BTC USD 82,904.9 Gold USD 4,118.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OTAKU ..... Apakah ia?

protoculture

Active Member
Messages
1,018
Joined
Jun 16, 2016
Messages
1,018
Reaction score
111
Points
33
OTAKU ..... Apatekebendanyamenatang itu?

otaku_usa_aug_09.jpg


Kebanyakan anak muda remaja Malaysia, terutamanya yang meminati budaya Jepun secara umum seperti manga / J-pop / J-dorama / cosplay serta secara spesifik seperti anime, mereka tak segan silu mengatakan mereka adalah otaku! Kadangkala, dalam kegairahan menjadi sebahagian daripada sub-culture yang hip, urban (yang juga agak 'kawaii' ...) , adakah mereka tahu apa itu OTAKU dalam erti kata sebenar?

Thread ini dibuka khas untuk membincangkn otaku secara umum, mengupas sub-culture yang kini berkembang secara mendadak di Malaysia.

Mari kita kongsikan bersama!
 
Terma otaku

TERMA OTAKU

600full-super-dimension-fortress-macross-artwork.jpg

Siri animasi SDF Macross yang mempopularkan terma 'Otaku'

Apakah maksud otaku? Secara umumnya, mengikut perbendaharaan kata Jepun, otaku merujuk kepada 'awak / engkau / kamu / anda' & 'rumah awak'. Otaku amat jarang digunakan berbanding 'anata' (maksud sama seperti otaku), & otaku digunakan sebagai kata ganti diri kedua dalam bentuk penuh hormat / bahasa yang lembut. Namun begitu, frasa otaku tetap jarang digunakan sehinggalah pertengahan 1980an, itupun sebagai bahasa slanga, bukan merujuk pada erti kata sebenar.

Tahukah anda, sejak bila otaku dikaitkan dengan peminat2 siri anime?

Sebenarnya frasa otaku mula digunakan dalam bentuk media popular sejurus siri animasi Super Dimension Fortress Macross disiarkan pd 1982 / 83. Watak Hikaru Ichijoe serta Lynn Minmay, hero serta heroin SDF Macross menuturkan perkataan 'otaku' sebagai panggilan kata nama kedua penuh hormat antara satu sama lain. Ini bermula apabila pengasas siri Macross, Shoji Kawamori & perekabentuk ilustrasi watak Macross, Haruhiko 'HAL' Mikimoto sering kali menggunakan perkataan 'otaku' sesama mereka & sesama staf Studio Nue yang menghasilkan anime SDF Macross.

Penggunaan meluas terma otaku bermula daripada peminat2 siri SDF Macross melabel diri mereka sebagai otaku sebagai tanda hormat pada pencipta & staf siri SDF Macross, & makin bertambah popular apabila filem animasi Macross: Ai Oboete Mas Ka (Do you remember love?) memecah box-office seluruh Jepun pada tahun 1984. Terma otaku makin popular apabila peminat2 siri Macross berkumpul di aktiviti2 sosial seperti festival manga, parti lewat malam, tayangan perdana filem Macross DYRL dll.

Selama ini, terma otaku bukan merujuk pada sekumpulan peminat anime, console game, dsb. Pada waktu 1970an sehinggalah awal 80an, kata terma yang sering digunakan untuk menggambarkan peminat sesuatu sub-culture adalah zoku. Contoh, bosozoku merujuk kpd kumpulan mat motor yang meminati apa saja tentang motor kuasa besar (versi Mat Rempit Jepun, tapi yang 1st-class samseng, daripada mat rempit kita yangg no-class), Hanako-zoku merujuk pada peminat2 majalah wanita Hanako, Crystal/kurisutaru-zoku merujuk pada peminat2 novel 'Somewhat Crystal'.

Tapi SDF Macross serta Macross DYRL mempopularkan terma otaku yang kemudian digunakan seiring dengan terma zoku bagi menggambarkan sub-culture baru yang mula berkembang di Jepun!
 
