BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

P. 137 - BUKIT KATIL - Update Terkini

NaZa

Ex-Super Mod
Messages
3,787
Paid Membership
Joined
Feb 8, 2009
Messages
3,787
Reaction score
86
Points
30
P. 137 - BUKIT KATIL - Update Terkini
 
Ali Rustam tewas di tangan Shamsul Iskandar

MELAKA - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kejayaannya menewaskan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai mengejutkan dan adalah kemenangan bagi generasi muda.

"Saya tidak jangkakan kemenangan besar ini dengan majoriti 5,447 undi menewaskan gergasi politik Melaka (Mohd Ali), yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka dan Anggota Majlis Tertinggi," katanya kepada pemberita di Ayer Keroh selepas diumum sebagai pemenang pada kira-kira 1 pagi.

Shamsul Iskandar, 38, seorang peguam dari Kesang, Jasin memperoleh 46,167 undi menewaskan Mohd Ali, 63, yang mendapat 40,720 undi.

Ini adalah percubaan ketiga beliau pada pilihan raya umum selepas tewas kepada dua calon BN iaitu Idris Haron pada 2004 di Parlimen Tangga Batu dan Matulidi Jusoh di Parlimen Dungun pada 2008.

Beliau berkata, kemenangan bersejarah PKR di Bukit Katil adalah satu permulaan dalam misi pakatan pembangkang menawan Melaka pada pilihan raya umum akan datang.- Bernama
 
yahooo.... ali ketam kalah. jiran aku org melaka suka betul.. ali ketam ni kalah.
 
terbaik...mmg ramai cina marah ali rustam nih
 
tahniah buat pengerusi padanlah ngn umur mohd ali,dh bole rehat
 
yabeda bedu.....

dia kalahhhhh.................

wahahahahahahahahahahahahahahahaha...............
 
Aku nak hadiahkan miniature GAJAH PUTIH untuk tok ali..ahakss
 
Aku HARAP tok ALI ni kena macam KHIR TOYO...banyak salah dia kepada RAKYAT MELAKA..
 
tunggu najib untuk d bawa ke pusat.
tak silap PAS pula menang dun bukit baru bawah parlimen bukit katil macam d laporkan harakah.kubu kuat melaka d tembusi.fenomena baru.
 
Back
Top
Log in Register