BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OPERASI KHAS SELAMAT.........kan SABAH.....

jamtulenmurah

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,458
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,729
Points
316
Ops Selamat

DSC00824.jpg





US_Navy_080714-N-0096V-014_The_amphibious_dock_landing_ship_USS_Tortuga_(LSD_46)_leads_the_way_as_the_guided-missile_frigate_USS_Jarrett_(FFG_33),_the_Royal_Malaysian_Navy_ships_KD_Laksamana_Tun_Abdul_Jamil_(F_135)_and_KD_Lekir.jpg

Pada December 1987, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, telah terbang ke Manila untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke3 pada 14-15 Dis 87. Kehadiran beliau di Filipina telah menempah sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama menjejak kaki ke negara tersebut semenjak tertubuhnya negara Malaysia. Ketiadaan lawatan rasmi PM ke negara tersebut sebelum ini disebabkan tuntutan mereka terhadap Sabah yang masih belum menemui penghujungnya.

Ketika itu, keadaan politik di Filipina tidak stabil. Pergolakan ini boleh mengancam keselamatan para delegasi. Namun demikian, ketua-ketua negara ASEAN nekad menghadiri sidang tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap kerajaan kepimpinan Presiden Corazon Aquino.

Justeru, bagi mengelakkan sebarang kemungkinan 'Ops Selamat' dilancarkan yang misinya ialah untuk menyelamat PM & delegasi Malaysia sekiranya keadaan memaksa.Salah seorang yang terlibat secara langsung ialah Brig Jen Dato' Ibrahim Bin Hashim TUDM (klik di sini), ketika itu berpangkat Mejar. Beliau telah sudi untuk kongsi bersama pengalamannya berikut....

Pada 15 Nov 1987, Panglima MABANUD telah mengarah saya untuk berjumpa beliau dengan segera di pejabatnya. Pada ketika itu, saya adalah Ketua Flait Operasi No 3 Skn, TUDM Butterworth. Pada hari tersebut juga, sebuah pesawat Cessna telah dihantar dari Kuala Lumpur untuk mengambil saya di TUDM Butterworth. Tepat pada jam 1430, saya telah berada di pejabat Panglima dan beliau memberi satu arahan yang belum pernah saya lakukan. Beliau mengarahkan saya membuat persediaan untuk mengendalikan OPERASI SELAMAT iaitu, satu Operasi menyelamat Perdana Menteri ketika Persidangan Kemuncak ASEAN yang akan diadakan di Manila, Filipina.

Beliau telah memberi kelulusan untuk saya membuat latihan penerbangan yang tidak mengikut SOP semasa, termasuk latihan terbang malam mendarat di atas bangunan dan navigasi malam aras rendah. Ini merupakan satu cabaran yang besar dan belum pernah dibuat sebelum ini dan pesawat helikopter Nuri tidak mempunyai kelengkapan secukupnya. Panglima turut mengarahkan supaya Operasi ini di rahsiakan dan tidak siapa patut mengetahuinya sehingga hari sebenar. Pada petang tersebut juga saya dihantar pulang ke Butterworth dengan pesawat Cessna.

Saya terus membuat perancangan rapi tanpa memaklumkan kepada anggota Skuadron kecuali kepada Kapt (U) Hoong yang juga pembantu saya dan kapten pesawat untuk operasi ini. Pada 16 Nov 1987, satu latihan khas telah diatur dengan TLDM dimana helikopter Nuri menjalankan latihan mendarat waktu siang dan malam di atas KD Mustyari di Lumut. Pada 19 Nov 87, latihan jarak jauh aras rendah diadakan dari Butterworth ke KL pada waktu siang dan kembali ke Butterworth pada waktu malam.

Pada 21 Nov 87, latihan penerbangan mendarat di atas bangunan KOMTAR Pulau Pinang di lakukan pada waktu siang dan malam. Anak kapal yang terlibat ialah Lt Kol Harun, saya sendiri, Kapt Sofian, F/Sgt Damanhuri dan Sgt Koey. Pengalaman mendarat di atas KOMTAR pada waktu malam amat mencabar sekali dan semua lampu di atas dek terpaksa ditutup bagi memudahkan pendaratan. Latihan ini amat perlu memandangkan situasi yang sama mungkin akan berlaku dalam Ops SELAMAT.

Selain dari latihan penerbangan khas, persiapan detasmen yang rapi juga dibuat bagi memastikan Operasi ini berjalan dengan lancar, termasuk alat-alat ganti pesawat yang mencukupi. Anggota Pasukan Khas TUDM juga diarah membuat persiapan rapi bagi tugas menyelamat orang kenamaan. Pada ketika ini, semua anak kapal tidak mengetahui mengapa latihan intensif dan persiapan rapi dibuat kerana tiada arahan bertulis dikeluarkan oleh pihak atasan. Saya hanya mengeluarkan arahan lisan untuk detasmen selama dua minggu.

