BTC USD 83,712.8 Gold USD 4,286.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Orientalis Barat, Karya Mereka & Serangan

namaste

Junior Member
Messages
95
Joined
Jun 23, 2006
Messages
95
Reaction score
66
Points
16
Orientalis Barat, Karya Mereka & Serangan Terhdp Islam

Senarai Orientalis Barat, Karya Mereka & Serangan Terhadap Islam


Oleh : Zaharuddin Bin Ab. Rahman
Jab. Fiqh dan Usul Fiqh ,
Universiti Al-Yarmouk, Jordan
[email protected]


Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya yang terpilih, juga seluruh mukminin & mukminat.

Lanjutan daripada senarai ulama ahli Sunnah semasa yang telah ditulis sebelum ini, lalu timbul persoalan dari pembaca tentang nama-nama para pengkaji ilmu Islam dari kalangan bukan Islam (orientalis) yang mana karya-karyanya terdapat seribu satu jenis racun yang mampu melemah dan menyeleweng fahaman sebenar Islam. Lalu penulisan ini dibuat bagi menjawab soalan tersebut InsyaAllah. Penulisan ini dibuat dalam bentuk separa ilmiah, bertujuan memberi maklumat mudah kepada golongan awam dan professional Islam terutamanya yang sering bergantung kepada rujukan buku berbahasa Inggeris.

Penulisan ini akan mendedahkan hal berikut secara ringkas:-
1. Beberapa jenis kumpulan Orientalis
2. Senarai Nama Orientalis yang berbahaya, latar belakang & beberapa dakwaan jahat mereka.
3. Senarai nama kitab karangan mereka yang sangat merbahaya.
4. Kumpulan karya Orientalis yang boleh dibaca.
5. Beberapa buah karya Bekas Orientalis yang telah masuk Islam
6. Antara Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis dan karya mereka.

Jenis kumpulan Orientalis
Kumpulan pengkaji yang suka mencari kisah ganjil, pelik dan dongeng, jenis ini banyak mereka cipta kisah bohong & fitnah terhadap Islam. Muncul dengan pesat di awal kemunculan gerakan Orientalis bagaimanapun semakin berkurangan dari masa ke semasa.
Kumpulan yang meluangkan sepenuh masanya dalam kajian Islam dan Arab dalam usaha membekalkan maklumat kepada Barat dari sudut Ekonomi dan Politik dan Penjajahan baru.
Kumpulan yang sangat benci dan bermusuhan dengan Islam lalu sengaja menutup kebenaran dalam tulisan-tulisan mereka.
Kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai pengkaji akademik yang tulus ikhlas dan professional, bagaimanapun sebenarnya mencari kelemahan Islam serta meragukan kesohihan Risalah Islam, Aqidah Tawhid, kesohihan Al-Quran, Hadith dan lain-lain.
Kumpulan yang benar-benar membuat kajian secara ilmiah dan professional tanpa sebarang sentimen agama, yang mana setengahnya membawa mereka kepada Islam. (Rujuk Dr Hamdi Zaqzuq, ms 78-79)
Senarai Nama Para Orientalis Barat Jahat & Karya mereka
Bil Nama Orientalis Tajuk Buku (Kebanyakan Tajuk disebut dalam Bhs Malaysia) Tahun Keluar (Masihi) Catatan:

