eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
ABU DHABI: Identiti lelaki yang sudah mati digunakan seorang penjenayah berusia 28 tahun untuk memperdaya sekurang-kurangnya 325 orang dalam penipuan satu pelaburan membabitkan Dh102 juta (RM90 juta), lapor sumber polis, semalam.
Suspek menggunakan identiti rakan kongsinya yang mati dibunuh pada Januari lalu bagi mendapatkan wang daripada semua mangsa terbabit.
Menurut sumber itu, kes pembunuhan rakan kongsinya masih dalam siasatan.
“Sekurang-kurangnya 325 orang ditipu membabitkan kerugian RM90 juta dalam penipuan pelaburan hartanah,” lapor Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Polis, Brigadier Omar Mohammad Al Muhairi dalam satu kenyataan.
Suspek yang tidak didedahkan identitinya itu sudah ditahan. Bagaimanapun, dia menafikan semua tuduhan dikenakan ke atasnya. Berikutan penahanan suspek, kira-kira 90 mangsa tampil membuat laporan diperdaya lelaki berkenaan. Tuntutan kerugian mencatatkan jumlah Dh255,000 (RM225,000) hingga Dh7 juta (RM6.2 juta).
Menurut Omar Mohammad, lebih ramai mangsa dijangka membuat laporan.
Penipuan itu terbongkar selepas seorang peguam yang ditugaskan suspek melakukan urusan perundangan diberikan cek palsu. Curiga dengan kegiatan penipuan yang dilakukan suspek, peguam terbabit membuat laporan polis.
Siasatan polis mendapati suspek mempunyai lima peratus saham dalam syarikat yang dimiliki seorang mangsa bunuh.
Ekoran kematian rakan kongsinya, suspek membeli saham daripada tiga lagi pemegang saham di syarikat berkenaan dan kemudian mengubah nama syarikat itu.
Syarikat hartanah yang beroperasi secara haram itu dilaporkan mempunyai baki kewangan hanya Dh900 (RM794) di bank. - Agensi