Konotasi terma otaku

KONOTASI TERMA OTAKU

otaku.jpg

Otaku di Jepun (secara umumnya)

Ramai yang mungkin tak tahu bahawa terma otaku, yang mula berkembang sebagai sejenis slanga, merupakan suatu terma negatif. Pada akhir 1980an hinggalah pertengahan 1990an, slanga otaku digunakan oleh media Jepun sebagai menggambarkan sekumpulan peminat anime / sub-culture manga yang ekstrem, anti-social, sering duduk di rumah & terperuk dalam bilik & depan kaca TV menonton anime & bermain game sepanjang masa tanpa mempedulikan kehidupan seharian. Ini termasuk juga dengan kefanatikan mereka terhadap apa saja yang mereka minati.

Tak hairanlah golongan otaku paling susah nak mendapat jodoh di Jepun. Ramai yang tergila2kan awek-awek anime (anime-idoru) kerana dalam kehidupan sebenar, mereka memang kena reject dengan awek2 Jepun. Mengaku diri sebagai otaku di Jepun akan menyebabkn anda dilabel sebagai 'alien', atau sebagai golongan manusia 'reject'. Itulah situasi pada masa itu, sehinggakan golongan otaku adalah tersisih daripada golongan masyarakat Jepun.

Dengan perkembangan & ledakan budaya anime di USA & Eropah pada pertengahan & akhir 1990an, terma otaku turut diimport bersama. Pelajar2 kolej di Barat yang meminati sub-culture ini mula menggelar diri mereka otaku, yang merangkumi peminat2 cosplay di perhimpunan anime tahunan (anime convention), peminat siri anime, peminat game buatan Jepun, serta peminat manga. Mereka ini dengan bangga mengaku mereka adalah otaku, tanpa benar2 mengetahui konotasi sebenar otaku di Jepun.

Kejahilan ini memang ada kebaikannya, kerana kepopularan terma otaku kini melanda buat kali kedua, bukan di Jepun sebagaimana siri Macross, tapi di Asia Timur (Hong Kong & Taiwan) & Asia Tenggara (Malaysia & Singapura) serta dunia Barat. Satu generasi yang meminati sub-culture anime yang tak malu mengaku mereka adalah otaku, mengagungkan suatu budaya yang unik & eksklusif! Tapi yang lebih menarik, mereka bukanlah orang Jepun.

Saya adalah antara golongan perintis otaku di Malaysia, & tahun itu adalah 1999, kebanjiran J-Pop daripada Utada Hikaru, kumpulan MAX, Speed dsb serta pendedahan anime kepada pelajar2 kolej yang mendalami bidang multimedia & animasi secara khusus.

Otaku kini telah bertapak di Malaysia!
 
Otaku 2nd wave

OTAKU 2ND WAVE

691522010_e8df2de896.jpg

Generasi remaja Otaku masakini

Kepopularan terma otaku di luar Jepun, & perkembangan internet menyaksikan suatu terma, yang dahulunya adalah frasa kata ganti nama kedua yang jarang digunakan, dipopularkan oleh peminat siri Macross, menjadi terma negatif buat masyarakat Jepun untuk mereka yang anti-social, kini melanda Jepun kembali.

Media2 di Jepun menyaksikan perkembangan positif terma ini mula mengurangkan publisiti negatif tentang otaku, malah kini, ada bbeberapa siri dorama Jepun serta filem Jepun yang popular & berkisar tentang golongan otaku ini. Kini golongan otaku di Jepun sudah boleh bersuara & mengaku mereka Otaku, & golongan Otaku Jepun ini mula untuk menyisihkan segala persepsi negatif mengenai diri mereka.

Namun begitu, mengaku Otaku belum tentu mendapatkan mereka seorang awek, melainkan awek itu sendiri adalah otaku .... tapi, awek otaku takkan mencari mamat Jepun otaku, sebab awek Jepun (tak kisah otaku / tak) adalah secara umum nakkan orang biasa (sarari-man / orang kerja opis) yang kerjanya mencari duit, bukan perabeh duit beli anime / game. Buat boifren pegi anime-con boleh, buat hasben kirim salam je la. Tapi kalau mamat otaku tu ada kerja stabil, ada duit juta2 yen, tang sangkut awek / bini, ok lah sikit, tapi mereka ni tak dihormati ssangat lah dalam masyarakat Jepun (Otaku masih dianggap sebagai 'loser').