A.J Arberry a. Islam hari Ini (Islam Today)b. Pendahuluan Sejarah Tasawufc. At-Tasawufd. Terjemahan Quran 1948195019501950 · British, sangat memusuhi Islam.· Prof di Univ. Cambridge, ramai pelajar Mesir belajar dengannya dlm Pengajian Islam
A. Geom Al-Islam · Britsh, sangat musuhi Islam.· Pensyarah di Univ di Britain&USA· Jelas dlm karyanya agenda missionary· Ramai pljr Mesir juga pelajari ilmu Timur darinya dengan biasiswa kjaan Mesir.
Baron Garra de Vaux Salah seorg pengarang Islamic Encyclopedia · French, sangat musuhi Islam
H.A.R Gibb a. Pengarang utama Islamic Encyclopediab. Cara Islam (Inggeris & Arab)c. Pendekatan Baru Dlm Islam (Inggeris&Arab)d. Mazhab Muhammadi (Mohammedanism)e. Islam & Masyarakat Baratf. Whither Islam 19471947 · British, Orientalis terbesar· Ahli dalam kesatuan Bahasa di Mesir.· Prof di Univ Hartford, USA· Karya2nya tersangat bahaya kpd Islam
Gold Ziher a. Pengarang utama Islamic Encyclopediab. Sejarah Mazhab Tafsir Islam (Inggeris&Arab)c. Pengenalan aqidah & Syariah Dalam Islam (Introduction to Islamic Theology & Law)d. Halangan Muhammad · Pengasas gerakan meragukan kesohihan Hadith.· Dianggap pakar bidang Hadith oleh rakan-rakan Orientalisnya· Mendakwa Quran diubah selps Baginda SAW wafat· Tokoh utama oreintalis , terlalu benci Islam
John Maynard Majalah Persatuan Pengajian Timur 1924
S.M.Zweimer a. Dunia Islam (pengasas majalah ini)b. Islam Mencabar Demi ‘Aqidahd. Al-Islam 19081911 · USA, Missionary, sangat terkenal dengan permusuhannya dengan Islam
Aziz ‘Atiyyah Suryal Beberapa kitab tentang Perang Salib · Kristian Mesir· Belajar di Univ Amerika, sangat benci dengan Islam.· Terlalu banyak menyelweng ajaran Islam.
G.Von Grunbaum a. Islam di zaman pertengahanb. Perayaan Muhammadc. Usaha Menerangkan Islam yang Modend. Pengajian Sejarah Keilmuan Islame. Al-Islam f. Kesatuan & Kepelbagaian dlm Tamadun Islam 19511947195419571955 · Yahudi, Jerman, masuk ke USA· Prof di Univ Chicago· Terlampau banyak menyerang Islam
Phillip Hitti a. Ensaiklopedia Islam, Bab Sastera Arabb. Sejarah Arab (History ofArabs) mengandungi tuduhan Nabi gilac. Al-Islamd. Sejarah Syriae. Asal usul Agama Duruz · Kristian Lubnan· Prof. Pengajian Timur Univ Brenston, USA· Penyelia tidak rasmi kpd Kementerian Luar Amerika dahulu· Sangat benci dengan Islam & enggan menisbahkan Islam dengan sebarang kebaikan & keutamaan
Carl Brocklemann The History (Jerman, Inggeris)
A.J Weinsink Aqidah Islam 1932 · Mendakwa Nabi SAW mereka Al-Quran hasil dari ringkasan kitab2 agama dan falsafah sebelumnya.· Tetapi setengah karya Weinsink boleh dibaca (lihat selepas ini)
Kenneth Gragg a. Ketua Editor Majalah The Muslim Worldb. Dakwah al-Makzanah 1956 · Amerika, sangat benci & menentang Islam.· Mengajar di Univ. Amerika di Qaherah beberapa ketika.· Missionary Kristian· Ketua Jab Kristian di Univ Hartford
L. Massignon 1. Al-Hallaj , sufi yang syahid di Alam Islam 2. Salah seorg penting dlm karya Ensaiklopedia Islam. · Perancis, Oreintalis terbesar France.· Penasihat Menteri Jajahan Perancis dlm hal ehwal Timur Afrika· Pengawas Kerohanian Kesatuan Missionary Perancis di Mesir· Pernah menjadi askar Perancis 5 tahun dlm Perang Dunia Pertama· Ahli Majlis Bahasa di Mesir & Kesatuan Ilmu ‘Arab di Dimasq, Syria· Mendalami dlm bidang Falsafah & Tasauf Islam.
D.B Macdonald a. Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh & Teori Perlembagaan Dlm Islam b. Pendirian Agama & Hidup Dlm Islam 1903-1908 · Amerika, antara yang paling memusuhi Islam
M.Green Setiausaha Majalah Middle East
Majid Qadrawi Perang & Damai Dalam Islam 1955 · Kristian Iraq, · Ketua Jab Pengajian Timur Tengah Univ. John Hopkens, USA· Ketua Ma'ahad Timur Tengah Utk Penyelidikan & Pendidikan di Washington· Terlalu benci Islam
D.S Margoliouth 1. Perkembangan Baru Dlm Islam 2. Muhammad & Kelahiran Islam 3. Universiti Islam 191319051912 · British
R.A Nichloson 1. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam2. Para ahli Sufi Islam3. Sejarah Sastera Arab.. 19101930 · British, sangat bencikan Islam· Menafikan Islam agama wahyu· Mendalami bidang Tasawuf Islam
19. Henry Lammens 1. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam 2. Al-Islam 3. At-Toif 4. Majalah Kesatuan Pengajian Timur USA 1925 · Bangsa Perancis. Tersangat merbahaya!· Mendakwa Nabi tidak menyukai perpaduan .· Telah banyak mengubah fakta sejarah Islam spt ubah tarikh lahir Nabi SAW serta membuat gambaran jahat tehdp Fatimah az-Zahra
Joseph Schacht 1. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam 2. Usul Fiqh Islam 3. Sumber Fiqh Islam (The Origins of Mohammadans Jurisprudence) · German, punyai banyak karya tentang fiqh dan Usul Fiqh.· Mendakwa asas syariat meniru undang2 Rom
Rudi Paret 1. The Quran 2. Der Koran · Menuduh Nabi mereka sendiri Quran, dan mengambil pengalaman hidup & ilmu tentang Isa & Maryam sebagai asas rekaan Al-Quran
Karl Heinrich Becker Pengasas Majalah Islam
Jetson Phiit Majd al-Islam (Kemuliaan Islam) · Menghentam islam melalui kitabnya
Richard Bell Al-Quran & Hubungan Nasrani dengan Nabi SAW (Arab & Inggeris)· Prof Bahasa Arab di Univ Edinburgh
Lord · Mendakwa Nabi terpengaruh dengan ajaran yahudi dalam mereka permulaan beberapa surah dengan huruf-huruf. Spt Alif Lam Mim dan lain.
Najib al-‘Aqiqi Al-Musytasriqun (Oreintalis) · Berbangsa arab.
W.C. Smith Islam in Modern History
Montgomery Watt 1. Sirah Nabi di Mekah , 2. Sirah Nabi di Mekah(Mohammad In Mecca & Medina) 3. Mohammad, Prophet & Statesman
Dr C.G Pfander Neraca Kebenaran (Mizan al-Haqq) · Mencabar Ulama Islam berdebat dengannya, disahut dan dilakukan pada 1854 M. Hasil debat ini akhirnya Pfander mengakui terdpt 8 tempat penyelewengan dalam Injil.· Debat dibuat dalam beberapa hari, pengikut kristian yang semakin ramai membanjri majlis, kecewa dengan Pfander.· Kelemahan hujjah Pfnder ketara hingga beliau tidak dtg pada hari ke3 debat.· Syiarnya slps itu, “Kiranya Syeikh(ulama yang berdebat dengannya) ada di satu tempat, saya beredar dari tempat itu.” (Lihat Abu Hasan Ali An-Nadawi)
George Sale Terjemahan al-Quran ke Bahasa Inggeris
Hamilton Jobb Asas Bina Pemikiran Agama dalam Islam · Banyak melakukan penelewengan maklumat dan menyelwengkan pendapat ulama dlm bukunya.
William Muir · Cuba meragukan Bahasa Quran & menuduh ianya tidak terjamin dr salah.
Louis Gardeih Falsafah Pemikiran Agama antara Islam dan Kristian · Mendakwa Saidina uthmanyang menyusun surah dan ayat quran.
Z.P Bodly · Menuduh kotor isteri-isteri Nabi· Dakwaan bohong Nabi punyai hubungan dengan Rahib Kristian. · Serta dakwaan bohong Nabi dipegaruhi Paderi Waqas B. Sa'adah & Waraqah Nawfal. (Lihat Anwar al-Jundi)
Cofan, Renan, Jano · Kesemua mereka penipu besar dalam mengutarakan hal Asas Syariat Islam.


