BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PABM wujud jawatankuasa sendiri

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
PERSEKUTUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) akan mewujudkan jawatankuasa khas dalaman untuk menyiasat kes membabitkan atlet di bawah naungannya yang didapati positif ujian antidoping hanya selepas pihaknya menerima keputusan ujian sampel B tidak lama lagi.

Demikian jelas Presiden PABM, Zafarul Akbar Kassim semalam.

Menerusi jawatankuasa khas dalaman itu nanti, Zafarul berkata, pihaknya akan cuba mengenal pasti sejauh mana atlet di bawah naungan mereka benar- benar mengambil dadah dan kemungkinan ada pihak tertentu yang menasihati atlet berkenaan untuk berbuat demikian.

"Justeru, PABM tidak akan teragak-agak untuk menamatkan perkhidmatan mana-mana pegawai atau jurulatih yang didapati terbabit dalam salah guna dadah itu," katanya ketika ditemu ramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24 semalam.

Beliau berkata demikian seba- gai mengulas mengenai tindakan yang akan diambil terhadap seorang atlet angkat berat Malaysia pada temasya Sukan SEA Indonesia, November lepas yang sampel A daripadanya didapati positif.

Sementara itu, dalam temu ramah yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata, masalah atlet sukan negara terbabit dalam akti- viti salah guna dadah tidak berada pada tahap yang membimbangkan.

Katanya, ia masih berada pada keadaan terkawal, bahkan bilangan atlet yang terbabit dalam aktiviti sedemikian adalah rendah.

Ramlan turut menegaskan, ISN akan sentiasa berwaspada dengan ancaman salah guna dadah dalam kalangan atlet sukan negara bagi mengelakkan keadaan daripada menjadi lebih parah.

Sambil menyifatkan ancaman salah guna dadah akan sentiasa ada, beliau berkata, segala kele- mahan, khususnya dari asek kerjasama antara persatuan-persatuan sukan yang kelihatan longgar sejak sekian lama, akan diperbaiki. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register