Pada keseluruhannya, detasmen helikopter untuk Operasi SELAMAT melibatkan dua buah Nuri dan dua buah Allouette dari No 3 Skn dan No 10 Skn di atas empat buah kapal TLDM. Fleet helikopter diletak dibawah perintah Lt Kol Mustapha, Ketua No 10 Skn, dan saya sebagai Komander kanan helikopter Nuri. Krew Nuri yang lain ialah Kapt Sofian, Kapt Sabri, Kapt Rosdi dan Kapt Hoong, manakala helikopter Alouette ialah Mej Razak Othman dan Kapt Wan Baharuddin.

Saya juga dibantu oleh AQM PW Muthu, PW Charles, Sgt Koey dan Sgt Pong. Setelah menjalani beberapa hari latihan intensif, semua helikopter telah terbang ke TLDM Lumut pada 28 Nov 87 dan terus membuat latihan bersama dengan kapal TLDM siang dan malam. Peralatan tambahan dan alat ganti pesawat juga telah dimuatkan ke dalam kapal TLDM untuk tugas selama dua minggu.


Pada 03 Dec 87, keempat-empat kapal TLDM mula belayar ke destinasi bersama 4 buah helikopter. Helikopter Nuri saya di tempatkan di atas kapal KD Mahawangsa. Flotilla ini telah singgah di Pangkalan TLDM Labuan untuk menambah bekalan makanan dan lojistik lain. Selain dari pesawat helikopter yang akan terlibat dalam Operasi ini, Pasukan Khas ATM yang terdiri dari Komando Tentera Darat, Komando Tentera Laut dan juga Komando Tentera Udara juga terlibat secara langsung dan mereka dilengkapi dengan peralatan khusus untuk menyelamat orang kenamaan.

Pelayaran diteruskan ke destinasi yang mengambil masa beberapa hari dan semua anggota yang terlibat meneruskan latihan di atas kapal bagi menghadapi tugas yang mencabar ini. Pihak TLDM juga mengadakan sesi sembahyang hajat di atas kapal memohon agar Operasi ini menempah kejayaan tanpa sebarang rintangan dan dijauhi dari pertumpahan darah atau kemalangan.


mahawangsa1.jpg
Nuri atas KD MAHAWANGSA (gambar hiasan)


Pada 10 Dec 87, flotilla telah tiba ke destinasi, Teluk Manila, dan kapal TLDM hanya berada lebih kurang 3 batu dari Pelabuhan Manila. Pada 11 Dec 87, saya telah terbang dari KD Mahawangsa ke Pangkalan Udara Filipina di Manila untuk membuat perbincangan dengan pihak Tentera Udara Filipina tentang operasi yang akan dijalankan dan membuat taklimat keseluruhannya.

Satu latihan terbang malam telah dimohon dan pihak Tentera Udara Filipina memberi kelulusan. Pada malam 12 Dec 87, saya telah mulakan penerbangan tersebut menuju ke Clarke Air Base seperti yang dirancang tetapi terpaksa berpatah balik sejurus tiba di Clarke Air Base kerana dua buah pesawat pejuang Tentera Udara Amerika Syarikat telah scramble kerana mereka tidak mendapat makluman pesawat saya dan menganggapkan saya sebagai penceroboh.

Ini merupakan kegagalan pihak Tentera Udara Filipina tidak memaklumkan Flight Plan yang telah saya majukan.

Setibanya saya ke Teluk Manila, saya mendapati banyak kapal-kapal yang berlabuh dan amat sukar untuk mengenali KD Mahawangsa kerana Nuri tidak dilengkapi dengan peralatan navigasi yang canggih seperti yang ada sekarang ini. Dengan kecekapan pegawai Navigasi TLDM, mereka telah berjaya membuat 'talk down' saya terus ke KD Mahawangsa.

Penerbangan ini merupakan satu pengalaman ngeri bagi saya kerana helikopter saya telah diancam dan jika saya lambat membuat keputusan, kemungkinan pesawat pejuang tersebut melepaskan tembakan terhadap saya. Perasaan ketakutan ini tidak saya kongsi bersama anggota lain kerana ditakuti akan melemahkan semangat mereka.

Pada hari-hari seterusnya, kami semua membuat persediaan ketibaan orang kenamaan di Bandaraya Manila. Adalah difahamkan juga Tentera Indonesia dan Tentera Singapura membuat Operasi yang sama. Pada awalnya, pihak Tentera Brunei ingin mendapat bantuan daripada Malaysia tetapi mengubah fikiran, kemungkinan mereka mempunyai alasan yang lain.

Pada masa yang sama, sebuah pesawat C130 juga bersiap sedia di Labuan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Pada malam 15 Dec 87, satu bom telah meletup berhampiran pejabat kedutaan Malaysia di Manila, maka semua krew helikopter telah bersiap sedia untuk terbang tetapi pejabat kedutaan melaporkan keadaan terkawal dan tidak memerlukan bantuan.

Tiba hari sebenar, 16 Dec 87, pesawat VVIP membawa orang kenamaan telah memasuki ruang udara Manila dan pada ketika itu, dua buah Nuri dan dua buah Alouette terbang dari kapal masing masing untuk mengiringi pesawat VVIP mendarat di Lapangan Terbang Manila. Kami turut membuat pengawasan di udara dan seterusnya mengiringi konvoi kenderaan dari lapangan terbang ke pusat bandar Manila.

