BTC USD 85,272.8 Gold USD 4,330.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar dikehendaki hadir memberi keterangan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada hari kedua sidang Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mei, 2015.

Tanpa menunggu laporan Ketua Audit Negara yang diarahkan Kabinet untuk menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memulakan inisiatif memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negara (EPU) Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah sebagai langkah permulaan menyiasat tadbir urus serta pelaburan dana pelaburan strategik negara itu, kata sumber.

Sumber Putrajaya itu berkata, PAC sudah menghantar surat kepada Irwan selaku pegawai pengawal 1MDB serta Rahmat pertengahan minggu lalu dan kedua-dua mereka dikehendaki hadir memberikan keterangan mengenai syarikat berkenaan pada hari kedua sidang Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin depan.

“Langkah yang diambil PAC ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana sudah beberapa kali Datuk Nur Jazlan Mohamed selaku pengerusi jawatankuasa berkenaan memberikan petunjuk PAC akan memulakan prosiding terhadap 1MDB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.

“Namun langkah PAC memanggil EPU amat mengejutkan jabatan berkenaan serta Kementerian Kewangan kerana ia jelas membuktikan jawatankuasa itu benar-benar tidak mahu melepaskan semua pihak yang pernah bertanggungjawab terhadap tadbir urus 1MDB,” katanya.

Difahamkan, Nur Jazlan akan mengeluarkan kenyataan rasmi kepada semua media hari ini berhubung langkah PAC memulakan siasatan terhadap 1MDB.

Katanya, PAC sebagai sebuah jawatankuasa yang dianggotai ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) adalah platform terbaik untuk rakyat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku terhadap operasi dan pelaburan 1MDB hingga terpaksa menanggung hutang sehingga RM42 bilion.

Menurut sumber itu, kredibiliti PAC jelas bergantung kepada Nur Jazlan sebagai seorang akauntan bertauliah serta Ahli Majlis Antarabangsa Persatuan Akauntan Bertauliah United Kingdom (Acca) yang mengetahui selok-belok tadbir urus korporat serta permainan kewangan korporat.

“Beliau pernah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Audit TM Bhd apabila tidak bersetuju dengan tindakan pengurusan syarikat telekomunikasi berkenaan ketika itu berhubung pemilihan Alcatel untuk melaksanakan sistem 3G.

“Jadi rakyat sudah pasti mahu melihat ketelusan dan kredibiliti beliau dalam menyiasat 1MDB dan tekanan tinggi pasti dirasai keseluruhan jawatankuasa ini memandangkan 1MDB ini sudah menjadi skandal terbesar kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak,”
kata sumber berkenaan.

Pada masa sama, PAC turut dianggotai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua – pengkritik utama 1MDB sehingga disaman Najib baru-baru ini serta mengetahui segala apa yang berlaku dalam syarikat berkenaan termasuk pembabitan ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga perdana menteri.

Sumber lain memberitahu, selepas memanggil Kementerian Kewangan dan EPU, prosiding PAC akan beralih kepada pengurusan 1MDB membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Arul Kanda Kandasamy serta Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang menjadi CEO 1MDB bermula ia ditubuhkan pada 2009 hingga Mac 2013.

“PAC pasti tidak akan berhenti setakat itu sahaja dan kita menjangkakan lebih ramai pihak yang akan dipanggil termasuk firma pengauditan termasuk KPMG, E&Y dan Delloite selain Bank Negara Malaysia.

“Pastinya, Lembaga Pengarah 1MDB yang ada sekarang diketuai Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin serta Tan Sri Bakke Salleh yang pernah menjadi pengerusi 1MDB juga akan dipanggil selain Tan Sri Ismee Ismail yang juga pengarah urusan Kumpulan Tabung Haji kerana beliau satu-satunya ahli lembaga pengarah 1MDB sejak ia ditubuhkan pada 2009 hinggalah kini,”
katanya.

Menurut sumber itu, jika PAC mahu menyiasat keseluruhan isu yang dihadapi 1MDB, pastinya jawatankuasa itu memerlukan tempoh masa panjang dan berkemungkinan sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“PAC perlu memanggil Lembaga Penasihat 1MDB yang dipengerusikan Najib. Jika tidak, kredibiliti serta ketelusan jawatankuasa ini pasti akan dipertikaikan,” katanya.

Sumber itu berkata, laporan PAC terhadap 1MDB inilah yang perlu dijadikan rujukan pihak berkuasa, sama ada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi mendakwa pihak yang bertanggungjawab sekiranya terbukti wujud salah guna kuasa, penyelewengan dan unsur rasuah.

“Hanya PAC sahaja yang bebas setakat ini, kerana ketua audit negara sendiri tidak bebas kerana mereka masih di bawah cabang eksekutif di mana pegawai pengawalnya adalah ketua setiausaha kementerian kewangan.

“Malah, saranan Datuk Seri Hishammuddin Hussein baru-baru ini, supaya firma audit antarabangsa yang bebas dilantik bagi mengaudit 1MDB juga tidak memberikan sebarang makna kerana diketahui umum firma-firma audit ini akan memihak kepada pelanggan mereka dan dalam kes 1MDB ini, yang akan melantik firma ini sudah pastinya Putrajaya,”
kata sumber itu lagi. – 11 Mei, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...siregar-antara-dipanggil#sthash.uJPqdlog.dpuf

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 19 Mei ini.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pihaknya akan memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negara (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah.

Katanya, pada minggu berikutnya, 26 Mei 2015 pula akan memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB ketika ini, Arul Kanda Kandasamy serta Mantan CEO 1MDB pertama, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi yang berkhidmat daripada tahun Mac 2009 hingga Mac 2013.

Nur Jazlan berkata PAC secara sebulat suara bersetuju untuk memulakan prosiding siasatan terhadap syarikat 1MDB dalam satu perbincangan khas yang diadakan pada 30 April lalu.

"Dalam perbincangan ini, semua ahli PAC yang terdiri daripada lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) serta lima daripada pembangkang sebulat suara bersetuju memanggil semua pihak terbabit dalam pengurusan kawalan tadbir urus syarikat 1MDB sejak ia mula ditubuhkan pada 2009 selepas ditukar fungsi daripada Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA).

“PAC akan memulakan prosiding dengan memanggil Pegawai Pengawal syarikat 1MDB iaitu Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Pengarah EPU yang pernah hadir memberikan keterangan kepada jawatankuasa ini pada 2012,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, surat panggilan terhadap Kementerian Kewangan dan EPU sudah dihantar pada 6 Mei lalu dan mengikut peraturan dan kuasa yang diberikan kepada PAC oleh Parlimen Malaysia, semua pihak berkaitan perlu hadir di hadapan jawatankuasa ini.

Jelas beliau, EPU ada menghantar surat balas kepada PAC pada Jumaat lalu selepas surat panggilan dikeluarkan pada 6 Mei lalu dengan memaklumkan unit berkenaan tidak bertanggungjawab terhadap tadbir urus syarikat 1MDB.

Bagaimanapun Nur Jazlan berkata, PAC tetap mahu EPU hadir memberikan keterangan di hadapan jawatankuasa berkenaan kerana mereka pernah hadir sebanyak dua kali bagi menjelaskan mengenai pelaburan syarikat berkenaan selain turut bertanggungjawab terhadap pembangunan tanah Tun Razak Exchange (TRX) serta Bandar Malaysia, Sungai Besi.

“Kita sudah menghantar semula surat panggilan terhadap EPU pada hari ini, bagi memastikan mereka hadir pada 19 Mei ini, bersama-sama dengan MoF bagi memulakan prosiding.

“PAC berpendapat jawatankuasa ini tidak boleh menunggu laporan Ketua Audit Negara yang turut mengaudit syarikat ini atas arahan Kabinet kerana terlalu banyak persepsi serta spekulasi di kalangan rakyat yang semakin bimbang dengan status operasi serta kewangan dana pelaburan kerajaan ini.

“Pada masa sama, perlu diingatkan bahawa PAC yang dianggotai Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang turut diwakili pegawai daripada kementerian serta jabatan termasuk Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Akauntan Negara dan EPU,” katanya.

Nur Jazlan berkata, PAC adalah jawatankuasa paling bebas dan adil yang boleh memanggil serta menyiasat syarikat 1MDB kerana ia bukan berada di bawah cabang eksekutif iaitu Kabinet sebaliknya adalah jawatankuasa di bawah cabang legislatif iaitu Parlimen sebagai penggubal undang-undang dan dasar tertinggi negara.

Selain itu, katanya, PAC tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk menamatkan prosiding syarikat 1MDB ini sebaliknya akan menyiasat keseluruhan isu yang dibangkitkan mengenai tadbir urus serta pelaburan syarikat berkenaan.

Sehubungan itu, Nur Jazlan berkata, PAC berharap semua pihak memberikan kerjasama terhadap prosiding syarikat 1MDB bagi memastikan sebarang persepsi negatif mengenai dana pelaburan berkenaan dapat dipulihkan sekali gus memberikan gambaran terbaik terhadap usaha kerajaan menubuhkan syarikat berkenaan pada 2009.


Sumber: http://www.astroawani.com/berita-ma...asatan-terhadap-1mdb-pada-19-mei-ini-59707?cp

Apa itu PAC?

