BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Operasi Meroboh 119 Premis Di Kampung Chubadak Tambahan Lancar - Polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Operasi Meroboh 119 Premis Di Kampung Chubadak Tambahan Lancar - Polis​

5d141bcf21a1a5096e2e7ae929f4519d6898834b0c9f4


Operasi perobohan 119 premis di Kampung Chubadak Tambahan, Setapak di sini hari ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Basri Sagoni berkata operasi meroboh dilakukan di bawah pemantauan berterusan pihak berkuasa dan tiada kehadiran badan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mencetuskan sebarang gangguan.

Beliau berkata hingga 2 petang tadi, keseluruhan 119 premis dirobohkan melibatkan zon operasi.

“Pihak polis menegaskan segala proses pengosongan tapak ini dilaksanakan secara telus dan teratur mengikut prosedur sedia ada.

“Polis juga akan terus komited memastikan keselamatan awam, ketenteraman dan kelancaran setiap operasi penguatkuasaan demi kepentingan semua pihak,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Ops Roboh Fasa 1 dilaksanakan pada 14 Jan lepas melibatkan 69 rumah.

Pada 16 Julai, pihak mahkamah telah menyerahkan notis pengosongan kepada pemilik premis untuk mengosongkan kawasan terbabit bermula 16 Julai hingga hari ini.

 
Back
Top
Log in Register