Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli (dua, kanan) melihat pegawai penguatkuasa mengendalikan dron bagi memantau keadaan lalu lintas pada Majlis Singgah Sahur di Stesen Penguatkuasa Labok awal pagi tadi.
Turut hadir, Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan (kanan).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggunakan dron spesifikasi tinggi bagi memantau perjalanan pengguna jalan raya di Kelantan sempena Ops Aidilfitri tahun ini.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata penggunaan dron itu bertujuan mengesan pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan trafik, yang seterusnya boleh dikenakan tindakan melalui Notis 114 (notis panggilan temu siasat).
Beliau berkata buat masa ini penggunaan dron spesifikasi tinggi itu dilaksanakan di Kelantan terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke negeri lain.
“Kami akan menggunakan dron ini bermula 13 Mac bagi memantau perjalanan orang awam pulang ke kampung dan mana-mana pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan bersesuaian melalui pemantauan dron ini,” katanya selepas Majlis Pelancaran Aplikasi JPJvBID dan Program Singgah Sahur di Stesen Penguatkuasaan Labok di sini awal pagi ini.
Aedy Fadly berkata dron berkenaan mampu merakam dan menyimpan video serta gambar dari jarak jauh bagi mengesan individu yang melakukan kesalahan trafik.
Beliau berkata anggota JPJ yang mengendalikan dron itu telah menjalani latihan dan memiliki lesen sah untuk mengoperasikan peralatan berkenaan.
Aedy Fadly bagaimanapun berkata JPJ masih belum boleh mengeluarkan saman secara terus melalui penggunaan dron kerana pindaan Rang Undang-Undang berkaitan saman elektronik masih belum dimuktamadkan.
“Sebaliknya, pesalah yang dikesan melalui rakaman dron akan dipanggil melalui Notis 114 dan bukti kesalahan akan ditunjukkan kepada mereka.
“Jika pesalah tidak hadir sesi temu siasat, pihak kami boleh mengeluarkan saman,” katanya.
Ops Aidilfitri: JPJ Guna Dron Spesifikasi Tinggi, Pantau Kesalahan Jalan Raya
JPJ, dron, aplikasi, lelongan, Aedy Fadly Ramli