BTC USD 83,716.1 Gold USD 4,117.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Orang Pertama..

salam, saya ada kemusykilan,

Nabi Muhammad org pertama masuk syurga, jadi nabi dan rasul yang wafat sebelum baginda ke mana?

harap ada yang boleh jelaskan, tq :)
 
salam, saya ada kemusykilan,

Nabi Muhammad org pertama masuk syurga, jadi nabi dan rasul yang wafat sebelum baginda ke mana?

harap ada yang boleh jelaskan, tq :)

sye xla arif sgt..cume nabi Muhammad mmg diberi pelbagai kelebihan berbanding nabi yg lain..contohnye nabi diangkat sebagai kekasih Allah...satu tmpt yg mulia di sisi Allah..Atau ini keratan yg sye amik dri satu artikel.Baca ye..:

ALLAH SWT menjelaskan bahawa orang yang akan memasuki syurga-Nya kelak adalah dalam keadaan berkumpulan. Ia dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (QS Az-Zumar: 73)

Ibn Kathir menjelaskan, setiap orang yang bertakwa akan menuju ke syurga bersama-sama dengan kelompok mereka seperti nabi bersama nabi, golongan syuhada bersama kumpulan syuhada, golongan ulama bersama kumpulan ulama, orang yang jujur bersama orang yang jujur dan begitulah seterusnya. Dalam erti kata lain, setiap orang dikumpulkan sesuai dengan kumpulan mereka.

Begitu pun, di kalangan kelompok manusia di atas, Rasulullah SAW adalah orang yang pertama sekali memasuki syurga. Hal ini dijelaskan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku mendatangi pintu syurga pada hari kiamat, lalu aku meminta dibuka. Penjaga berkata: Siapa engkau: Aku Muhammad. Penjaga berkata: Aku diperintahkan untuk tidak membukakannya untuk seorang pun sebelummu.” (HR Muslim)

Selepas Rasulullah SAW memasukinya, barulah kumpulan lain akan memasukinya mengikut pintu syurga yang ditentukan berdasarkan amalan mereka. Keadaan ini dijelaskan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barang sesiapa yang berinfak dengan emas dan perak daripada hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari mana-mana pintu syurga. Syurga itu ada beberapa pintu. Sesiapa yang rajin menunaikan solat, maka dia akan dipanggil dari pintu solat. Sesiapa yang rajin bersedekah, maka dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Sesiapa yang berjihad, akan dipanggil dari pintu jihad dan sesiapa yang berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan."
:):):):)
 
thanks TT....

info yg baik utk dikongsi bersama...
 
Back
Top
Log in Register