BTC USD 80,324.3 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

open war by indon.

Anggota 3 RAMD yang terkorban ialah;

1. Mejar Zainol Abidin
2. Las Koperal Abdullah
3. Prebet Abdul Aziz
4. Prebet Ismail
5. Prebet Mohamad Zain
6. Prebet Ismail
7. Prebet Yusof
8. Prebet Shamsuddin

Anggota 3 RAMD yang tercedera ialah;

1. Pegawai Waran Dua Awaluddin
2. Sarjan Ab. Aziz
3. Las Koperal Osman
4. Las Koperal Isa
5. Prebet Che Amat
6. Prebet Abdul Ghani
7. Prebet Shukri
8. Prebet Mohamed Nafiah
9. Prebet Mohamad Nor
10.Prebet Yaacob
11. Prebet Mohamad Arfah
12. Prebet Ariffin
13. Prebet Abdul Wahab
14. Prebet Yahya
15. Prebet Mat Sa'at
16. Prebet Ab. Karim
17. Prebet Bidin
18. Prebet Mat Saad
 
Mengikut Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin, beliau menahan Sulaiman yang datang pada lebih kurang pukul 8.00 pagi itu. Saya mendapati tiga kelongsong peluru terselit di pinggangnya, ketika memeriksa laras senjatanya, saya mendapati laras senjara tersebut masih berbau serta ada kesan yang menunjukkan senjata tersebut telah digunakan. Sulaiman diserahkan kepada pihak Polis Kalabakan.

Sebelum itu, saya telahpun menahan seorang lelaki yang saya jumpai berjalan di hadapan pejabat Burma Timber Company pada pukul 4.oo pagi itu. Sebuah helikopter tiba ke tempat kejadian pada pukul 11.00 pagi dan 30 Disember bagi mengeluarkan anggota yang tercedera dan terkorban. Anggota tercedera diterbangkan ke Hospital Tawau, manakala yang terkorban diterbangkan pula dari Tawau ke Labuan dengan Pesawat Dakota. Pesawat Dakota sampai ke Labuan pada waktu malam. Penduduk tempatan di labuan telah membantu memandi dan menyempurnakan jenazah sebelum jenazah diterbangkan balik ke Semenangjung keesokan paginya. Ketibaan jenazah di Lapangan Terbang sungai Besi disambut oleh para Menteri Kabinet dan Pegawai tinggi Tentera juga para pembesar negara. Dari Kuala Lumpur jenazah dibawa pula ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.

Pasukan 1/10 Gurkha pimpinan Lieutenant Colonel Burnett dikejarkan ke Kalabakan bagi membantu 3 RAMD membuat penggeledahan Kalabakan. Berikutan itu, pada 12 Januari 1964, seramai 22 orang Tentera Indonesia berjaya dibunuh disamping banyak yang telah ditangkap. Batalion ini berjaya menangkap 3 orang anggota TNI. Walaupun bilangan yang ditawan itu agak kecil jumlahnya, tetapi ia telah membantu pasukan dalam operasi selepas itu. Beberapa kawasan di Tawau telah diisytiharkan sebagai kawasan terhad bagi memudahkan operasi pasukan keselamatan. Pada 27 Januari, satu kumpulan ronda dari Kompeni B di bawah pimpinan Leftenan Muda Ishar bin Sham (12221) menjumpai satu perkhemahan anggota TNI dan pertempuran berlaku. Seorang anggota TNI berjaya dibunuh, dua pucuk senapang, 12 butir bom tangan dan sejumlah peluru berjaya dijumpai.

Platun 6 di bawah pimpinan Leftenan Muda Abdul Aziz bin Shaari (12178) ketika membuat serang hendap di Merotai Estet pada 28 Januari berjaya membunuh tiga orang anggota TNI, selepas mengalami satu pertempuran sengit dengan mereka. Sehingga 10 Februari, seramai 29 anggota TNI berjaya dibunuh, 33 ditawan, manakala 22 menyerah diri. Selain itu, operasi di Pulau Sebatik terus dilakukan. Pada 25 Januari, Presiden Soekarnao bersetuju mengisytiharkan gencatan senjata. Walau bagaimanapun, anggota pasukan Keselamatan diperingatkan agar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pemberhentian pertempuran telah dipersetujui di majlis perdamaian yang diadakan di Bangkok antara Malaysia dan Indonesia. Ketika operasi Malaysia secara haram.

