BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Patuh Putrajaya

tilambujang

Active Member
Messages
1,057
Joined
Sep 14, 2008
Messages
1,057
Reaction score
216
Points
43
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia,

Untuk makluman semua, JPJ dengan kerjasama semua Agensi Penguatkuasa iaitu PDRM, RELA dan PPJ akan melaksanakan penguatkuasaan bersepadu "OPS PATUH PUTRAJAYA" di seluruh Putrajaya dan Cyberjaya dalam masa terdekat ini.

Operasi penguatkuasaan ini melibatkan aktiviti sekatan jalan raya, penyamaran dan sebagainya. Semua jenis kesalahan akan diambil tindakan terutama yang melibatkan kesalahan meletak kenderaan, 7 jenis kesalahan yang menyebabkan kemalangan dan 2 jenis kesalahan yang menyebabkan kematian.

Berikut adalah hebahan penguatkuasaan bersepadu tersebut untuk makluman.

OPS PATUH PUTRAJAYA!

Dalam menjadikan "Putrajaya - Bandaraya Contoh", penguatkuasaan bersepadu oleh JPJ, PPj, PDRM dan RELA akan dilaksanakan di seluruh Putrajaya dan Cyberjaya dalam masa terdekat ini.

Sewaktu penguatkuasaan bersepadu dilaksanakan:

Kenderaan boleh disita kerana kesalahan meletak kenderaan, tiada lesen kereta motor, memandu tanpa lesen dan pemandu di bawah umur.
Saman akan dikeluarkan terhadap 7 jenis kesalahan yang menyebabkan kemalangan dan 2 jenis kesalahan yang menyebabkan kematian:-

7 jenis kesalahan yang menyebabkan kemalangan:

i. Memotong barisan
ii. Memotong di garisan kembar
iii. Tidak mematuhi lampu isyarat merah
iv. Menggunakan lorong kecemasan
v. Memandu secara bahaya (guna telefon bimbit semasa memandu tanpa alat bebas tangan)
vi. Cermin gelap
vii. Lain-lain kesalahan

2 jenis kesalahan yang menyebabkan kematian:-
i. Tidak memakai topi keledar
ii. Tidak memakai tali pinggang keledar

Oleh itu, semua warga Putrajaya dan Cyberjaya diseru untuk mematuhi peraturan lalulintas bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil.


Sekian, terima kasih.

Unit Perhubungan Awam
Bahagian Pengurusan Hartanah




malam ni je 4 roadblok,aku dh kena surat gi puspakom sbb cermin gelap,,,
 
berhati-hati dijalan raya dan ditepi jalan raya
 
Adusssss.... aku dah ler keja kat Cyberjaya... selalu lak wat u- turn kat trapik light....
 
moto plak skrg kena ikut lorong moto berkuatkuasa 1 april.. ades
 
Back
Top
Log in Register