profesor
Active+ Member
- Messages
- 3,446
- Joined
- May 7, 2007
- Messages
- 3,446
- Reaction score
- 265
- Points
- 46
1. SAHABAT
Golongan yang pernah berjumpa Rasulullah s.a.w, beriman kepada kerasulannya dan meninggal dalam keadaan Islam. Jadi, sesiapa yang pernah berjumpa Rasulullah s.a.w tetapi menolak dakwah baginda tidak dikira sahabat. Orang beriman yang memeluk Islam pada zaman Nabi, tetapi tidak pernah berjumpa baginda juga tidak dianggap sahabat. Antara mereka, Abu Hurairah, Bilal, Muaz bin Jabal dan ramai lagi.
2. KHULAFA AL-RASYIDIN
Khulafa al-Rasyidin atau Khalifah al-Rasyidun ialah kerajaan Islam yang ditubuhkan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Khalifah ini terdiri daripada empat orang yang utama, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman Ali. Perlantikan mereka dibuat secara syura, iaitu perbincangan secara bersama di kalangan para sahabat.
3. TABIIN
Tabiin adalah genarasi selepas sahabat yang menerima ilmu pengetahuan dan hadis daripada sahabat. Mereka tidak pernah berjumpa Nabi s.a.w. Tetapi menjadi pengikut setia sahabat dalam setiap perkara. Antara mereka, Ibn Sirin, Mujahid bin Jabr, Iqrimah, Sa'id bin al-Musayyib dan ramai lagi.
4. TABI' TABIIN
Tabi' tabiin adalah generasi selepas tabiin yang menerima ilmu pengetahuan daripada tabiin. Antara yang paling masyhur, Imam empat mazhab iaitu, Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Hanbali.
5. SALAFUSSOLEH
Salafussoleh adalah tiga generasi terbaik yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w. Umat Islam akan selamat selagi mereka mengikut jejak langkah tiga generasi ini. mereka ialah, sahabat, tabiin dan tabi' tabiin.
6. KHALAF
Khalaf jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud terkemudian. Tetapi dari segi istilah syarak, golongan ulama yang hidup selepas tiga kurun pertama hijrah. Kebanyakan yang hidup pada zaman ini dan selepasnya sudah mula lemah dalam memahami agama. Oleh itu, mereka terdedah kepada banyak kesilapan. Jadi, untuk selamat, umat Islam perlu merujuk kepada ulama salaf dalam setiap perkara agar Mereka tidak tersesat. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat ramai di kalangan mereka yang pakar dalam ilmu agama.
7. KHAWARIJ
Dari segi bahasa bermaksud, keluar. Istilah ini merujuk kepada satu puak yang muncul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Nama mereka diambil sempena perbuatan mereka yang keluar daripada agama dan memberontak kepimpinan Ali bin Abu Talib. Ini kerana, Ali bersetuju untuk berdamai dengan Muawiyah. Antara prisip mereka yang paling masyhur ialah mudah mengkafirkan umat Islam yang berbeza dengan mereka. Antara orang yang mereka kafirkan termasuk Ali sendiri dan juga Muawiyah.
8. SYIAH
Syiah dalam bahasa Arab bermaksud pembela dan pengikut seseorang. Ia juga bermaksud setiap kaum yang bersatu dalam suatu perkara. Dari segi syarak pula, ia bermaksud mereka yang mengasihi Ali bin Abu Talib dan seluruh keturunannya. Mereka menganggap Ali lebih afdal daripada seluruh para sahabat. Hanya beliau dan anak cucunya sahaja yang layak memegang tampuk pemerintahan. Kelompok ini terpecah kepada lima puak, iaitu Kaisaniyyah, Imamiyyah (Rafidhah), Zaidiyyah, Ghulat dan Ismailiyyah.
9. MURJIAH
Murjiah berasal daripada perkataan irja yang bermaksud memberi tempoh (tangguh) atau memberi harapan. Dari segi istilah pula, golongan yang berkeyakinan bahawa iman itu hanya berbentuk ucapan dan tahap keimanan manusia, malaikat dan para nabi sama sahaja. Menurut mereka, iman tidak bertambah atau berkurangan. Sesiapa yang mengakui keimanannya dengan lidah tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab agama seperti solat, puasa, menutup aurat dan sebagainya tetap dianggap mukmin (beriman) di sisi mereka.
10. JAHMIYAH
Mereka adalah pengikut Jahm bin Sofwan yang merupakan seorang penduduk Tirmiz, Khurasan. Mereka berkeyakinan bahawa al-Quran itu mahluk, ALLAH tidak pernah berbicara dengan Nabi Musa a.s dan tidak berada di atas Arasy.
11. QADARIYYAH
Golongan ini menganggap ALLAH tidak mengetahui sesuatu perkara selagi ia belum berlaku. ALLAH hanya mengetahuinya setelah ia berlaku. Dan ALLAH juga tidak ada kaitan dengan sesuatu yang belaku serta bukan takdir dan kehendaknya. Mereka digelar dengan nama itu kerana mengingkari qadha dan qadar.
12. MUNAFIK
Dari segi bahasa bermaksud menzahirkan sesuatu yang berlawanan dengan apa yang ada di dalam. Dari segi istilah, ia merujuk kepada golongan yang menzahirkan Islam dan menyembunyikan kekafiran.
13. KAFIR
Dari segi bahasa Arab bermaksud menutup atau menyembunyikan sesuatu. Secara umumnya ia bermaksud, tidak beriman bahawa hanya ALLAHlah satu-satunya TUHAN yang wajib disembah dan tidak mengakui Nabi Muhammad sebagai rasul yang terakhir.
14. MUSLIM / MUSLIMAH
Muslim atau Muslimah bermaksud orang yang beragama Islam, iaitu yang tunduk dan patuh dalam melakukan semua perintah ALLAH. Untuk menjadi orang Islam yang sempurna, seseorang perlu melaksanakan kesemua rukun Islam yang lima, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, mengeluarkan zakat dan melakukan ibadah haji.
15. MUKMIN/ MUKMINAH
Orang yang beriman atau percaya dan membenarkan. Dari segi takrifan ulama, ia bermaksud orang yang membenarkan dengan bersungguh-sungguh setiap yang datang daripada ALLAH dan Rasul-NYA serta mematuhi segala perintah ALLAH dan Rasul-NYA dengan sebenar-benarnya.
16. AHLI KITAB
Orang yang beragama Yahudi dan Kristian. Mereka dipanggil ahli kitab kerana memiliki kitab suci, iaitu Taurat dan Injil. Agama yang mereka anuti juga dipanggil agama samawi. Mereka diberi nama khusus oleh ALLAH dan tidak sama dengan kafir musyrik kerana pada asalnya, agama mereka itu datang daripada ALLAH. Cuma ia telah diselewengkan selepas Nabi mereka wafat.
bersambung