Oleh kerana kegagalan persidangan damai di Bangkok, keadaan menjadi tegang semula dan perhatian penuh mula ditumpukan semula di perbatasan. Penyusupan dan tembakan anggota TNI di Pulau Sebatik menyebabkan Kompeni A dihantar membantu Kompeni C di situ. Kampung Sungai limau merupakan salah satu tempat yang menjadi pusat pergerakan anggota TNI. Pada 19 April seorang anggota TNI berjaya dibunuh oleh satu seksyen yang membuat serang hendap. Penyusup telah cuba menawan kedudukan satu platun yang ditugaskan di situ pada 20 April, tetapi gagal kerana platun terlibat telah membuat pertahananyang teguh di kedudukan mereka.
 
Batalion kemudiannya kembali semula ke Alor Setar selepas lebih kurang lima bulan berkhidmat di Sabah. Sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang batalion ketika konfrontasi dua warga 3 RAMD, Pegawai Waran Dua Awaludin dan Prebet Mohamed Nafiah dikurniakan kepujian Perutusan Keberanian (KPK) sepanjang penglibatannya dalam era konftontasi, 3 RAMD, beroperasi dua kali di Tawau dan sekali di Sibu. Seramai lapan warganya terkorban, manakala 18 mengalami kecederaan. Dalam operasi bersama 1/10 Gurkha dan Trup 2 Peninjau sekitar Tawau, seramai 29 TNI berjaya dibunuh, 33 orang ditawan, manakala 22 lagi menyerah diri.

(Petikan dari : Penglibatan RAMD dalam Era Konfrontasi, diedit semula oleh Salmah Fazul Rahman)
http://www.sabah.org.my/bm/daerah/daerah/twu/tawau/peristiwa_kalabakan2.htm
14/3/2003
 
daripada nak ajak berperang ngan malaysia, baik suruh diorang kerahkan 'bala tentera' diorang pergi Padang bantu mangsa gempa bumi kat sana.
ada la paedah dari memekik kat tepi jalan... suruh signup nak jadi gerila indonesia konon...
ini tidak, skit2 menyusahkan negara luar nak hantar bantuan paramedikla, kewanganla, itula, inila... itupun tak berterima kasih....
kita jugak yg baik ati nak tolong diorang... itupun bising2...

Gua sokong! Peace no War!
 
kata sorang wali...indonesia masih tak sedar diri lagi walaupun sudah diberi peringatan melalui bencana yang melanda...

dekat sana berleluasa judi sabung ayam,pelacuran,perjudian,syirik dll...

mereka mahu bercakaran disebabkan perkara remeh temeh...balik pada zaman jahilliah...disebabkan itu satrio peninggit yang ditunggu takkan muncul di negara kamu...

nak maju bukan sibukkan hal orang lain..majukan diri dulu wahai orang indonesia...kerana media otak kamu semua jadi benak dan beku...tak boleh bezakan mana baik mana buruk...
 
1. Baiklah, kita mulakan dari A sampai Z, kerana kisah yang disampaikan sebenarnya mempunyai kaitan dengan sejarah negara dan juga merupakan rekod kehidupan tuan Lef Kol (B) Malakan Kamaruddin sendiri yang ketika ini berusia 71 tahun, ayahnya Kamaruddin dan bundanya masih lagi hidup dalam usia lingkungan 90an (Ini benar-benar mengejutkan saya..bertuah Rozmal kerana masih ada datuk dan nenek).

2. Beliau lahir pada 13 Dis 1937 di Negeri Sembilan, mula memasuki tentera pada Jan 1958 dalam usia 21 tahun walaupun mempunyai kelulusan yang agak tinggi berbanding kadet-kadet lain yang rata-rata bersekolah Melayu atap.

3. Hasrat beliau adalah untuk menjadi pegawai. Budak degil dan suka melawan cakap ini mendapat latihan pertamanya di Kem Port Dickson tetapi pada awal 1959, keluar kerana gagal dalam ujian tertentu.

4. Pegawai beliau iaitu seorang Inggeris bernama Kolonel King membuat tawaran dengan nada sinis,"Kalau kau nak kerja kat luar, saya boleh carikan. Mahu jadi penoreh getak tak".

5. "Beginilah Tuan, saya tidak berminat. Saya cuma nak jadi pegawai, Tuan hantarlah saya ke mana-mana unit," balas Malakan.

6. Akhirnya, beliau dimasukkan ke 5 Melayu dan dihantar ke Kem Mentakab, Pahang dan dijanjikan pangkat Sarjan tetapi beliau sebenarnya tertipu, di Mentakab, beliau dibuli dan disuruh membuat kerja-kerja berat, tidak layak untuk seorang anak Melayu yang mempunyai kelulusan yang tinggi pada masa itu.

