BTC USD 82,944.3 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Org melayu dalam kerugian

MOHD. ZAIDI ABDULLAH
Ketua Penyelidik, Akademi ‘Ulum Pondok dan Pencerahan Tamadun, Shah Alam, Selangor.

SETELAH pilihan raya lalu, penulis meninjau ke Perak, Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Selangor, Negeri Sembilan. Apabila pakatan pembangkang dapat menguasai Pulau Pinang, Selangor dan Perak tanpa pakatan yang mantap maka pelbagai perkara melibatkan hak-hak bumiputera dan umat Islam serta segala tuntutannya tidak dapat ditunaikan dengan baik.

Jika sebelum ini Pas merupakan pejuang penentang kemungkaran maka kini kritikan mereka terhad kerana hormat persefahaman dalam pakatan. Jika bertegas dengan pendirian, Pas mungkin boleh tersingkir daripada pakatan.

Pakatan dalam erti kata yang sebenar masih tidak mantap. Namun, ‘mungkin’ mereka boleh bersepakat.

‘Mungkin’ merupakan perkataan berkebarangkalian maka boleh mengundang ketidakstabilan. Setakat ini, teorinya DAP dengan PKR, manakala Pas dengan PKR. Yang menjadi jambatan tengahnya ialah PKR.

Jika Pas ingin meneruskan pakatannya maka ia perlu meliberalkan sikap dan pendekatan atau mengabaikan tanggungjawab agama yang dulu sememangnya diperjuangkan tanpa kompromi terhadap UMNO. Ini merupakan kejayaan PKR dan DAP terhadap Pas. Di sinilah politik tawar-menawar sedang berlaku. Akhirnya, jika ini berterusan maka Islam apa yang akan muncul di Malaysia nanti?

PKR pula merupakan ahli pelbagai ras dan agama. Sudah tentu setiap aktiviti Islam secara rasmi yang dilakukan oleh PKR akan diketahui bukan Islam. Di Malaysia, belum pernah terdapat kejayaan yang berpanjangan bagi parti yang keanggotaannya pelbagai ras dan agama.

DAP misalnya dulu dianggotai juga orang Melayu tapi kini didominasi bukan Muslim. Akhirnya, secara praktisnya, trend politik bukan Muslim mendasarinya.

Barisan Nasional (BN) pula kebanyakan parti komponen bersifat politik bangsa dan kemudiannya membentuk kata sepakat sehingga BN memiliki ‘perlembagaan’ sendiri. Pakatan pembangkang yang tanpa perlembagaan tersendiri boleh dikatakan sebagai kerajaan campuran atas dasar hendak memerintah sahaja dan kaedah ini belum pernah terbukti memperoleh kejayaan seperti yang berlaku di negara-negara lain. Biasanya kerajaan campuran akan berpecah atau menukar anggota masing-masing. Trend ini tidak pasti membawa kestabilan.

Boleh dikatakan pada masa ini politik pakatan sedang menyesuaikan diri kerana ketidaksangkaan mereka menang mengejut. Tapi, dalam politik apa-apa boleh terjadi. Boleh dikatakan bahawa trend ini sebagai percubaan hendak berbaik. Jika berjaya okay tetapi sebaliknya, apa kita boleh buat - kata sebahagian mereka. Kalau tidak berjaya, maka padah bagi umat Islam di Malaysia.

Umat Islam di Malaysia hanya hebat di pentas politik sahaja tapi dari segi ekonomi tidak kira sama ada Pas atau UMNO terpaksa terima apa sahaja tauke-tauke Cina tentukan. Unsur kemalaysiaan semakin terhakis. Perlembagaan Malaysia boleh dikatakan tidak dihormati malah tidak diketahui semua rakyat.

Saya bersetuju apa yang dinyatakan oleh Raja Dr. Nazrin Shah pada 21 Jun, di Kuala Kangsar. “Jangan sampai terima nasib terpaksa musafir di bumi sendiri.”

Apa yang berlaku di dalam UMNO dan komponen BN merupakan masalah bagi semua parti. Kelemahan UMNO jika benar berlaku maka merupakan pemecahan perwakilan Melayu dalam pembuatan keputusan.

Begitu juga, bukan Melayu. Beralihnya undi MCA, MIC dan Gerakan kepada DAP merupakan ketidakstabilan. Tetapi, yang nyata undi Cina kepada Cina mungkin dalam nada yang majoriti. Di sini, juga tidak menguntungkan secara Perlembagaan seperti berlaku krisis pemilihan menteri besar akibat tiada yang menang majoriti di Perak dan Selangor.

