BTC USD 80,907.1 Gold USD 4,373.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Orang yang Taqwa

ammal07

Super Active Member
Messages
5,069
Joined
Apr 3, 2008
Messages
5,069
Reaction score
369
Points
81
orang yg taqwa

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
(Al-A'raaf 7:201)

Sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan, dibantu oleh Syaitan-syaitan itu dalam melakukan kesesatan, kemudian mereka tidak berhenti-henti (melakukan perbuatan yang sesat lagi menyesatkan itu).
(Al-A'raaf 7:202)
( syaitan memalingkan manusia dari Al Quran untuk
mengikut kitab karangan manusia )

Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu ayat Al-Quran (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): "Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan - yang membuka hati - dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman".
(Al-A'raaf 7:203)
( apabila ditanya kenapa nabi tidak membuat sendiri ayat-ayat itu ?. jelas sekali, nabi hanya mengikut wahyu, nabi tidak
mengajarkan yang lain selain dari Al Quran )

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
(Al-A'raaf 7:204)

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
(Al-A'raaf 7:205)

Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.
(Al-A'raaf 7:206)






 
Nak masuk syurga
Kene ada TAQWA


▪50:31-34

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ غَيْرَ بَعِيدٍ هَٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَٰنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُنِيبٍ ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ ۖ ذَٰلِكَ يَوْمُ الْخُلُودِ

Dan didekatkanlah surga itu kepada orang-orang yang berTAQWA pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu, (yaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya) (Yaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat, masukilah surga itu dengan aman, itulah YAUMUL KHULDI.




▪Nabi suruh kita bertaqwa

Dari Abu Dzar Al Ghifari radhiallahu’anhu, ia berkata: ‘Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda,

اتق الله حيثما كنت ، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن

BerTAQWA lah kepada Allah DIMANAPUN engkau berada, dan hendaknya setelah melakukan keburukan engkau melakukan kebaikan yang dapat menghapusnya. Serta bergaulah dengan orang lain dengan akhlak yang baik‘” (HR. Ahmad 21354, Tirmidzi 1987, ia berkata: ‘hadits ini hasan shahih’)


▪Matan Hadith:

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ يَقُولُ سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ فَقَالَ: اتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ وَصَلُّوا خَمْسَكُمْ وَصُومُوا شَهْرَكُمْ وَأَدُّوا زَكَاةَ أَمْوَالِكُمْ وَأَطِيعُوا ذَا أَمْرِكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ
]سنن الترمذي , أبواب السفر , باب منه , حديث 616 , عن أبي أمامة رضي الله عنه , قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيح[


Daripada Abu Umamah RA berkata saya telah mendengar Rasulullah SAW berkhutbah ketika Haji Wada', Baginda SAW bersabda: "Hendaklah kamu berTAQWA kepada Allah SWT Tuhanmu, dan (melaksanakan yang difardhukan) solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta, dan mentaati pemimpin nescaya kamu akan dimasukkan ke syurga (milik) Tuhanmu.” Abu 'Isa berkata: “Ini adalah hadith hasan sahih.” (Hadith riwayat at-Tirmizi, No. 616)


▪Suatu hari Saidina Umar Radiallahuanhu pernah bertanya kepada Ubai bin Ka’ab tentang TAQWA,

“Apakah yang dimaksudkan tentang taqwa ya Ubai?”. Kata Ubai, “Tidakkah engkau pernah melalui satu jalan yang banyak duri?”. Jawab Umar, “Ya, saya pernah”. Kata Ubai, “Apakah yang engkau buat?”. Kata Umar, “Saya angkat kain dan saya berhati-hati melangkah”. Kata Ubai, “Itulah TAQWA.”


▪Anak Adam kena pakai pakaian TAQWA plak tu

7:26
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan *pakaian TAQWA itulah yang paling baik*. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu INGAT.

▪Kalau kita da puasa bertahun2 tu, kita da bertaqwa la ya?

2:183
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu BERPUASA sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu *supaya kamu BERTAQWA*


———-

Jadi nak tanya mcm mana sy nak masuk surga dgn TAQWA tu? Apa yg di maksudkan pakaian taqwa plak?

mohon yg ariff berkongsi pandangan ;)

cer citeeerr
 
Taqwa

Takut pada Allah
ATAU
Takut pd covid ;)


Fahami erti takwa kepada ALLAH
ANAS ZUBEDY | | 20 Mac 2020

A A
ORANG Islam disuruh bertakwa kepada ALLAH yang besar ertinya. Malangnya pada masa sekarang kebanyakan orang Islam menyamakan takwa dengan hanya perkataan ‘takut’ dan dengan itu membawa erti makna taqwa kepada tahap yang sungguh cetek.

Selepas kita merendahkan konsep besar ini kepada hanya konsep takut, maka senanglah kita melaga-lagakan ALLAH dengan perkara-perkara yang langsung tiada tandingnya dengan ALLAH seperti virus Covid-19. Wujudlah ramai antara kita yang megah buat kenyataan mereka lebih takut kepada ALLAH tetapi tak takut mati di tangan virus Covid-19 dan bersungguh-sungguh nak ke perjumpaan tabligh yang tidak diwajibkan dalam al-Quran mahupun sunnah. Selepas di Malaysia kini di Indonesia pula.

