BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pada Pendapat Anda Apakah Perkara Paling Penting Dalam Perniagaan Internet?

Labanon

Fun Poster
Messages
346
Joined
May 30, 2007
Messages
346
Reaction score
2
Points
15
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan masa untuk menulis post di sini. Hari ini menulis sekadar santapan minda kepada anda semua pelawat setia forum CariGold ini terutamanya bagi mereka yang mempunyai produk sendiri. Pemasaran adalah segala-galanya bagi menjamin sesuatu produk itu berjaya atau tidak.

Baiklah pertamanya sudah tentu anda perlu memiliki produk yang bagus namun ada juga kes dimana produk tidak bagus tetapi dikategorikan sebagai produk yang berjaya. Sekaligus membenarkan kata-kata Donald Trump “Tidak ada guna andainya anda memikirkan produk anda bagus dan seluruh dunia memerlukan produk anda namun jika anda gagal untuk memasarkanya anda tetap seorang yang gagal” (You Fired! Erk.. Mr.Trump Bila Pulak Saya Masuk The Apprentice ni?) Untuk mendapatkan produk yang bagus adalah amat mustahil dimana kita hendak memuaskan hati semua pihak dan kebiasaanya dan kebanyakkan produk adalah sederhana. Ya betul, sederhana nak kata bagus tak jugak, nak kata tak bagus pun tak jugak. Namun apakah yang membezakan sama ada produk tersebut berjaya atau sebaliknya? Pemasaran.

Pemasaran adalah nadi kepada sebarang perniagaan. Tidak ketinggalan juga bagi perniagaan Internet, berdasarkan penyelidikan dan pengalaman saya pemasaran merupakan perkara terpenting. Tanpa pemasaran walaupun produk itu bagus tetapi salesnya akan tetap slow. Pemasaran yang berkesan akan boost income bagi produk anda. Lihat sahaja bagaimana sesorang itu boleh menjadi jutawan Internet… mereka bijak memasarkan produk mereka. Irfan Khairi sendiri pernah berkata beliau hanya mempunyai design skills yang biasa malah ramai lagi yang design lebih cantik daripada beliau namun mereka tidak mempunyai kepakaran dalam pemasaran. Bling! Saya tersentak selepas membaca kenyataan Irfan Khairi, tanpa di sangka-sangka itulah sebenarnya punca beliau berjaya. Apa yang menyedihkan ramai yang memikirkan beribu cara untuk memantapkan produk lantas memandang enteng aspek pemasaran so akhirnya pulangan perniagaan mereka adalah tidak seberapa.

Adakah anda sudah faham apa yang ingin saya sampaikan? Jika anda mempunyai produk pastikan anda rancang betul-betul pemasaran bagi produk anda. Jangan hanya pandang endah tak endah aspek ini. Jika anda betul-betul ingin berjaya dalam perniagaan Internet perhebatkan cara pemasaran anda. Bagaimana? Fikir-fikirkanlah :)

salam cemerlang dan jumpa lagi...
 
Kalau rasa pendapat saya tidak sesuai abaikan jerlah yer :)
 
Rajin dan tidak mudah putus asa
 
keinginan yg tinggi, komited dan tidak mudah berputus asa..

p/s : hai lebanon long time no see...
 
rajin,cekap,tabah,akur,jujuh,amanah,berani,cekal,gigih,tekun,iklas,sabar,penyayang,kedekut,bersih,yakin,cun,cemerlang,gemilang,terbilang & banyak lagilah..:)cgrock
 
rajin,cekap,tabah,akur,jujuh,amanah,berani,cekal,gigih,tekun,iklas,sabar,penyayang,kedekut,bersih,yakin,cun,cemerlang,gemilang,terbilang & banyak lagilah..:)cgrock

banyaknye bro.. :eek:
 
Back
Top
Log in Register