Bagi isu ini, saya cadangkan jika tiada parti yang menang dengan majoriti mudah maka sultanlah yang layak menentukan.

Apabila berlaku perbezaan pendapat kecil dalam pemilihan menteri besar di Perak merupakan satu isyarat bahawa pemimpin parti yang terlibat pada masa itu tidak memahami perlembagaan Perak. Ini amat mendukacitakan. Mungkin kini mereka tahu tetapi mungkin ada lagi mereka yang tidak ambil tahu.

Apabila Cina dan Melayu berpecah maka sekali lagi akan menimbulkan masalah pemerintahan kerana Perlembagaan Malaysia secara khususnya memperuntukkan kuasa khas kepada bumiputera dan Islam. Maka krisis Perlembagaan akan berlaku juga. Atau adakah ada yang sanggup meminda demi kepentingan masing-masing.

Adakah api dalam sekam akan meletup? Oleh itu kita kena ambil perhatian supaya urusan pentadbiran negara tidak dicampuri urusannya oleh kuasa besar dunia akibat perbalahan sesama sendiri.

Sumber dari mana pula nie? Sahih ker sumber nie atau telah diedit? Kalau sumber nie sahih ini pendapat aku.

KAT MANA UNTUNGNYA MELAYU KALAU NEGARA NIE 100% DIPERINTAH OELH BE END? YANG DOK UNTUNG MELAYU UMNO YANG ADA KAITAN DENGAN PEMINPIN SAJA. RAKYAT DAPAT SERPIHAN YANG PUAK TU DAH TAK NAK.

KALAU NAK KATA UNTUNG SEBAB BIASISWA BENDA NIE DAH TAK ADA. SEMUA JADI PINJAMAN. KALAU NAK KATA UNTUNG SEBAB KESIHATAN PUN TAK BOLEH MEMBANGGAKAN. KAT KAMPUNG-2 KLINIK DESA BAIK SIKIT DARI KANDANG KAMBING.

NAK KATA MELAYU RUGI SEBAB PILIH PR PUN TAK BOLEH JUGA SEBAB PR BELUM MEMERINTAH DIPERINGKAT PUSAT. SO KALAU NAK TAU MELAYU RUGI ATAU UNTUNG JOK PILIH PR MEMERINTAH DIPERINGKAT PUSAT DAN BERI PELUANG SEKURANG-KURANGNYA 3 KALI PILIHANRAYA BARU BOLEH BUAT TAFSIRAN MELAYU UNTUNG ATAU RUGI SEBAB YANG DAH MEMERINTAH 50 TAHUN PUN BELUM BOLEH BUKTIKAN MELAYU BETUL-BETUL BERUNTUNG
 
korang xyah susah2 tulis dkt thread tuan tanah ni..

dia xkn jawap nye..kita xyah layan..buat dek je..

byk lagi thread yg berpaedah dan boleh naikkn post korg

HIDUP RAKYAT!!!
 
menang sorak kampung tergadai.
PAS sanggup menggadai prinsipnya kerana nak menang.
Dalam Islam kite x boleh menggadai prinsip perjuangan kite;
semata2 kerana harta dunia. so ; kalau nak berkawan ngan orang yg kadang2 menyeleweng; tegur2kanlah.jgn banyak membisu.:-? :-? :-?
 
die tau open thread jek.. pas2 dak kne pompang2.. senyap da..
pas2 cari artikel laen bukak thread baru kat sini.. hampeh..
 
da lama da rugi..
baru skrang nak sedar
 
menang sorak kampung tergadai.
PAS sanggup menggadai prinsipnya kerana nak menang.
Dalam Islam kite x boleh menggadai prinsip perjuangan kite;
semata2 kerana harta dunia. so ; kalau nak berkawan ngan orang yg kadang2 menyeleweng; tegur2kanlah.jgn banyak membisu.:-? :-? :-?

:eek: :eek: :)) :)) engkau salah bg nasihat laaaa brader..... org PAS bukan macam org BN laaa brader... boleh sumbat mulut... boleh suap duit... ada duit... org BN suka buat2 BISU, buat2 TAK NAMPAK, buat2 TAK DENGAR... kesian org macam lu brader... wa kesian sungguh....