Tak tahukah haji ke Mekah pun tidak diwajibkan kepada semua? Tak tahukah bahawa pada hakikatnya dalam sejarah Mekah sendiri pun sudah berpuluh kali ditutup akibat pelbagai sebab seperti peperangan, kebakaran dan wabak penyakit dan proses baik pulih? Bukankah Nabi kita sendiri pernah rela tunggu satu tahun untuk menunaikan haji dengan Perjanjian Hudaibiyah yakni orang Islam hanya dibenarkan memasuki Makkah pada tahun yang berikutnya?

Kenapa kita pula tidak rela menunggu beberapa bulan untuk perjumpaan tahunan seperti perjumpaan tabliqh, sembahyang Jumaat, ceramah-ceramah agama dan selainnya? Bukankah salah satu daripada 5 perkara asas maqasid syariah adalah 'memelihara nyawa (Hifzu al-Hayah)'?

Konsep takwa adalah konsep yang besar, mendalam dan menyeluruh. Malangnya, dalam terjemahan ke bahasa Melayu kita guna perkataan takut.

Apakah yang al-Quran ertikan mengenai takwa? Siapakah yang dikatakan orang yang bertakwa (Muttaqoon)? Disini saya akan memberi dua ayat al-Quran yang muhkamah (jelas) mengenai takwa. Diharapkan saudara-saudara dan saudari-saudari buat renungan dan muhasabah diri.

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada ALLAH, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa." - Quran 2:177
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana ALLAH, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. - Quran 5:8

Adakah kita bersikap adil kalau perbuatan kita dapat mendatangkan mudarat kepada orang lain termasuk keluarga dan ibu bapa kita sendiri?
Bertakwalah kepada ALLAH, takutlah kepada virus Covid-19.

Kita harus rela menunggu sehingga masa yang selamat untuk membuat perjumpaan, sembahyang berjemaah di masjid dan pergi mendengar ceramah-ceramah. Mari kita belajar daripada al-Quran dan ikut contoh Nabi.

* Anas Zubedy ialah Pengarah Urusan dan Pengasas Zubedyu (M) Sdn Bhd, sebuah organisasi latihan dan pembangunan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/74585/KHAS/Pendapat/Fahami-erti-takwa-kepada-ALLAH
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

———-

Jadi apa maksud TAQWA? :unsure:
 
1000045528.jpg


Allah SWT telah berfirman dalam al-Qur’an, tatkala menyifatkan beberapa ciri orang yang bertaqwa:
الذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ
Maksudnya: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.

Surah Ali ‘Imran (134)
 
1000045528.jpg


Allah SWT telah berfirman dalam al-Qur’an, tatkala menyifatkan beberapa ciri orang yang bertaqwa:
الذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ
Maksudnya: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.

Surah Ali ‘Imran (134)
Memaafkan kesalahan orang (niat kerana Allah) lebih mudah dilakukan.
Subhanallah.
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bertakwa Walau Dimana Berada

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

Daripada Abu Zar RA beliau berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah setiap (amalan) kejahatan dengan (amalan) kebaikan yang dapat menghapuskannya serta berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik." (HR Tirmizi No: 1987) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Taqwa kepada Allah SWT merupakan kewajipan setiap Muslim dan menjadi benteng daripada melakukan kejahatan dan maksiat.

2. Taqwa menurut Imam At-Tabari adalah beriman dan melakukan ketaatan kepada Allah, meninggalkan perkara yang dilarang Allah dan melaksanakan perintah serta sangat waspada terhadap siksaan Allah jika meninggalkan petunjuk yang telah diketahui

3. Bersegeralah melakukan kebaikan setelah menyedari melakukan kejahatan atau maksiat. Antaranya dengan beristighfar, bersedekah dan sebagainya agar menjadi penyebab kepada penghapusan dosa.

4. Para ulama’ bersepakat bahawa kebaikan hanya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil sahaja. Adapun dosa besar seperti derhaka kepada ibu bapa, membunuh, memakan riba, meminum arak dan selainnya tidak akan terhapus kecuali dengan taubat nasuhah.

5. Setiap Muslim hendaklah bersungguh-sungguh menjauhi amalan kejahatan dan memperbanyakkan amalan kebaikan serta menghias diri dengan akhlak terpuji.

6. Dalam kehidupan bermasyarakat, setiap Muslim perlu menampilkan akhlak yang baik dan terpuji dengan mencontohi akhlak Rasulullah serta bersahabat dengan orang yang berakhlak mulia dan bertaqwa.

Hadis 18
#Hadis40ImamNawawi
#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

09hb Nov. 2023
25hb Rabiul Akhir 1445H
 
1000497249.jpg


Ketakwaan: Kunci Pembuka Rezeki

Firman Allah SWT : “Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Dia akan memberikan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Surah At-Talaq: 2-3)

Ketakwaan bukan hanya membawa keberkatan, tetapi juga membuka pintu rezeki yang luas dan tidak terduga.

Seorang muslim yang bertakwa sentiasa takut terhadap azab Allah SWT lalu menjalankan apa yang diperintahkan Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang.

#MalaysiaMADANI #JAKIM
Untuk kebahagiaan dunia & akhirat.
 
Back
Top
Log in Register