7. Di Mentakab, beliau bertanggungjawab mengangkat mesingan berat dan terpaksa keluar masuk hutan untuk mencari pengganas komunis tetapi tidak jumpa.

8. Masih tidak berpuashati kerana tertipu dengan tawaran Sarjan, Malakan mula buat hal dan kurang digemari oleh pegawai di situ menyebabkan beliau dihantar pula Kem Batu Road (kini bangunan Putra Word Trade Centre) dan melakukan banyak operasi memburu komunis di Rawang, Kuala Selangor dan sekitar Jelebu, Negeri Sembilan tetapi masih lagi gagal menemui aksi pertempuran.

9. Beliau ketika ini menggunakan raifel MK5 Point 303.

10.Pada tahun 1959, beliau diarahkan untuk menjadi pengawal yang menjaga pintu hadapan Istana Negara. Seorang pegawai Inggeris, Kapt Vickers menegur beliau, : "Kenapa samping pendek sangat (baju Melayu putih dan samping hijau),".
 
man one..kalo ko islam..tuhan kita sama..Allah jua k..bkn makna aku kalah..cume x best la lawan sesama islam

dr td aq ga' prnah bawa2 agama, cz emg ga' pantes d bawa d forum ini, cz isinya org2 munafik yg b'fikiran picik, yg ga'mau t'buka hati nuraninya..malah sok jd p'kotbah..coba u belajar lg soal etika.
 
11.Beliau jawap :"Mana samping saya pendek. All good and in order," katanya yang menyebabkan beliau kemudian dihadapkan ke pegawai tertinggi iaitu Kolonel Tamin yang cukup garang tetapi kolonel ini memberi beliau peluang di mana Malakan ditukar dari Kompeni A ke Kompeni C di Kem North (Sekarang Flet Pekeliling).

12.Beliau masih tidak berpuas hati kerana gagal mendapat pangkat pegawai atau sarjan dan satu hari melahirkan rasa geramnya itu terhadap Mejar Gerald (veteran dari Perang Korea).

13."Saya masih tidak berpuas hati kerana saya ada ilmu perang tetapi masih kupas kentang dan bawang di kem ini. Saya nak kerja yang setaraf dengan kelulusan saya. Saya nak jadi guru pelajaran (Zaman dahulu Angkatan Tentera Malaysia ada bahagian pelajaran)," katanya.

14.Mejar Gerald kemudian menelefon terus Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak untuk menyatakan hasrat Malakan dan tidak lama kemudian, askar muda itu dinaikkan pangkat dari prebet ke korporal dengan gaji berjumlah RM100 lebih.

15.Dulu semasa prebet, gaji beliau adalah RM60, beliau masih mampu menghantar RM20 untuk belanja maknya di kampung (RENDAHNYA KOS HIDUP MASA TU YAA).

16.Tahun 1960, Malakan ditukarkan ke Alor Setar dan pada 1961 ditukar ke Kem Sungai Besi untuk latihan jangka pendek selama tiga bulan.

17.Beliau tamatkan kursus pada Dis 1961 sebagai Leftenan Muda dan ditugaskan ke Batalion 3 RAMD di Alor Setar.
 
KONFRANTASI DAN KALABAKAN

18.Batalion tersebut sedang bersiap sedia untuk menjaga keamanan di Kongo, Afrika di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) apabila konfrantasi tercetus pada tahun 1963 dan penghantaran itu dibatalkan.

19.Batalion dengan kekuatan 1,000 anggota itu kemudian dialih ke Tawau, Sabah tetapi Malakan tidak dapat pergi kerana ditukar ke Port Dickson untuk melatih tentera-tentera baru.

20.Askar-askar baru dilatih selama tiga bulan sahaja kerana negara pada masa itu sangat memerlukan tentera akibat ancaman Darurat dan Konfrantasi, hanya tujuh batalion sahaja yang wujud pada masa itu.

21.Apabila peristiwa Kalabakan tercetus 29 Disember 1963, Malakan hanya mendapat khabar berita mengenai kematian kawan-kawannya selepas dua hari.

22."Saya sedih dan geram," katanya. Peluang untuk menuntut bela tertangguh sebentar apabila Malakan dihantar ke 7 RAMD di Sungai Besi pada tahun 1965 sebelum dipindahkan ke Kem Pengkalan Chepa di Kelantan untuk menangani satu lagi ancaman sedia ada iaitu komunis. Ya, negara diancam kiri kanan pada masa itu iaitu pengganas (yang kini diangkat oleh sesetengah bangsa Melayu sebagai hero) dan tentera Indonesia.

