BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Sikap: Kadar kematian menurun

am kurizawa

Active+ Member
Messages
2,708
Joined
Jul 4, 2009
Messages
2,708
Reaction score
15
Points
25
ne_09.1.jpg

SALLEH menggunakan kamera pengesan had laju sambil diperhatikan Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa (kiri) ketika meninjau Ops Sikap ke-25 di Marang semalam.

MARANG – Jumlah kematian yang dicatatkan dalam tempoh seminggu Ops Sikap ke-25 yang dilancarkan sempena Tahun Baru Cina menyaksikan penurunan ketara dengan 84 kematian direkodkan berbanding 87 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid berkata, penurunan itu menunjukkan pendekatan menerusi penguatkuasaan yang dilakukan sepanjang operasi tahun ini menampakkan kesan positif.

Bagaimanapun katanya, jumlah saman yang dikeluarkan di seluruh negara telah meningkat hampir 40 peratus.

“Selepas tujuh hari Ops Sikap dilancarkan, polis mengeluarkan 134,620 saman berbanding 82,321 saman tahun lalu,” katanya selepas meninjau Ops Sikap ke-25 di Jalan Kuala Terengganu-Kemaman berdekatan Pantai Kelulut di sini semalam.-Kosmo
 
Back
Top
Log in Register