sebelum meninggalkannya di situ. Mereka percaya kecederaan mangsa tidak akan membawa maut. Bagaimanapun, Chuang ditemui mati sejurus selepas itu dan polis kemudian menahan tiga suspek berkenaan. - AFP
 
Jgn menyalahgunakan kemudahan yg ada..
 
isteri dier pon satu....
main laki lain....xpasal2 dah bermasalah...
 
cinta muka buku... :D
 
suami kot.. of course la cemburu dengan tindakan isteri dia curang.. :(
dia nak mengajar je lelaki tu, tapi tak sangka ajal mamat tu sampai pulak
 
bunuh jek..
bunuh dua2 ekoq..
si jantan n betina...

puas hati...
 
cinta buku punya pasal..
mati sia2..
 
Back
Top
Log in Register