BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Orang ramai dipaksa derma

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KOTA BHARU- Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar golongan peminta sedekah di negeri ini yang menggunakan pendekatan secara paksa bagi mendapatkan sumber kewangan daripada penderma.

Beliau berkata, kehadiran golongan ini ada kalanya mengganggu ketenteraman awam serta urusan harian disebabkan tindakan mereka itu yang menggunakan cara kekerasan untuk mendapatkan wang.

“Memang ramai golongan ini sejak akhir-akhir terutamanya pada bulan Ramadan dan saya sendiri pernah berhadapan dengan mereka yang berasal dari luar antaranya dari Siam yang datang secara berkumpulan dan mengetuk pintu rumah saya dengan kuat seperti pengutip hutang.

“Sepatutnya golongan seumpama ini yang mempunyai kudrat boleh melakukan kerja lain yang lebih baik dari meminta sedekah, lagipun mereka mampu dan berupaya bukan seperti golongan miskin atau orang cacat,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan kepada 495 penerima yang terdiri daripada golongan Armalah (ibu tunggal), Kifalah (waris si mati) dan anak yatim di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa semalam.

Sumbangan di bawah Kerajaan Negeri, diberikan kepada golongan terbabit bagi meringankan beban golongan berkenaan sempena menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi.

Katanya, tindakan golongan terbabit yang menggunakan kekerasan perlu diberi pemantauan oleh pihak berkuasa agar golongan ini tidak melakukan tindakan seumpama itu kepada orang lain.

“Mereka ini nampak macam bukan orang miskin memang kerjanya minta sedekah, sepatutnya kita menderma kepada golongan yang tidak berkemampuan, orang tua dan cacat bukan kepada golongan ini.

“Ada sesetengahnya sanggup menipu untuk mendapatkan ihsan orang ramai kerana mereka hanya pentingkan wang dan tidak memikirkan soal halal dan haram.

“Penderma sendiri boleh nilai dan fikir jika mereka ingin menderma dengan melihat air muka peminta sedekah ini jika mereka berniat ikhlas sudah pasti terpancar pada wajah mereka, begitu juga sebaliknya,” katanya.
 
ade sorang tu mengaku dari afganistan
paksa sy untuk memberikan bantuan.
dia cakap, awak Islam kena bantu sy.
pastu sy cakap yang dia ni mencuba menipu sy dan menjual agama Islam demi wang.
badan nampak sihat dan kuat. nampak macam income dia lagi banyak dari sy.
 
kalau paksa bukan mintak sedekah namanya...
ini namanya 'pau' ... hehehe
 
td siang diorang dtg mintak derma kt kwsn umah aku..katanya utk anak2 yatim dan tahfiz..2x dtg tu..dari thailand gak.....
 
hehe,
sepatutnya nak minta derma kena ada kebenaran pihak berkuasa,
ini dari aku sekolah lagi dok kutip derma nak bina surau,
takkan dah berpuluh tahun surau itu tak siap2 lagi?

surau itu bukan kt Malaysia pulak,
nu kt thailand sana,
 
bila agama disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab
 
hehe,
sepatutnya nak minta derma kena ada kebenaran pihak berkuasa,
ini dari aku sekolah lagi dok kutip derma nak bina surau,
takkan dah berpuluh tahun surau itu tak siap2 lagi?

surau itu bukan kt Malaysia pulak,
nu kt thailand sana,

tipu je tu. selalu budak2 yg mintak derma kat bank tu aku gertak kata aku kerja kat JKM :D nak tangkap diaorg. Lari lintang pukang diaorg :D
 
First of all, bukan niat saya nak hina peminta sedekah. In fact sedekah tu memang baik. Tapi saya pernah ada pengalaman peminta sedekah menipu. Satu malam time saya dan wife makan kat luar, tetiba datang orang buta dan org yg memimpinnya minta sedekah sambil bagi tisu. Lepas 1 meja 1 meja diaorang gi. Then saya perhati sampai habis lagak diorang. Sehinggalah time diorang nak balik, si buta yg tadinye tak nampak tetiba boleh pulak simpan tongkat dia dan drive kereta proton wira yg diparking kat tempat terselindung! Adoi... Patut la kadang org kata sesetengah peminta sedekah ni lagi kaya dari org yg keje makan gaji. :(

P/S: Pernah gak terserempak dgn peminta sedekah pakai handphone canggih!
 
yang mintak sedekah dr afghanistan tu tido kt hotel mewah..pernah sekali dia mintak sedekah time azan..den soundla soh pegi surau..depan mata..harammm..terus pegi umah org lain..
 
Back
Top
Log in Register