Keadaan kawalan keselamatan amat ketat dimana sepanjang perjalanan kenderaan, laluan telah ditutup dan dikawal oleh Tentera Filipina. Alhamdulilah, semua berjalan dengan lancar walaupun pihak perisikan Filipina meramalkan kekecohan mungkin akan berlaku kerana situasi politk yang amat genting pada ketika itu.

Kami juga telah mengenal pasti bangunan untuk mendarat jika perlu untuk menyelamat orang kenamaan yang diberi kata samaran “Hang Tuah”. Setelah semua berjalan dengan baik, saya telah mengarahkan semua helikopter pulang ke kapal masing-masing dan berada dalam keadaan siap sedia. Persidangan Ketua Ketua ASEAN telah berjaya diadakan tanpa kekacauan dan pada 17 Dec 87, semua orang kenamaan telah selamat meninggalkan Manila dan Operasi Selamat telah tamat dan bersiap sedia kembali ke Malaysia.


Dalam pelayaran balik ke Labuan, flotilla kami telah diancam oleh taufan dan keadaan laut amat bergelora. Kapal KD Lekir yang membawa helikopter Alouette telah menghadapi kecemasan dengan ombak besar dan pihak Operasi Tentera Laut di Kuala Lumpur telah memberi kelulusan untuk menolak keluar helikopter Alouette jika melibatkan keselamatan KD Lekir.

Walau bagaimanapun, keadaan beransur pulih dan anak kapal KD Lekir cekap mengendalikan kapal dan dapat menyelamatkan helikopter tersebut. Pada 19 Dec 87, semua kapal kapal telah selamat tiba di Pangkalan TLDM Labuan.


Sebagai rumusan, Operasi Selamat telah dilaksanakan dengan jayanya tanpa kekecohan walau pun pada awalnya kerajaan Filipina meramalkan ada pihak yang ingin membuat pemberontakan besar-besaran. Kemungkinan dengan kehadiran ramai tentera asing dan perancangan yang rapi, tidak memberi ruang untuk mereka melakukan keganasan.

Kerjasama yang erat dikalangan ATM di semua peringkat memudahkan lagi perlaksanaan walaupun tugas yang diberikan ini amat berat. Keberanian pihak pengurusan TUDM membenarkan anak kapal melaksanakan tugas penerbangan diluar SOP menampilkan kepercayaan terhadap kebolehan krew helikopter.


alouette.JPG


s-61a4-nuri_tudm_0001.jpg


KD+Musytari.jpg


KD+Mahawangsa.jpeg


kdlekirf26lima2009kazuy.jpg



SUMBER



388172_507638639268623_975252424_n.png

THE STRAITS TIMES HEADLINE: MALAYSIAN NAVY ON ROUND THE CLOCK ALERT FOLLOWING PHILIPPINE AIR FORCE 'BUZZING' SABAH AT THE HEIGHT OF OPERATION MERDEKA IN 1968, THE FIRST PHYSICAL ATTEMPT OF THE REPUBLIC TO RE-TAKE SABAH FROM MALAYSIA CONTROL

THAT WAS MALAYSIA NEWS HEADLINE WHEN MALAYSIA FEARED PH... Height of Operation Merdeka 45 years ago when PH had the military arsenal that would scare the living daylight out of Peninsular Malaysians...

BACK THEN, WE WERE CONFIDENT, WE WERE BRAVE, WE DID NOT HIDE FROM OUR "ENEMIES"!!!
FROM The Straits Times, 9 November 1968: PENANG. Friday THE Royal Malaysian Navy has been on round-the-clock alert since Tuesday, when the K. D. Negri Sembilan was buzzed by two Philippines Air Force jet-fighters between Tawau and Sandakan. The Chief of Naval Staff, Commodore K. Thanabalasingam,...

Today, tayo na ang takot. Fortunately, our Tausug brothers from Sulu are not [takot]. They go and reclaim Sabah without an iota of help from Imperial Manila.

Our officials, meanwhile, are joining the KKK clu (Kainan, Kantahan, Kodakan), thinking, taking their sweet time to decide if they should even invoke Philippine Sovereignty rights over Sabah while our Tausug brothers in the Sabah stand-off don't know if they will live or die in defence of a principle on behalf of Inang Bayan...

Are we surprised today that they have become desperate? Fifty years is a long wait.

Naknampucha naman!


 
Last edited:
xyah dengar..
dari kecik aku tau..
arwah bapak aku terlibat..
aku stay labuan dari 1985 sampai 1989..
so operasi sulit yg mula dari labuan aku byk tau..
buku log operasi bapak aku pun ada lagi..
dan kenapa 1989 bapak aku kena transfer semenanjung, psl kt semenanjung kita nak perang..
dari 1985 bapak aku standby utk pulau layang2..
dan dlm blog tu ada gambar bapak aku..



Ops Rahsia ATM...........

Sapa ada kisahnye boleh share....
biggrin.gif
biggrin.gif
biggrin.gif
 
bnyak operasi sulit atm ye?
 
info baru ni ...
 
Back
Top
Log in Register