23.Peluang tiba pada tahun 1966 apabila Batalion 7 RAMD ditukarkan ke Tawau, Sabah malangnya sekali lagi Malakan gagal pergi kerana terpaksa menjaga kem.

24.Hanya selepas bergaduh dengan isteri komander kem, (suami takde, isteri naik Tokey arah orang sana sini), barulah Malakan dipindahkan ke Tawau.

25.Perjalanan ke Sabah dari Port Kelang mengambil masa selama dua minggu dengan kapal dan Malakan ditugaskan di Pulau Sebatik.

26.Separuh dari kawasan Pulau Sebatik berada di bawah zon kawalan askar Malaysia dan separuh lagi di bawah kawalan Indonesia.

27."Ada beberapa pertempuran di Pulau Sebatik tetapi saya tidak terlibat. Pada waktu malam ada dengar pergerakan musuh seperti kereta perisai mereka tetapi tidak ada apa yang berlaku. Saya duduk di Pulau Sebatik selama 3 bulan sebelum dipindahkan ke Kem Kalabakan," katanya.

28.Kem Kalabakan terletak di tepi sungai dan ada airstrip di situ. Semasa beliau tiba, kem itu telah pun diperkuatkan lagi dengan kubu-kubu pertahanan sebagai pelajaran dari serangan tentera Indonesia kira-kira tiga tahun lepas.

29.Bantuan hanya boleh dihantar melalui helikopter, kapal terbang atau sungai, jalan sungai mengambil masa dua jam dari kem terdekat.

30.Kem itu didiami oleh Kompeni Bravo dengan kekuatan 100 lebih tetapi dalam beberapa operasi, Malakan masih tidak menemui aksi pertempuran yang diidamkan.
 
31.Peluang melepaskan dendam akibat kematian rakan-rakannya semasa serangan di Kem Kalabakan 3 tahun lepas akhirnya tiba, apabila seorang pembalak membuat laporan bahawa dia dihampiri oleh tentera Indonesia yang meminta bantuan pakaian dan makanan.

32.Untuk pengetahuan pembaca, tentera-tentera Indonesia yang masuk ketika itu terbiar dalam unit-unit kecil tanpa bantuan dari markas utama, mereka juga tertipu kerana menyangka penduduk tempatan akan menyokong mereka sebaliknya keadaan rupa-rupanya tidak berpihak kepada Indonesia.

33.Malakan ketika ini berpangkat Kapten dan beliau menyiapkan pelan tempur di mana pasukan pemburu terbahagi dua iaitu satu, KILLER GROUP (grup utama) dan satu lagi CORDON GROUP (macam pasukan pengepung kot)

34.Malam 29 Disember 1966, kumpulan itu keluar ke zon pertempuran dan menunggu hingga ke pagi 30 Dis.

35.Pada pukul 8 pagi, dua lelaki berusia 20an dan 30an muncul dan berteriak "HOI" untuk memanggil pembalak tadi, pakaian mereka jelas cumpang camping.

36.Malakan yang bersenjatakan SMG kemudian meminta orang bawahannya menukar senjata Lite Mesin Gun.

37.Senjata Lite Machine Gun dengan magazin 30 kelopak peluru kemudian dilepaskan oleh Malakan dari jarak lebih kurang 15 meter menyebabkan kedua-dua lelaki itu terpusing akibat kederasan peluru, otak mereka berkecai.

38."Busuk bau otakkk ni," katanya kepada saya yang sedang cuba menghirup teh tarik sambil membayangkan bau otak mangsa yang ditembak tadi.

39.Selepas tamatnya konfrantasi, beliau masih di Tawau dan seperti biasa sebagai tanda persahabatan atau tanda damai, pegawai dari kedua-dua pihak akan melawat kem masing-masing.

40.Beliau berpeluang melawat kem tentera Indonesia di Nunukan dan Tarakan, sebuah pulau yang menghasilkan minyak untuk Indonesia.

41.Dalam satu majlis di kem tentera Indonesia, seorang pegawai tentera Indonesia telah berteriak kepada tetamu (pegawai Malaysia), : "Siapa bunuh Mahdi Hussin dan Abdul Rashid (dua askar Indonesia yang ditembak pada pagi 30 Dis sebelum ini).

42.Malakan menjawab, :"Saya" dan jawapan berani serta berterus terang pegawai itu menyebabkan pegawai Indonesia tadi tergamam dan suasana majlis senyap seketika.
 
Back
Top
Log in Register