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jawatankuasa_Kira-kira_Wang_Awam_Malaysia
Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan Naib-Pengerusi yang akan dilantik oleh Majlis. Tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada dua belas orang ahli ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen kerana memeriksa:

Kira-kira Kerajaan Malaysia dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri;

Apa-apa kira-kira badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis;

Penyata-penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat menurut perkara 107 dalam Perlembagaan;

Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa ini.

Semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib-Pengerusi yang disebabkan oleh keuzuran atau lain-lain sebab, Jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasan itu.

Seseorang ahli Majlis tidak boleh dilantik, memegang atau memangku jawatan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara semasa dia menjadi seorang menteri.

Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang untuk hadir dihadapannya atau meminta mengeluarkan surat-surat, rekod-rekod dan mengeluarkan penyata kepada Majlis dari satu masa ke satu masa.

Sumber: http://www.parlimen.gov.my/pac/latarbelakang-pac.html?

Senarai Jawatankuasa PAC yang ke-13
http://www.parlimen.gov.my/pac/ahli-jawatankuasa-pac.html

Skandal 1MDB:

Penasihat 1Malaysia Development . Yahudi pun jadi CEO 1MDB?
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=160817

1MDB akan sebabkan Malaysia muflis seperti Argentina: Tun M
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=531410

Pemimpin Umno lapor polis ke atas 1MDB
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=550751

CEO 1MDB letak jawatan serta-merta
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=554767

Dana 1MDB biayai syarikat filem milik Riza Aziz?
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=560449

Siapa Jho Low dalam isu 1MDB?
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=570465

PetroSaudi nafi dakwaan terima dana 1MDB
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=562861

1MDB muflis jika pinjaman RM2 bilion tidak dibayar pada 18 Februari, kata bank
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=560053

1MDB sudah langsai hutang RM2 bilion semalam, Ananda Krishnan bayarkan
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=560606

Kerajaan suntik RM900 juta lagi buat 1MDB
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=564225&page=4

PKR gesa Bank Negara siasat dana RM3 bilion 1MDB tak dibawa pulang
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=559477

1MDB sah tebus pelaburan di Kepulauan Cayman
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=555880

Dakwaan Tiada Duit Dalam Akaun 1MDB di Singapura
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=572130

Polis hanya siasat jika audit 1MDB ada terkantoi - KPN
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=564170&

Tun Dr Mahathir Mohamad "Kerajaan Najib Berjudi Untuk Cari Dana"
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=549278

Soal Tak Jawab - Tun Dr M
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=570119

Tun M kritik Najib kerana duit kerajaan hilang
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=572898

Isu duit Tabung Haji digunakan utk tujuan 1MDB
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=574368

KWAP Pula Beli Tanah TRX
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=575443

1MDB pernah mahu cagarkan minyak dan gas di laut Terengganu, dakwa bekas MB
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=575617

6 bank mahu 1MDB bayar segera RM3.5 bilion selepas langgar syarat
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=575697

Najib akhirnya mengaku tiada wang 1MDB disimpan dalam bank Singapura
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=576782

Dialog Nothing2Hide

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=579432

Amanah Raya ‘pinjamkan’ 1MDB RM2 bilion, kata DAP
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=580274
 
dah...dah...thread boleh close :))

CfdBaZHVIAAQ9v9.jpg

utusan kata kes 1MDB selesai...ekeke :)) :))

Peguam Negara nafi sorok bukti siasatan 1MDB

Dc5gM5IWkAILZ5b.jpg


KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau menyorokkan bukti berkaitan siasatan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).


Apandi, ketika dihubungi berkata, semua keputusan dibuat sebelum ini adalah berdasarkan fakta yang mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang.

"Semua tindakan yang dilakukan saya adalah jelas dan tanpa berselindung akan mendedahkan semuanya.

"Tidak ada apa-apa yang disorokkan dan saya tidak bertindak mengikut sebarang arahan mahu pun agenda pihak tertentu.

"Apa yang penting adalah peraturan dan peruntukan undang-undang perlu ditegakkan, sebarang tindakan yang akan atau sudah diambil oleh sesiapa pun hendaklah juga mengikut lunas undang-undang," katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, hari ini, berkata Apandi memperlekehkan kedudukannya dan seakan menyembunyikan perkara yang sebenar.

Malah, dalam sidang media itu, beliau dipetik berkata Apandi dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mungkin akan disiasat berkaitan pembabitan dalam kes 1MDB.

Tegas beliau lagi, tindakan akan di ambil berdasarkan undang-undang negara atas nasihat peguam dan pentadbiran negara.

"Kita akan siasat mana-mana pihak yang kita tahu terbabit dengan jenayah rasuah ini , " katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/05/424280/peguam-negara-nafi-sorok-bukti-siasatan-1mdb

Bon 1MDB terjejas selepas PRU-14

KUALA LUMPUR: Bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerima tekanan pada minggu ini selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini berikutan kegusaran pelabur mengenai masa depan dana pelaburan milik kerajaan itu.