Nasib baik di luar Jepun, terma otaku takde konotasi negatif. So, adakah anda seorg OTAKU?
 
Kami Otaku!!!!

Kami Otaku!!!!

otaku2group1.jpg


Otaku versi Malaysia tak sama ngan animu-otaku di Jepun. Otaku di sini sama spesis ngan otaku di luar Jepun, seperti di Amerika, Eropah & negara2 lain. Secara ruang lingkupnya, terma otaku di luar Jepun lebih umum, sesiapa saja, tak kisahlah peminat manga, anime, J-dorama, J-Pop, J-gamers hingga kepada cosplayers pun turut mengaku sebagai otaku.

Otaku di Jepun ada banyak segmen ... ada animu-otaku, ada mecha-otaku, ada manga-otaku, ada idoru-otaku & macam2 lagi! Terma otaku di Jepun lebih spesifik, lebih eksklusif sama seperti terma zoku. Setiap genre ada spesifik otaku ...
 
Otaku =/= hikikomori

OTAKU =/= HIKIKOMORI

hikikomori.jpg

Hikikomori .... penyisihan seorang otaku dari dunia luar?

Sebelum terma Hikikomori, otaku terlebih dahulu dipandang hina. Malah lebih menyedihkan, pada 1990an, pernah terjadi kes pembunuhan yang melibatkan pesalahnya adalah seorang otaku. Perkataan Killer Otaku yang dipaparkan media Jepun memburukkan keadaan.

hikikomori.jpg


Malah Hikikomori sendiri adalah simptom bila otaku yang samada ada menyisihkan diri mereka sendiri, atau disisihkan oleh masyarakat menjadi teramat anti sosial.

Sebab itu, tak ramai otaku sanggup mengaku mereka otaku di khalayak ramai di Jepun satu ketika dulu. Cuma, dengan lebih ramai golongan belia Jepun menerima otaku sebagai satu sub-culture bermusim, barulah otaku mula diterima secara tak langsung dalam budaya Jepun.

Tapi yang paling dinamik, bukan budaya otaku di Jepun, sebaliknya sub-culture otaku yang diterimapakai (secara salahfaham bahasa) di luar dari Jepun!

Budaya Otaku di Malaysia sudah hampir dua dekad (1997 - hingga kini) lamanya. Perkembangan & penerimaan sub-culture otaku di Malaysia tak berbeza daripada masyarakat Barat.
 
otaku = mereka yg layan anime/manga

dulu pernah gak la consider diri aku otaku.. time layan Naruto ngan Bleach.. sekarang dah kurang tgk anime.

jadi otaku okay je, asalkan jangan anti sosial sgt la. masing2 pun ada hobi kan so respect each other.

tapi jangan jadi weaboo sudah.. hahaha
 
Budaya Otaku Bermusim di Malaysia

Budaya Otaku Bermusim di Malaysia

0004.jpg

Danny Choo, ikon Otaku Asia

Otaku di Malaysia akan berubah dengan sendirinya. Fasa ke-otaku-an hanya kuat masa belajar di Universiti / kolej sahaja. Mungkin bila ada pendapatan sendiri & baru bekerja, mungkin fasa itu akan berterusan ... tetapi bila keperluan kehidupan seperti ekonomi & bertambah tanggungjawab pada diri seperti keluarga, & komitmen lain ... maka dengan sendirinya semangat Otaku itu akan jadi lemau.

Sampai satu tahap kita akan panggil sebagai 'burnt-out', iaitu kita tak amik pot perkembangan dunia anime terkini lagi dah. Tapi minat masih ada, maintain layan anime yang lama2 atas dasar nostalgia.

Saya dalam fasa 'burnt-out' setelah hampir 21 tahun bergelar Otaku. Ye lah, dah banyak tanggungjawab kita kena pikul. Tapi masih lagi follow francais anime spt Macross / Neon Genesis Evangelion / Ghost in the Shell & anime klasik yang lain (zaman 1980an).
 
jgn kata remaja.... tua bangka pun ade sbb budaya ni dah lame.... dari kamu muda remaja sampai anak 3 masih baca komik..... bebudak skrg ape tahu
 
Back
Top
Log in Register