Tirai Niaga
Fun Poster
- Messages
- 485
- Joined
- Aug 29, 2008
- Messages
- 485
- Reaction score
- 6
- Points
- 15
SHAH ALAM: Dalam Ops Warta 1 dari esok hingga 10 Oktober, Polis Selangor akan memburu 38,597 pesalah trafik tegar yang masih enggan menjelaskan saman atau kompaun.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supt. Che Hussin Omar berkata, seramai 500 anggota polis dari 12 daerah di Selangor akan dikerahkan dalam operasi tersebut.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau berkata pihaknya telah mendapatkan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi mendapatkan alamat terkini mereka yang terbabit. Che Hussin juga berkata pesalah trafik berkenaan kini hanya boleh menyelesaikan kompaun atau saman yang kini berjumlah RM11.5 juta dengan pergi ke mahkamah.
Beliau berkata dalam tempoh Januari hingga Ogos, sejumlah 453,280 saman trafik telah dikeluarkan oleh pihak polis di Selangor, dan 279,712 daripadanya belum berbayar. - Bernama
Ops Warta 1: 47 waran tangkap dikeluarkan
KUALA LUMPUR: Polis Trafik Selangor mengeluarkan 47 waran tangkap kepada pesalah trafik kerana gagal menyelesaikan saman trafik mereka, dalam Ops Warta 1 hari ini.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor Supt Che Hussin Omar berkata operasi bermula pada pukul 11 pagi tadi dan setakat pukul 3.30 petang, polis sudah mengeluarkan 47 waran tangkap.
“Mereka ditahan di rumah mereka, manakala 150 notis ditampal di pintu, bagi pesalah yang tiada di rumah,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata hanya kesalahan trafik bagi Notis POL 257 sahaja dikeluarkan waran tangkap.
“Bagi Notis POL 257 ini pesalah dikehendaki menurunkan tandatangan pada surat saman dan kesalahan trafik yang dilakukan termasuklah menunggang motosikal tanpa memiliki lesen memandu, tidak mempunyai cukai jalan dan melanggar lampu isyarat,” katanya. - Bernama
-----------------------
Saman korang dh bayar ke blom ?
Check Saman Anda Di -->>
http://www.rilek.com.my/pdrm/IPC/PDRM_SummonsInq.jsphttp://www.rilek.com.my/pdrm/IPC/PDRM_SummonsInq.jsphttp://www.rilek.com.my/pdrm/IPC/PDRM_SummonsInq.jsp
http://portal.jpj.gov.my/v5/index.php/ms/Semakan-Senarai-Hitam.html
:-w :-w :-w

Last edited: