Copy & paste version BM: allamak...
SALAH SATU DUNIA MENORENT SUDAH HILANG: torrent.jiwang.cc TINGGAL KENANGAN
Bagi kaki torrent dan kaki download lagu dan movie, anda mungkin cukup mengenali salah satu laman forum terkemuka di Malaysia, Jiwang.org/ jiwang.cc. Terkini, melalui laman MPA, ia dikongsikan mengatakan salah seorang yang dipercayai sebagai pentadbir laman Jiwang.org telah ditahan atas kesalahan perkongsian pautan ke muzik, filem dan kandungan berhak-cipta.
Berikut penangkapan lelaki berusia 35 tahun di negeri Cik Siti Wan Kembang itu, pihak berkuasa menemui sebuah 'bilik rahsia' di sebalik almari baju yang menangdungi pelbagai peralatan komputer dan server yang sangat canggih. Aisehh, macam citer mat salleh gitu, ada bilik rahsia. haih...
Ini adalah kali kedua kita mendengar mengenai berita yang lebih kurang sama, dimana pada bulan Mac yang lepas, salah seorang pentadbir laman SYOK.org turut menerima nasib yang lebih kurang serupa.
Roslan Mahayudin, director general of MDTCC, didalam statementnya. “For the longest time, they have used their website to distribute illegal content, denying the rights of content creators. Currently, the website is still up as we are conducting investigations on it."
Norman Abdul Halim selaku setiausaha Malaysian Film Producers Association memberi feedback berkata “We hope that the government will continue to address the issue and our screen industry will provide our full support.”
Ia dilaporkan, penahanan ini telah dilakukan pada 11 Jun yang lepas, dan sekiranya didapati bersalah, denda antara RM2000 ke RM20000 akan dikenakan untuk setiap salinan, dan denda antara RM4000 ke RM40000 untuk setiap kesalahan yang seterusnya.
Dan antara movie dan filem yang disediakan untuk didownload secara illegal adalah seperti Pitch Perfect, Rise of the Guardians, Snow White and the Huntsman, Prometheus, The Bourne Legacy, The Hobbit: An Unexpected Journey, Life of Pi, and A Good Day to Die Hard, dan lain-lain.