Berikut adalah beberapa kumpulan nama buku yang terbahaya hasil karya para Oreintalis.
The Encyclopedia Of Islam – Terbitan pertama tahun 1913 hingga 1938 dalam 3 bahasa Inggeris, Jerman & Perancis. Kemudian cuba diterjemah ke bahasa Arab…sehingga huruf ‘ain, terhenti dan para penterjemahnya melakukan kritikan yang banyak terhdp kandungannya hinggalah membawa kpd pindaan kebanyakan isikandungannya dan keluarkan terbitan baru tahun 1954 . Diterbitkan dalam 6 jilid , dan kelihatan agak sederhana dalam kebanyakan pendirian terhadap masalah khillafiah, ia kerana sedikit campurtangan para ulama dalam kandungannya. Terjemahan sempurna ke bahasa Arab siap dan diklan pada tahun 1997 dalam 32 jilid.
Majalah ‘The Muslim World'
Shorter Encyclopedia Of Islam
Encyclopedia Of Religion and Ethics
Encyclopedia Of Social Sciences
Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee
Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir
Al-Islam oleh Alfred Geom
Deen As-Syiah ( Agama Syiah ) oleh D.M Donaldson
Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin
Al-Islam dlm Bahasa Perancis oleh Henry Lammens
Al-Islam dlm Bahasa Inggeris oleh S.M Zweimer
Islam Today oleh A.J Arberry
Translation of Quran oleh A.J Arberry
Tarikh Mazahib Tafsir Al-Islami (Sejarah Mazhab Tafsir Islam) dlm bahasa German & Arab oleh Goldziher
Arabic History oleh Phllip Hitti
Jewism In Islam oleh Ibrahim Kashh
Qamus Al-Munjid : Berkata Dr Mustafa al-Jawad bahawa dikenalpasti lebih 324 penyelwengan dalam kamus ini dan kami tidak merujuknya kecuali ketika sangat perlu sahaja, sebagai contoh lihat nama kalimah (الطلقاء) , diterjemahkan sebagai : Mereka yang memasuki Islam secara dipaksa. (Penulis tidak sempat menyemak hal ini)
Dan lain2 kitab yang telah disebutkan sebelum ini juga merupakan karya yang terbanyak membuat keraguan terhadap Islam.

