BTC USD 84,327.5 Gold USD 4,284.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

nie kira macam penjahat soal siasat penjahat ker apa? sori...noob sket
 
Najib juga berkata, MT mengambil maklum bahawa keputusan siasatan perlu dipercepat supaya rakyat tahu hasilnya.

“Dan saya harap AG (ketua audit negara) dapat buat kenyataan tentang bila laporan tersebut boleh dibentangkan pada PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara).

“MT mengharapkan tindakan-tindakan yang tegas diambil kepada sesiapa menyalahi dari segi undang-undang. Ini bergantung pada laporan yang kita akan terima,” katanya.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/297997
 
nie kira macam penjahat soal siasat penjahat ker apa? sori...noob sket

aku pun noob jugak...
pendapat aku takyah siasatlah...
kalau hasil siasatan ada yg tak betul, bukannya berani dakwa pun...
lagi makan duit rakyat kos nak siasat adala..#:-S#:-S
 
harap dakwa jugak atas Akta Pelupusan/ Pengubahan Wang Haram (BAFIA)... supaya semua yg terlibat dibekukan aset dan wang tunai mereka... maklum la duit bnyk transit sana sini... itupu kalau berani laa....
 
Ni berlakon ker apa ni...

nie kira macam penjahat soal siasat penjahat ker apa? sori...noob sket

Sila baca betul2 tuan...

1. PAC turut dianggotai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua – pengkritik utama 1MDB sehingga disaman Najib baru-baru ini.

Ini pula petikan media alternatif hari ini...

Sokongan padu Majlis Tertinggi Umno kepada Datuk Seri Najib Razak semalam hanya membuktikan parti itu lebih mementingkan kepatuhan daripada menyelesaikan masalah rasuah, salah guna kuasa, kata pemimpin DAP Tony Pua.

"Pemimpin Umno tidak lain hanyalah munafik yang dahagakan kuasa. Di penghujungnya, selepas berbuih di mulut menyatakan kemarahan terhadap kehilangan berbilion ringgit wang pembayar cukai, yang lebih penting ialah patuh kepada presiden parti yang amat berkuasa," kata Pua dalam kenyataannya.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...-perangi-rasuah-kata-dap#sthash.2duo7V6p.dpuf

2. Semua ahli PAC yang terdiri daripada lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) serta lima daripada pembangkang sebulat suara bersetuju memanggil semua pihak terbabit dalam pengurusan kawalan tadbir urus syarikat 1MDB sejak ia mula ditubuhkan pada 2009

8 BN
5 PR

Jangan tanya saya kenapa bukan 8-8 atau 5-5.

Jadi kita berharap PAC ini akan jujur dan amanah dalam menjalankan kerja.
 
Last edited:
Hai dah lama sangat tunggu... Ntah bila nak keluarkan report...
 
Bongkar kaw2 pun bkn dakwa pun.. mcm kes2 sebelum ni

PKFZ semua terlepas.

Tapi NFC masih dalam proses mahkamah kan?

Salleh himself is facing criminal breach of trust charges over the usage of the funds which were meant for the creation of a national beef valley but were instead used to purchase properties.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/297303

Rasanya bila kes kena drag lama tu yang ramai rakyat Malaysia terlupa dan kes mudah kena buang. Kalau kes 1MDB ni terus panas dan panas, siapa boleh lupa.

Itu kita mahu PAC siasat sekarang bukan 5 tahun lagi. 1MDB pasti kena korek mana2 tabung lagi tahun depan waktu sama untuk bayar hutang faedah bank yang akan meningkat (bukan lagi RM200 juta) kerana rekod buruk pembayaran sebelum ini.

Tahun depan tabung PNB pula, duit simpanan ASB kita. Tunggu...
 
Back
Top
Log in Register