BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah ceroboh perairan negara

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Nurul Hizam (depan) menjalankan pemeriksaan terhadap 10 nelayan dan tekong warga Vietnam di Pangkalan Operasi Maritim, Tok Bali, semalam​

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan menahan 10 nelayan asing Vietnam dan seorang tekong kerana menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan negara, kira-kira 103.5 batu nautika dari Timur Laut Tok Bali, semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 10 Tok Bali, Kapten Nurul Hizam Zakaria berkata, nelayan berusia 21 hingga 51 tahun itu dikesan Kapal Maritim Amanah diketuai Leftenan Komander Maritim Sahrih Samsudin, jam 8.30 pagi kelmarin.

Katanya, Maritim turut merampas bot bernilai lebih RM1 juta bersama peralatan menangkap ikan dan 2,000 kilogram pelbagai spesies ikan.

"Kita dapati bot ini tidak miliki lesen menangkap ikan yang sah. Malah, nelayan terbabit tidak ada dokumen diri termasuk surat kebenaran menangkap ikan di perairan negara yang dikeluarkan ketua pengarah jabatan perikanan. Mereka juga gagal kemuka buku pelaut yang sah,
yang diperlukan jika bekerja dengan vesel tempatan," katanya.

Katanya, bot terbabit ditunda ke pangkalan operasi Maritim pada jam 2 pagi semalam dan semua terlibat disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Katanya lagi, Maritim Kelantan akan meneruskan rondaan menerusi Ops Perkasa Timur yang menumpukan pencerobohan nelayan asing dan salah laku lain di perairan negara.

"Sepanjang Januari sehingga hari ini (semalam), Maritim berjaya menahan dan mendakwa sembilan bot nelayan asing Vietnam," katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada Maritim jika mengesan sebarang bentuk aktiviti di laut, yang melanggar peraturan negara.
 
Back
Top
Log in Register