:(scam :(scam

sedar2 laaaa....:)) :eek:
 
no komen...
huhu...
takdela BN ni bunuh sgt..
saya ni tak sokong sesapa.. baik PR atu BN..
saya sokong mana betul...(bg pemikiran saya)
nak kata BN salah sume pun xla...
biasiswa, loan MARA, beli rumah, pinjaman niaga, kursus2 pree.. dll..
mgkin sebab slama ni malaysia ni under BN... xtaula PR camna...
tapi, saya mmg x setuju skola ada jenis2 ni..
napa x buat skola kebangsaan jek?
dan tambahan bahasa jadik subjek tambahan?
bayangkan kalo skola jeni cina/tamil..
smgt kaum kuat... racist...
cube tgk kat negara lain...
mana ada skola jenis nih...
kalo ada pun xdapa bantuan kerajaan...
kata nak perpaduan....
kadang2, nama je rakyat mesia... tapi stgh2 cina/india xtau sgt ckp ckp melayu...
apa nih...nak busniss pun interview dalam bi.... kata, b.m bahasa kebangsaan....
cakap x serupa bikin...
sapa yg x pandai bi, walaupun pointer power, susah nak dapat keje...
lainla kalo nk keje syarikat international...
lain la citer.....

emmm betul.dah lama aku peratikan .cakap melayu pun tak tau.ZYang tak tau cakap melayu tu semua datang dari Singapork.
 
:eek: :eek: :)) :)) engkau salah bg nasihat laaaa brader..... org PAS bukan macam org BN laaa brader... boleh sumbat mulut... boleh suap duit... ada duit... org BN suka buat2 BISU, buat2 TAK NAMPAK, buat2 TAK DENGAR... kesian org macam lu brader... wa kesian sungguh....

:(scam :(scam

sedar2 laaaa....:)) :eek:


dekat hang pun saya kesian..
dah terangan PAS pun gilakan kuasa..
terimalah dengan hati terbuka kata2 monalito tuh..
masih nak mempertahankan ketaksuban ke atas PAS tuh??
kalu betul PAS stand alone la, betul2 perjuang Islam..
 
Sumber dari mana pula nie? Sahih ker sumber nie atau telah diedit? Kalau sumber nie sahih ini pendapat aku.

KAT MANA UNTUNGNYA MELAYU KALAU NEGARA NIE 100% DIPERINTAH OELH BE END? YANG DOK UNTUNG MELAYU UMNO YANG ADA KAITAN DENGAN PEMINPIN SAJA. RAKYAT DAPAT SERPIHAN YANG PUAK TU DAH TAK NAK.

KALAU NAK KATA UNTUNG SEBAB BIASISWA BENDA NIE DAH TAK ADA. SEMUA JADI PINJAMAN. KALAU NAK KATA UNTUNG SEBAB KESIHATAN PUN TAK BOLEH MEMBANGGAKAN. KAT KAMPUNG-2 KLINIK DESA BAIK SIKIT DARI KANDANG KAMBING.

NAK KATA MELAYU RUGI SEBAB PILIH PR PUN TAK BOLEH JUGA SEBAB PR BELUM MEMERINTAH DIPERINGKAT PUSAT. SO KALAU NAK TAU MELAYU RUGI ATAU UNTUNG JOK PILIH PR MEMERINTAH DIPERINGKAT PUSAT DAN BERI PELUANG SEKURANG-KURANGNYA 3 KALI PILIHANRAYA BARU BOLEH BUAT TAFSIRAN MELAYU UNTUNG ATAU RUGI SEBAB YANG DAH MEMERINTAH 50 TAHUN PUN BELUM BOLEH BUKTIKAN MELAYU BETUL-BETUL BERUNTUNG

aku takut betul kalau DAP yang pegang.Macam kat muar ni.Kerek betul semuanya.Kalau bisnes mesti nak tipu.:mad:
 
dekat hang pun saya kesian..
dah terangan PAS pun gilakan kuasa..
terimalah dengan hati terbuka kata2 monalito tuh..
masih nak mempertahankan ketaksuban ke atas PAS tuh??
kalu betul PAS stand alone la, betul2 perjuang Islam..

:eek: :eek:
dah tao bee end slah nk trnsfer slah kat pAS lak...
PAS msih perjuang islam,bkan mcm bee end y mngaku ISLAM tp haram xperjuangkn pon...
tp pntotok bee end msih kne tarik idung ngan pmimpin2 korupsi die :p :p
 
Back
Top
Log in Register