Antara Karya Orientalis yang boleh dibaca
Menurut Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, karya-kara ini adalah diiktiraf sebagai punyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan sentimen dengki dan benci terhadap Islam. Sebagai contoh :-


1. Prof T. W Arnold The Preaching of Islam
2. Stanley Lane Poole Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi)
3. Stanley Lane Poole Moors in Spain
4. Dr Aloys Sprenger Pendahuluan kitab Al-Isobah fi tamyiz as-sahobah karangan Al- Hafiz Ibnu Hajar
5. Edward William Lane Mu'jam Arabic-English Lexicon
6. A.J Weinsink Mu'jam Al-Mufhiras ‘Am Bagi Hadith Nabi (Dari Sunan yang 6 Musnad Ad-Darimi , Muwatto' Malik dan Musnad Ahmad
diterjemah ke Arab oleh Mohd Fuad Abd Baqi & kata pengantar
Syeikh Mohd Rashid Ridha
7. G.B Strenge Land of the Eastern Caliphate


Antara karya bekas Orientalis yang telah memasuki Islam.
1. Islam at the cross road oleh Muhamad asad (nama sebelum Islam Leopold Weis)
2. Road to Mecca oleh Muhamad asad (nama sebelum Islam Leopold Weis)
3. Islam verses The West oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus)
4. Islam & Modernisme oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus)


Beberapa Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis
Al-Marhum Syeikh Prof. Dr. Mustafa As-Sibaie pernah menyatakan bahawa selain orientalis asli yang terdiri daripada golongan kuffar, terdapat juga spesis anak buah berfikiran oreintalis yang sering menjalankan usaha meragukan kekuatan Islam serta membawa berita dan fakta bohong dari kalangan umat Islam.


Sebahagian lain pula terpengaruh dengan racun pemikiran Orientalis. Mereka juga adalah dari kalangan umat Islam. Terdapat juga kalangan ini yang menyeleweng akibat kejahilan hakikat Islam sebenar selain mempunyai tujuan-tujuan lain. Antara yang boleh dianggap demikian adalah seperti berikut :


Bil Nama Karya Bab
1. Prof. Ahmad Amin(Pernah menjadi Dekan Kuliah Sastera, punyai sijil dalam Qadha' Syar'ie) Fajr al-Islam · Majoriti kandungan kitab ini. · Bab Hadith Nabi, berkenaan kononnya Abu Hurairah ra lemah dlm riawayat Hadith, Imam Abu Hanifah tidak punyai Hadith, Menuduh Ibn Mubarak lalai, pertikai keadilan Sahabat Nabi, keraguan pd Imam Bukhari.· Bab Maslahat bertembung Nusus.


2. Abu Rayyah Adwa' ‘ala As-Sunnah · Pertikai Abu Hurairah


3. Ismail Adham Tulisan mengenai Sunnah tahun 1353 H · Mengisytiharkan hadith shohih dari kitab2 sunan tidak sah, serta menuduh ianya mawdu' (rekaan)


4. Prof. Ali Hasbullah Usul At-Tasri' Al-Islami · Mendakwa maslahat perlu diutamakan apabila bertembung dengan Nusus Quran & Sunnah yang Qat'ie.· Dakwaan ini dijawab oleh Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buti , Syeikh Muhd Al-Ghazali dan ramai lagi.


