BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

P1 tambah liputan 4G

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) menyasarkan untuk melangkaui paras 500,000 pelanggan bagi perkhidmatan 4Gnya tahun ini, melalui peluasan liputan yang berterusan.
Ketua Pegawai Ekse*kutifnya, Michael Lai berkata, tahun ini bakal menjadi tahun pelancaran liputan besar-besaran bagi P1 berikutan sambutan memberangsangkan terhadap perkhidmatan 4G P1.

“2012 bakal menjadi tahun bersejarah bagi P1. Kami telah meraih asas pelanggan yang kukuh dan semakin meningkat dengan lebih 356,000 pengguna di Malaysia pada suku ketiga 2011,” katanya.

Lai berkata, tahun lalu sya*rikat itu memperluas liputannya melalui pertambahan lebih 650 tapak liputan kepada 1,500 tapak kesemuanya hari ini.

“Ini bererti kami kini meliputi 50 peratus penduduk,” katanya.

Katanya, sasaran syarikat adalah menambah liputan kepada 65 peratus di Semenanjung Malaysia.

Setakat ini P1 telah membelanjakan RM700 juta sebagai perbelanjaan modal bagi pelancaran perkhidmatan 4Gnya.
 
laju mmg laju...
tp kdg2...cam siput jugak..


:)):)):)):)):)):)):))
 
Saya pelanggan P1 juga.Selalu sangat kena reboot modem,connection drop.
Dah hantar email,telefon technical support macam tuh juga.

Alih2 lepas dah tak bayar bil,kena potong,boleh pula pujuk buat bayaran sebelum nak terminate betul2.

P1,tolong laa check dulu servis yang anda berikan sebelum nak perluaskan liputan.

Bayangkan tengah2 donwload dalam sejam lepas tuh connection drop,boleh hangin satu badan tau nak download balik.
 
aku dah potong wimax ni...bayar mahal speed cam taik...selalu x leh connect...asyik bling2 merah je...nak kata xde line...tudia tower pemancar belakang umah aku je
 
aku dah potong wimax ni...bayar mahal speed cam taik...selalu x leh connect...asyik bling2 merah je...nak kata xde line...tudia tower pemancar belakang umah aku je

Saudara forexworld guna indoor modem.

Saya lepas report kpd SKMM,baru terhegeh2 nak pasang outdoor modem.
Lepas pakai setahun sama juga balik.Speed paling rendah paling pernah capai 7kbps.Apa citer nie kan..nak download susah,nak loading page lagi payah.:(scam:(scam:(scam

P1 nie tak sayang ke customer2nya?Atau memang taukey dia Michael Lai tak tahu apa masalah yang kita hadapi sebagai pengguna?

Kadang2 rasa mcm cakap dengan orang tak sekolah pula bila cakap dengan teknikal support P1.
Bila cakap atas phone,bagai nak rak suruh buat troubleshooting...alih2 balik rumah,rupanya cuma nak buat Speedtest jer....memang harem jadah betul.Bengang jer....apa ingat semua customer bod0h ke mcm zaman sebelum millenium?

P1 memang scam.:(scam
Iklan P1,potong jangan tak potong....kini dah memakan diri.

Tengah mempertimbankan untuk memotong talian P1.
 
Michael Lai pon guna streamyx kat umah:(scam:(scam:(scam...jiran aku dok bising2 nak potong wimax tapi kontrak lum abes...sian tgk sampai letak indoor modem kat luar rumah tapi bling2 merah gak:(scam...depa nk tambah liputan...buat tambah panas je:(scam
 
p1 line mmg cam siput vavi,aq tgh pk nk
stop ke x p1 ni,duit nk laju,servis cam taik,
p1 scam:(scam:(scam:(scam
 
ramai gilerr komplen pasal P1..
nasib baik aku dah terlepas dari bala 2 tahun yg lalu..
tapi mmg sakit laa sampai 2 tahun..byk tu rm149 sebulan..
 
antara service provider yg teruk kat malaysia...memanjang jer signal drop....dah lama potong dah....anda bila lagi...
 
Back
Top
Log in Register