BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

P1 Wimax Sucks-boikot beramai2

Aku dah masuk Group P1 Wimax Sucks tu..
Err aku tengok admin dia macam skema je...
 
Few years ago before i install unifi i selalu curse mereka on their website sebab selalu bila download aku dah nak habis dia disconnect so i kena redownload the file again
 
Kenapa sampai ctos ,siapa dibelakang kompeni P1 ni? Jeng...jeng..,jeng
 
time aku mkn kat kedai ade la promoter promote P1 ni,
dia tnye aku dok kat mane then aku bgtau la aku dok kt mne then dia cakap

"Kita x support lagi dekat area sana, abang pindah la kat sini bleh pakai wimax"

baru aku tahu dari promoter smpai pengarah urusan memang _________ !!!!
 
Satu lg problem p1 ni lpas 15hari lambat bayar bil dia trus suspen. nk on blik caj 20ringgit. gilos
 
aku rasa kan...kalu ada nama 1 kt belakng ke kt depan ke..kt tngh ke
baek x pyh ambik.. sbb xde kualiti...hahaha
 
aku x join.,pasal p1 la pakej internet pling aku berpuas hati.,dan kalau kmplen kat fanpage p1 buddy memang dpt mklum blas yg cpt..nak kpuasan first
pastikan ada coverage
secnd
duit
third
langgan yg paling bnyak quota..

cuma skrg aku x pakai la pasal ada yg blh guna free kan..:):):)
 
Aku baru dapat emel ni dari P1.

Hi sp00f3r

Baby, I think probably you are busy as I haven’t hear from you.
Can you give me a last try? I promise I will go all out this time.

Back then, I was young and foolish but I’ve changed since.
I’ve grown up.

I’ve expanded beyond my horizon. I’m stronger now and definitely more stable. I’ve also got more experiences to offer you now. And all those things you liked about me - fun, energetic, passionate - I still am. I think I’m finally good enough for you.

I’m sorry for disappointing you. If there is such a thing as a second chance, I want you to give me one. Please… and I promise you, I will not disappoint you again.

Baby, would you give me one more chance? Please? I promise I will give you EXTRA 120GB quota at only RM99 for a mobile broadband. Click on me and I promise I will follow wherever you and whatever you do online, babe.

Love,
P1

:eek:
 
18,000 pengguna dakwa tertipu

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Kira-kira 18,000 pengguna P1 Wimax didakwa tertipu dengan perkhidmatan jalur lebar syarikat itu selepas kegagalan memberikan kemudahan capaian internet terbaik.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, dakwaan ini berikutan ramai pengguna melanggan perkhidmatan tersebut terpaksa berdepan tindakan disenaraihitamkan oleh agensi rujukan kredit, Credit Tip Of Service Sdn. Bhd. (CTOS).

Menurutnya, tindakan senarai hitam itu diambil sekiranya pelanggan tidak membayar langganan setiap bulan selepas ‘diikat’ menerusi kontrak selama dua tahun dengan syarikat berkenaan.

Beliau berkata, syarikat jalur lebar itu juga seolah-olah sengaja mahu ‘lepas tangan’ apabila aduan demi aduan telah dibuat, namun tiada maklum balas diambil malah ada pengguna terpaksa menanggung hutang sehingga RM7,000.

“Berikutan aduan ini, kita mahu kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat ini yang cuba mengaut keuntungan dengan cara menipu dan menganiaya pengguna.

“Sekiranya pihak terbabit gagal memberi maklum balas kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) berhubung kegagalan mereka memberikan khidmat terbaik bersama alasan berhubung tindakan senarai hitam di CTOS selewat-lewatnya 2 Januari ini, kami bercadang mengambil tindakan undang-undang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, wakil pengguna khidmat jalur lebar itu, Mohd. Rizuani Mohd. Yahya mendakwa, pihak P1 Wimax melantik ejen pengutip hutang seperti ah long untuk memaksa pengguna melangsaikan bayaran walaupun mereka tidak lagi menggunakan perkhidmatan itu.

Dia mendakwa, syarikat itu juga mengeluarkan surat peguam palsu bertujuan menakut-nakutkan pengguna supaya menyelesaikan bayaran langganan yang tertangguh.

“Selepas kami mewujudkan kumpulan pengguna tertipu dalam laman sosial Facebook iaitu P1 Wimax Sucks, saya menerima surat tawaran untuk tidak dikenakan apa-apa denda kerana tidak lagi membuat penyambungan perkhidmatan dan mereka bersedia memulangkan semula pembayaran yang telah dibuat, tetapi dengan syarat menutup laman itu.

“Biarpun lebih tiga tahun kami berjuang dalam isu ini, namun kami tidak menerima apa-apa maklum balas yang meyakinkan daripada syarikat itu. Kami tidak mahu pengguna lain turut tertipu dengan perkhidmatan ini yang diuar-uarkan dengan iklan ‘perkhidmatan jalur lebar terpantas’ sedangkan khidmatnya tidak seperti yang dijanjikan," katanya.

Dalam pada itu, seorang wakil P1 Wimax yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut sekadar mencatat komen dan aduan pengguna kerana beliau mendakwa telah dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Sebaliknya, wakil syarikat itu yang hanya mahu dikenali sebagai Izudeen meminta pengguna membuat aduan menerusi talian aduan mereka atau menghantar melalui e-mel biarpun kedua-dua saluran itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada pengguna sebelum ini.

Walau bagaimanapun, jelas beliau, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan maklum balas berhubung aduan pengguna itu kepada media pada Khamis ini.

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
[email protected]
pcp1.jpg
[/URL][/IMG]

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dal...21/18000-pengguna-dakwa-tertipu#ixzz2p74ia1Xl
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Back
Top
Log in Register