MENGENAI KAMI
Original Dimension Sdn Bhd telah ditubuhkan oleh Irwan Mohd Yusof dan telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965 pada 16hb. April 1996. Original Dimension (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Malaysia yang dikendalikan bersama rakan-rakan yang berpengalaman. Aktiviti utama syarikat ini adalah sebagai pembekal produk-produk kesihatan; dan keluaran syarikat ini telah memenuhi ketetapan piawaian antarabangsa.
Kami juga mempunyai kepakaran dalam pembekalan dan jualan produk-produk berasaskan herba ke pasaran tempatan dan juga ke pasaran antarabangsa. Dengan harga yang berpatutan dan kompetatif, produk-produk kami telah menjadi pilihan ramai konsumer. Pada masa ini, kami sedang mencari agen dan rakan kerja baik di Malaysia dan di luar negara untuk memasarkan rangkaian produk-produk kami.
Negara Malaysia adalah unik dan penuh dengan tradisi berkaitan dengan herba yang mengabungkan tiga budaya Asia - Melayu, China dan India. Gabungan tradisi herba ketiga-tiga budaya ini telah menjadi pilihan konsumer; dan didapati terus berkembang di Malaysia. Pihak kerajaan juga telah menaruh minat dalam industri herba ini dan telah mengabungkan aspek tradisi berserta dengan perubatan berasaskan herba ke dalam sistem kesihatan nasional.
VISI Korporat:
• Mengalak dan menyokong kebaikan dan khasiat herba; dan mengadakan kajian saintifik untuk mempromosikan produk-produk herba sebagai makanan dan ubat-ubatan.
• Bertindak sebagai pembekal maklumat kepada konsumer mengenai cara mengunakan produk-produk herba secara selamat dan sesuai dengan aturan penggunaannya..
• Mengadakan kajian saintifik untuk formulasi barangan berasaskan herba pada kadar yang berpatutan.
• Mewujudkan dan mempromosikan secara rasional, maklumat berkaitan penggunaan herba sebagai ubat pencegahan (Preventive Medicine) untuk memulih dan mengekalkan kesihatan disamping mengurangkan kos rawatan kesihatan.