5. Syeikh Ali Abd Raziq Al-Islam wa Usul al-Hukm (Islam dan Usul Perundangan tahun 1925 ) · Menuduh tiada politik dalam Islam.· Kitab ini dikecam hebat oleh ulama semasa Islam ketika itu. · Antara ulama yang menjawab Syeikh Muhd Bakhit al-Mut'ie dan Syeikh Khudar Hussain. · Akhirnya penulis telah menarik balik dakwaannya selepas itu, demikian menurut Dr. Muhd ‘Amaroh


6. Prof Khalid Muhd Khalid 1. Min Huna Nabda (Dari sini kita bermula) 2. Ad-Demoqratia Abadan · Kitab ini dijawap oleh Syeikh Muhd Al-Ghazali dlm kitabnya Min Huna na'lam (dari sini kita tahu)· Akhirnya penulis ini juga menarik balik kalamnya lalu menulis kitab baru tajuk Ad-Dawlah fil Islam.· Bab Maslahat


7. Prof Dr Abd Hamid al-Mutawali(Prof Undang2) Manahij at-Tafsir fil Fiqh al-Islami(Perlu dingat hanya sebahagian kecil dalam bab tertentu shj yg perlu disemak & diperbetul, majority karyanya adalah diiktiraf, manakala kitabnya yg lain dipuji spt Mabadi' Nizom al-Hukm fil Islam– Al-Qaradhawi) · Bab Maslahat, men dakwa Saidina Umar ra membatalkan Nas Quran kerana Maslahat. Dakwaan palsu ini dijawab oleh al-Qaradhawi dan Al-Buti dll.


8. Dr Nur Farhat (Prof Undang2 & dekan Kuliah Undang2 di Univ Az-zaqaziq) Di mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar


9. Sai'd al-Ushmawi Mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar


12. Kumpulan Sisters In Islam (Malaysia) Dalam kebanyakan artikel karya mereka · Banyak, tiada ruang untuk dinyatakan di sini.· Kebanyakan dakwaan dan pertikaian disebabkan kekurangan maklumat Islam hakiki dan jahil.


13 Astora Jabat (Malaysia) Dalam kebanyakan tulisannya. Begitu banyak, tiada ruang untuk disebut di sini


14. Dr. Kassim Ahmad Semua hal berkaitan hadithMenafikan hadith secara totalPemimpin gerakan Anti Hadith Malaysia.


Demikianlah beberapa maklumat yang mampu disertakan oleh penulis melalui beberapa pembacaan analisa para ulama Islam. Justeru, semoga seluruh muslimin/at yang prihatin dapat meneliti senarai yang disertakan dan berhati-hati.

Apa yang benar dari Allah, dan segala kesilapan adalah hasil kelemahan diri dan gangguan syaitan.


Sekian,
Irbid,
1 July 2003


Senarai Rujukan :
Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq, Al-Istisyraq wal khalfiah al-Fikriah lissiro' al-khadori, Dar Al-Ma'arif, tanpa tarikh.
Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq, Al-Islam wal Istisyraq , kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempatdi India.
Dr Mustafa As-Siba'ie, Al-Istisyraq wal mustasyriqun malahum wa ma alaihim, Dar al-warraq, Beirut, cet 1, 1999 m
Syeikh Abu Hasan Ali An-Nadawi, Al-Islamiyyat Bayna al-Mustasyriqin wal Bahithin al-Muslimin, kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempatdi India Nadwah
Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wal Islam, kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wal Quran al-Karim, kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun was Sunnah , kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wa al-Sirah An-Nabawiyah , kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
Dr. Mustafe As-Sibi'e , As-Sunnah wa makanatuha fil Islam, Dar al-Warraq, Beirut, cet 1, 1998 m
Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, As-Siyasah As-Syra'iyyah , Mua'assasah Ar-Risalah, Beirut, cet 1, 2001
Sumber: http://www.e-ulama.org/Artikel/Default.asp?mode=0&ID=16
 
panjangnya..takpe, boleh baca offline..thanks for the info..;)
 
kita sebenarnya banyak dah ditipu hasil dr orientalis barat nih,cuma sedar x sedar je
 
Back
Top
Log in Register