Kemarahan awam susulan dakwaan skandal pengubahan wang haram membabitkan 1MDB menyaksikan kekalahan parti Barisan Nasional (BN) pada PRU-14.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Perdana Menteri baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata bahawa beliau mungkin boleh mendapatkan semula dana daripada 1MDB dan menyatakan Najib akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya terbukti melakukan kesalahan.

Walaupun bon berasaskan dolar Amerika Syarikat (AS) dana berkenaan yang tamat pada 2023 meningkat 2.3 cents pada Jumaat kepada 84.1 cents, ia masih berada pada paras menyusut minggu ini selepas menurun 11.7 cents pada Khamis berikutan PRU-14, penurunan terbesar sejak 2016.

1MDB mengumumkan rancangan untuk memecahkan asetnya dan menutup operasi pada 2015, namun kemenangan Mahathir meningkatkan spekulasi mengenai langkah menamatkan operasi 1MDB.

Ketua Bersama Asian Bank Research di CreditSights, Ismael Pili, berkata, sekiranya Najib kekal berkuasa, operasi 1MDB mungkin akan diteruskan.

"Maklumat mengenai siasatan 1MDB dijangka akan didedahkan lebih terperinci dengan pelantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri," katanya.

Pada musim berkempen, Mahathir mendakwa Najib sebagai 'pencuri', namun selepas memenangi PRU-14, beliau menyatakan tidak akan membalas dendam, sebaliknya akan mengembalikan kedaulatan undang-undang.

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda, berkata beliau tidak boleh memberi sebarang komen selepas PRU-14 berhubung dakwaan salah laku.

Kerajaan Malaysia menyediakan surat sokongan untuk bon 2023 1MDB, namun tidak memberi jaminan terhadap hutang berkenaan, dan menambah ketidakpastian di tengah-tengah perubahan pemimpin negara.

Menurut CLSA Securities dalam satu nota pada hari ini, penentuan kredit seperti 1MDB akan menjadi lebih jelas dalam beberapa minggu atau bulan akan datang. - Bloomberg


https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/05/424450/bon-1mdb-terjejas-selepas-pru-14

Last edited:
bos,request pada MOD or ADMIN CG untuk buat stick thread khusus untuk 1MDB...

xnak banyak sangat thread berkisar pada 1MDB aje...
 
bos,request pada MOD or ADMIN CG untuk buat stick thread khusus untuk 1MDB...

xnak banyak sangat thread berkisar pada 1MDB aje...

Macam mana tu nak request? Hamba ni kira orang baru juga.
 
Baru nak mula???? Setuju jg dgn cdgn tuan azrul...sng nak baca n tracking isu 1mdb nnti
 
kalau org yg ditugaskan dlm PAC tu org umno tak ke mana jugak...

hmmm
 
"Prosiding akan dimulakan dengan memanggil pegawai pengawal syarikat 1MDB iaitu Irwan dan Rahmat yang pernah hadir memberi keterangan kepada PAC pada 2012," katanya.

Menurut Nur Jazlan, surat kepada Kementerian Kewangan dan EPU dihantar pada 6 Mei lalu dan mengikut peraturan serta kuasa yang diberikan kepada PAC pihak berkaitan perlu hadir di hadapan jawatankuasa tersebut.

Bagaimanapun, pada Jumaat lalu EPU menghantar surat balas kepada PAC dan memaklumkan bahawa unit berkenaan tidak bertanggungjawab terhadap tadbir urus syarikat 1MDB.

Namun, Nur Jazlan berkata PAC tetap mahu EPU hadir memberikan keterangan di hadapan jawatankuasa berkenaan bagi menjelaskan mengenai pelaburan syarikat berkenaan selain bertanggungjawab terhadap pembangunan tanah Tun Razak Exchange (TRX) serta Bandar Malaysia, Sungai Besi.

“PAC menghantar semula surat panggilan terhadap EPU pada hari ini, bagi memastikan mereka hadir pada 19 Mei ini, bersama-sama dengan Perbendaharaan bagi memulakan prosiding," katanya.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/297908
 
kalau org yg ditugaskan dlm PAC tu org umno tak ke mana jugak...

hmmm

“During the discussion, all the PAC members, comprising of eight Barisan Nasional and five Opposition lawmakers, agreed to call all stakeholders involved in the management of 1MDB since its inception in 2009 after it changed its name to the Terengganu Investment Authority (TIA)

“Based on parliamentary procedures and powers given to PAC, all stakeholders must answer to the committee,” he said in statement on Monday.

Sumber: http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/05/11/PAC-1MDB-hauls-up/
 
Back
Top
Log in Register