BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Othman Abdul: 'Saya bukan calon kitar semula'

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
ALOR SETAR - Naib Presiden Mubarak Malaysia, Datuk Othman Abdul, 62, menyifatkan kemunculan semula beliau bertanding dalam PRU13 kali ini, bukan atas faktor calon kitar semula, sebaliknya kembali untuk merampas kerusi Parlimen Pendang.

Katanya, beliau yakin mampu mencipta kemenangan walaupun bakal berdepan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

“Peluang tetap ada. Sebelum ini saya pernah tewaskan Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor pada tahun 1999 termasuk bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad. Saya tidak gentar berdepan dengan mana-mana calon Pas,” katanya.

Menurutnya, jentera pilihan raya sudah lama digerakkan walaupun nama beliau baru sahaja diumumkan sebagai calon.

“Saya anak tempatan, sudah lama berdamping dengan pengundi di sini. Malah PRU13 adalah kali ketujuh saya bertanding. Daripada jumlah itu, saya hanya kalah sekali,” katanya, yang berasal dari Kampung Paya Kerchut, dekat sini.

Othman berkata, berbanding Mohamad Sabu yang merupakan calon import, beliau mempunyai kelebihan kerana merupakan anak jati Pendang.

“Saya bukan calon kitar semula, saya menang lima kali dan tidak dicalon semula pada 2004. Yang kitar semula adalah Mohamad,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register