Toxic2010
Legendary Member

- Messages
- 11,012
- Joined
- Jun 3, 2010
- Messages
- 11,012
- Reaction score
- 335
- Points
- 131
Allah menyoal kita dengan satu soalan. Tahukah kamu org yg mendustakan agama? Iaitu dalam ayat yg ke-2 Allah menyebut, Orang yg mengherdik anak yatim, memberi makan kepada orang miskin, orang yg lalai dalam solatnya, orang yg riya dan enggan mengeluarkan zakat.
Nabi Muhammad adalah contoh tauladan yg terbaik buat kita sebagai umatnya. Nabi merupakan seorang anak yatim bilamana semasa Nabi dilahirkan telah kematian ayah dan dlm usia kanak-kanak ibu baginda meninggal dunia sehingga dipelihara oleh Ibu susuannya Halimah Saadiyah.
Ada satu kisah dimana Nabi melalui suatu jalan bersama para sahabatnya. Bertemu dengan seorang kanak-kanak yg dlm kesedihan. Lalu Nabi bertanya "Apakah yg membuatkan kamu bersedih?" lalu kanak-kanak itu menjawab, "Saya telah kehilangan ayah dan ayah telah menyertai perang badar yg mana peperangan tersebut disertai oleh Rasulullah. Aku mempunyai seorang ibu tetapi ibuku telah menghalau aku dan semua harta peninggalan Ayahku telah habis dibelanjakan oleh ibuku.Dan sekarang aku telah kehilangan tempat bergantung. Alangkah bertuahnya aku mendapat seorang Ayah." Apabila Nabi mendengar kisah dari Anak Yatim tersebut lalu Nabi berkata, “Mahukah engkau aku ambil sebagai anakku.” Mendengar jawapan Nabi. Kanak-kanak tersebut berasa amat gembira. Sehinggalah kanak-kanak itu mengetahui bahawa Dia merupakan insan yg Mulia dan sangat dihormati iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Kanak-kanak tersebut dibawa pulang kepada Khadijah supaya menjaganya seperti anak sendiri. Khadijah menyambut anak tersebut seperti anak-anak beliau. Dimandikan diberi pakaian dan diberi makan. Begitulah contoh tauladan junjungan mulia Nabi s.a.w kepada umat. Jangan mengherdik, menghalau dan memakan harta anak Yatim sudah dikira mendustakan agama.
Apabila kita mengusap kepala anak-anak Yatim. Setiap helaian rambut anak-anak Yatim tersebut dikira sebagai pahala. Islam memperlakukan anak Yatim dengan penuh rasa terhormat.
Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
Tetapi apa yg berlaku pada zaman kita pada hari ini. Anak-anak Yatim tidak diperdulikan mereka hidup merempat tanpa ada pembelaan.
Rasulullah juga bergaul baik kepada orang-orang miskin. Bila mana Nabi apabila mendapat makanan semangkuk sup kambing. Baginda akan memanggil jemaah-jemaah masjid yg kebanyakan dari golongan fakir miskin. Salah seorang darinya adalah Abu Hurairah r.ahu. Merupakan seorang sahabat yg byk meriwayatkan hadis dari Nabi s.a.w sendiri. Walaupun keluarga baginda sendiri berlapar tidak makan ttp Nabi menunjukkan tauladan yg baik pada umat supaya berlaku baik kepada fakir miskin. Kerana dengan berlaku baik kepada fakir miskin dapat mengiratkan silaturahim diantara golongan miskin dan kaya atau golongan miskin dengan pemerintah. Nabi juga tidak segan silu bergaul dan makan bersama-sama dengan fakir miskin yg dalam keadaan berkudis dan berbau. Betapa mulainya Akhlak Nabi Muhammad s.a.w.
Orang yg lalai dalam solatnya sebagai contoh tidak mengerjakan solat diawal waktunya. Dan solat pun kadang-kadang, itu pun ada sesetengahnya hanya mengerjakan solat seminggu sekali iaitu pada hari jumaat atau setahun sekali iaitu pada hari raya/korban. Begitulah sikap dari sesetengah umat islam yg mana Allah jelaskan didalam ayatNya org yg lalai dalam solatnya.
Orang yg riya dalam melakukan sesuatu amal ibadah yang mana melakukan sebagai menunjukan-menunjukan. Supaya dia dipandang orang. Orang yg sebegini maka sia-sialah amal ibadahnya kerana riya dan tidak ikhlas semata-mata kerana Allah. Sebagaimana peristiwa Habil dan Qabil. Yg mana Allah menerima dari hasil yg baik-baik. Sedangkan Allah suka kepada benda yg baik-baik. Sifat ikhlas hanya Allah s.w.t yg tahu.
Satu lagi sifat tercela iaitu org yg mendustakan agama adalah enggan mengeluarkan zakat yg mana mereka beranggapan zakat akan membawa kemiskinan. Tetapi sebenarnya zakat membersihkan harta yg kita miliki. Harta yg kita miliki bukanlah hak mutlak kita tetapi ada dalam harta tersebut ada hak orang lain.
p/s : semoga perkongsian ini mendapat manafaat kita bersama.
Last edited: