BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Owner Jiwang.org ditangkap?

Bagi ramai pengguna, mungkin sedia mengenali salah satu laman forum terkemuka di Malaysia, Jiwang.org. Terkini, melalui laman MPA, ia dikongsikan mengatakan salah seorang yang dipercayai sebagai pentadbir laman Jiwang.org telah ditahan atas kesalahan perkongsian pautan ke muzik, filem dan kandungan berhak-cipta.

Ini adalah kali kedua kita mendengar mengenai berita yang lebih kurang sama, dimana pada bulan Mac yang lepas, salah seorang pentadbir laman SYOK.org turut menerima nasib yang lebih kurang serupa.

Ia dilaporkan, penahanan ini telah dilakukan pada 11 Jun yang lepas, dan sekiranya didapati bersalah, denda antara RM2000 ke RM20000 akan dikenakan untuk setiap salinan, dan denda antara RM4000 ke RM40000 untuk setiap kesalahan yang seterusnya.

Sumber : http://amanz.my/2013/06/pentadbir-jiwang-ditahan/
 
baru tadi try bukak website dia..
memang dah xde apa..
 
Kenapa yg melambak cina jual dvd cetak rompak and buka kedai2 urut and kedai2 judi tak kena tangkap ek?
 
kalau thepiratebay court antarabangsa boleh lepas, jiwang pon boleh lepas..jiwang just host link or file torrent.. user share dari komputer diorang... bengong betol sapa buat penahanan ni
 
baru penahanan je...masih dalam siasatan.
kalo owner dia memang ada simpan pirate muvi dalam komputer dia memang masak la..
sama2 la kita tunggu macamana nanti
 
KRU la ni..dengki dengan jiwang..mesti norman panas sbb movie dia ramai yg sedut kat jiwang..lagipun movie melayu ni xberbaloi tengok dekat panggung..tu pun mujur la orang sedut movie melayu..kalo aku apatah lagi sedut, nak tengok cite melayu pun mls

movie dia berbaloi ke untuk ditonton..? Hahaha
 
warghh.... susah dah nak donlod movie ngan lagu pasni, kat.ph pun dah kena block :mad:
 
Back
Top
Log in Register